Sakitnya Bila Dah Sayang Rupanya ‘Syok Sendiri’, Mungkin Ini Sebab Cinta Anda Di Tolak

Share

Dah lama berkenalan rupanya si dia tiada hati pun pada anda. Selama ini anda hanyalah ‘syok sendiri’ sahaja rupanya. Anda mencinta dia sepenuh hati anda namun menyedihkan apabila cinta tidak berbalas.

Banyak impak diberikan kesan daripada cinta ‘syok sendiri’ ini. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa si dia tidak menghargai cinta anda padanya dan apa sebabnya cinta anda tidak berbalas? Ketahuilah mungkin ini sebabnya!

1. Berusaha terlalu keras untuk mendapatkannya

Ini seperti anda memaksa si dia untuk menyukai anda seperti anda menyukai dirinya. Sebenarnya tak semua orang boleh terima dengan paksaan lebih-lebih lagi mengenai hati dan perasaan ia sememangnya tidak boleh dipaksa.

2. Anda bukan ‘type’ yang dia mahu

Buatlah macam mana pun kalau pendiriannya tetap bukan anda maka jawapannya adalah tidak. Usaha keras anda untuk menawan hatinya juga akan sia-sia. Namun kalau dah seseorang itu tetapkan ‘jenis’ pasangan idaman yang dimahukannya pasti awal-awal lagi anda sudah di tolak olehnya.

3. Si dia masih belum bersedia

Mungkin dia tidak membalas cinta anda kerana dia benar-benar tidak bersedia untuk ke fasa yang seterusnya. Dia mungkin berfikir ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

4. Dia tidak tahu anda menyukainya

Tidak kira perempuan atau lelaki, untuk meluahkan perasaan kepada mereka bukanlah mudah kerana anda perlu bersiap sedia daripada segi fizikal mahupun mental. Anda juga mungkin merasa malu untuk meluahkannya.

5. Suka tunjuk kemewahan

Hal ini juga adalah antara faktornya terjadi kerana apabila anda sering memberikan kemewahan kepadanya tanpa diminta dia akan menjadi tidak selesa dengan anda. Dia mungkin berfikir dengan kemewahan anda boleh menambat hatinya tetapi ternyata ia salah sama sekali.

Published by
NanyRahman