Ada rahsia di sebaliknya keajaiban doa seorang isteri. Sedarlah wahai suami, betapa mustajabnya doa isteri yang soleh jika isteri bermunajat dan mendoakan suaminya dengan ikhlas.

Dalam usaha untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia, selain suami berperanan menjaga keperluan keluarga, isteri dicipta untuk saling melengkapi, malah doa seorang isteri turut menjadi kunci dan kekuatan pada kejayaan, kebahagiaan dan rezeki buat suami.

Oleh itu isteri haruslah mendoakan yang baik-baik untuk suami agar Allah SWT membuka pintu limpahan rahmat buatnya. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW iaitu “Sesungguhnya, doa yang segera dikabulkan oleh Allah adalah doa seorang (isteri) kepada orang lain (suami) yang tidak berada di tempat yang sama (berjauhan).” (HR.Tirmidzi)

Ikuti perkongsian Muhammad Ahmad tentang cara-cara dan waktu terbaik yang boleh isteri amalkan untuk mendoakan suami.

Ads

MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.

Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?

Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.

Ads

Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.

Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat, doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

Ads

“Ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-MU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

Saat Makbulnya Doa Isteri, Rebutlah Waktu Terbaik Ini Untuk Isteri Doakan Suami⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suamiSaat Makbulnya Doa Isteri, Rebutlah Waktu Terbaik Ini Untuk Isteri Doakan Suami⭐️

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI