Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah. Ini perkongsian ustaz Ebit Lew
Seorang kawan saya baru bernikah dengan seorang alimah. Katanya, saya jatuh cinta pada isteri saya masa kami buat Ta’lim sama-sama malam pertama.
Kami belajar agama sama-sama. Berjuang untuk agama sama-sama. Saling mencintai dan menyayangi. Isterinya seorang alimah yang baik dan menjaga agama.
Semasa remaja kawan saya ini selalu berhenti tepi jalan dan ajak saya berdoa. Dia menangis. Dia sedih tengok ramai orang tak kenal tuhan. Ramai anak muda Islam tak menutup aurat. Dia doakan kebaikan dan hidayat buat mereka.
Dia tak pernah bercinta dari dulu walau dia hensem dan ramai suka padanya. Sehinggalah satu hari dia sedang berdakwah di Bangladesh. Bapa mertua memilihnya sebagai menantu. Bapa mertuanya seorang peniaga berjaya. Siapa tahu apa yang Allah sediakan buat seseorang.
Rupanya isterinya juga seorang wanita yang terjaga diri dan agamanya. Ayahnya ambil dan hantarnya setiap hari ke madrasah. Tak pernah ada peluang ke mana-mana tanpa mak ayah atau ahli keluarga..
Isterinya jatuh cinta padanya semasa dia jadi imam solat tahajud. Suaranya lembut dan sedap. Dia juga pernah tanya saya bagaimana nak tambat hati isteri. Saya kata dengar cerita isteri dengan cinta, bagi bunga besar, dan ajak berdakwah dan hidupkan Ta’lim. Dia amalkan. Katanya isterinya layan dia dengan layanan paling indah dalam dunia. Syurga dunia katanya memiliki bidadari idamannya. Isteri memahami kita bila kita faham mereka. Katanya petua tu memang power..syukur pada Allah yang buat segalanya..
Buat anak muda jagalah agama dan maruah diri. Hormati dan sayangi orang tua. Buat ibubapa segerakan pernikahan anak-anak jika jodoh mereka didapati demi menjaga agama mereka.
Itulah kemanisan cinta dengan pernikahan. Jagalah agamaMu. Allah akan jaga dirimu dan memberi yang terbaik dalam hidupmu. Saat Allah tentukan jodoh seseorang tiada siapa boleh tahan atau menghalang. Saat ia tidak diizinkan oleh Allah, tiada siapa boleh beri jodoh itu.Tidak cepat sesaat atau terlambat sesaat. Pastinya rezeki seseorang seperti pastinya kamatian..-ebit lew