Ini antara langkah manjakan kulit sebelum tidur paling mudah, mestilah cuci muka. Tetapi untuk kekalkan kelembapan pada wajah, anda kena juga ada sesuatu.
Hah, cukup satu produk ini sahaja, mesti rasa puas! Pernah tahu tentang sleeping mask?
Rutin Sebelum Tidur, Bangun Pagi Kulit Kering Rasa Lembap
Ya, anda boleh pakai setiap malam sleeping mask dan bangun esoknya kulit tak kering. Rasa lembap dan selesa walau tak berapa rajin pakai pelembap.
Ada orang kata, salah satu sleeping mask paling syok adalah, Laneige Cica Sleeping Mask. Bila berulang kali pakai Laneige Cica, esoknya kulit reda sikit from whatever blemishes and dryness yang ada.
@azianasyidik SLEEPING MASK PALING BAGUS ❤️❤️❤️❤️❤️❤️ #watsonsmalaysia #fypシ ♬ original sound – azianasyidik
Ini salah satu jenis sleeping mask yang terbaik untuk kulit:
Kalau anda tak alergi dengan apa-apa kandungan produk muka, boleh cuba sleeping mask ni. Sangat melembapkan kulit, menguatkan skin barrier serta soothing the skin. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Kulit akan jadi seolah-olah sedia untuk memulakan hari yang baru! Pakai moisturizer saja tak dapat result macam ni tau. Jadi bagi anda yang berkulit kering boleh cuba tip ini ya.
Kredit video: azianasyidik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anita Baharom Nikah 22 Disember, Dapat Restu Semua Anak-anak, Anggap Jodoh Sudah Ditetapkan Allah
Selepas hampir setahun memegang status ibu tunggal, pelakon Anita Baharom sedia bergelar isteri sekali lagi. Kesungguhan bakal suami, Engku Isyamuddin Tuan Losin yang mahu menjadikannya suri hati.
Anita akan melangsungkan pernikahan dengan Engku Isyamuddin pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor. Menyifatkan jodohnya dengan bakal suami, Engku Isyamuddin sudah ditetapkan Allah SWT, Anita menerimanya dengan rasa syukur serta seikhlas hati.
Anita yang dikenali menerusi drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar berkata, dia juga berbincang dengan anak-anaknya lebih dulu dan penerimaan mereka masing-masing terhadap calon suami sangat baik dan positif.
ANAK-ANAK BERI LAMPU HIJAU
Karakter mudah mesra duda berusia 48 tahun itu yang disenangi anak-anaknya juga antara faktor persahabatan mereka diteruskan ke fasa pernikahan.
“Anak-anak memang rapat dengan Isyamuddin terutama putera nombor dua saya, Iskandar kerana mereka mempunyai minat mendalam dengan sukan bola sepak.
“Puteri sulung dan si bongsu pun bagi lampu hijau apabila saya memaklumkan mengenai perancangan kami mahu mendirikan rumah tangga. Sebelum ini mereka sudah beberapa kali berjumpa,” ujar Anita yang kini meniti usia 39 tahun.
“Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama. Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang. Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang. Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin,” katanya
Persiapan hari bahagia yang akan berlangsung di sebuah dewan acara di Subang Jaya, Selangor juga sudah disempurnakan dalam tempoh sebulan.
Tambahnya, tidak timbul isu cepat mencari pengganti arwah suaminya kerana ketika berkawan, mereka langsung tiada berbincang perihal hati dan perasaan.
“Jodoh ajal maut adalah ketentuan Allah dan urusan ke arah mendirikan masjid seakan dipermudahkan walaupun tarikh pernikahan dipilih pada November lalu. Apabila bakal suami ajak kahwin, saya sendiri maklumkan enggan menunggu lama.
“Persiapan termasuk urusan dokumen berjalan juga lancar. Ikut perancangan, kami mahu bernikah di masjid tetapi tukar lokasi ke dewan besar kerana mengundang 200 tetamu,” katanya.
Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan sehari selepas akad nikah dengan mengundang seramai 500 jemputan.
Dari segi pemilihan tarikh iaitu 22.12.22, Anita, berkata, mereka sepakat memilih kerana menunjukkan nombor yang cantik selain dia dan bakal suami sama-sama menyukai nombor dua.
Ditanya detik pertemuan, Sukan Sea 2017 yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah mencetuskan perkenalannya dengan Isyamuddin gara-gara dia dan arwah suami ligat mencari tiket perlawanan bola sepak.
“Kebetulan waktu habis ikhtiar, Isyamuddin yang memandu kereta rasmi Sukan Sea lalu di hadapan kami. Saya dengan selamba terus bertanyakan tiket kepadanya.
“Selepas itu kami hanya ‘follow’ media sosial masing-masing. Arwah suami pun tahu tetapi setakat jadi pengikut saja sampailah dia dapat berita arwah meninggal dunia.
“Selepas edah ada beberapa kali keluar makan ditemani anak-anak hingga akhirnya bulan lalu dia menyuarakan hasrat menjadikan saya isterinya,” kongsi Anita.
Untuk info, perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8.
Suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu.
Sumber: Kosmo online dan Harian Metro
Kredit foto: Instagram Anita Baharom
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Song Hye-kyo Kekal Awet Muda, Wajah Seakan Tak Dimamah Usia, Rupanya Ini ‘Ritual’ Yang Diamalkan
Kecantikan pelakon jelita bertubuh genit, Song Hye-kyo sering memukau perhatian ramai. Tampil dengan drama rantaian terbaharu yang bertajuk ‘The Glory’, Hye-kyo dipuji warga maya kerana sungguh pun tanpa sebarang solekan tebal, kecantikan aslinya tetap terserlah.
Memiliki bentuk tubuh yang langsing, siapa sangka Hye-kyo telah mencecah usia 43. Jika mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo berusia 42 tahun tetapi jika di Korea, kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 43 tahun.
Kecantikan bintang jelita berusia 43 tahun ini kelihatan langsung tidak dimamah usia. Tentu ada amalan kecantikan yang diamalkan oleh Hye-kyo sehingga dia mampu ‘mempertahankan’ kejelitaannya tanpa luntur.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO:
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Tetap aktif dengan olahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais batu
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan untuk menangani wajah yang sembab akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah daripada madu asli
Masker wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Song Hye-kyo pertama kali debut watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart.’ Memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin, lakonan aktres jelita ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Kdrama. Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Sumber: Instagram Song Hye-kyo merdeka.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweet Je Ryan Bakery & Isteri Pakai Songket, Majlis Persandingan Sebelah Pengantin Perempuan
Personaliti TikTok popular yang sinonim dengan panggilan Budak Bedak, Ryan Bakery telah pun melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022.
Bagaimanapun majlis persandingan baru sahaja diadakan pada 15 Januari 2022. Majlis persandingan itu ialah disebelah pengantin perempuan di Melaka.
Melalui hantaran di Instagramnya, Ryan Bakery berkongsi momen-momen indah itu untuk tatapan warga maya.
Ini perkonsian Ryan selepas majlis akad nikah mereka tahun lalu.
Berikut gambar-gambar sweet Ryan bersama pasangannya, Elyia.
Alhamdulillah, Selesai majlis di Melaka. Kampung isteri tercinta @elyia.ibrahim 15 Januari 2023- tulis Ryan diruangan kapsyen.
Untuk rekod, Ryan dan Elyia telah bertunang pada 22 Mei 2022.
Sumber: Instagram Ryan Bakery
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI