Rengat ialah rasa sakit dalam perut terutamanya bahagian rahim, seperti kontraksi ketika bersalin. Akan tetapi rengat ini berlaku selepas kelahiran bayi, biasanya menyerang hari ke tiga atau seterusnya selepas bersalin. Rasanya juga seperti sengugut.

Menurut ilmu perbidanan Melayu, rengat berpunca daripada sisa-sisa darah yang masih tertinggal semasa proses kelahiran bayi.

Dari segi perubatan moden pula, masalah ini berlaku disebabkan oleh pengecutan rahim untuk kembali kepada saiz asal iaitu saiz sebelum hamil. Keadaan ini berlaku kerana bayi menyusu dan penyusuan bayi boleh membantu mengecutkan rahim.

Sakitnya Rengat Dari Sisa Darah Yang Tertinggal Masa Proses Lahirkan Bayi

Ini adalah cara saya untuk atasinya ketika menyerang. Semasa anak pertama, langsung tiada rasa rengat. Bila melahirkan anak kedua, selepas 5 hari kelahiran baru rasa sakit seperti mahu beranak lagi. Seperti sengugut, sakit pinggang dan seluruh tubuh.

1. Bertungku

Ini adalah petua yang emak sendiri yang ajar. Betungku sangat digalakkan oleh orang-orang lama setiap kali berpantang. Jika boleh, setiap masa kena bertungku.Ianya juga boleh mencegah rengat dan juga membantu mengurangkan rengat. Memang mujarab.

Ads

Pernah tak anda menuam air panas semasa sengugut sewaktu remaja dahulu?. Perkara ini sama sahaja dengan diserang rengat!.

2. Minuman Panas

Minum air panas atau suam boleh membantu mengurangkan sakit ini. Minum teh hijau yang panas juga melegakan dan memberi rasa yang segar kepada ibu. Teh herba juga digalakkan jika bayi anda sudah bebas jaundis.

3. Urutan

Kebiasaannya selepas melahirkan anak, ibu-ibu berpantang cara lama akan menjalani proses urutan selepas bersalin. Ibu akan mengurut selama 3 hari termasuklah mandi herba, bertungku dan sebagainya mengikut pakej yang diambil. Urutan boleh mengurangkan kerengatan.

Ads

Jika selepas habis pakej urutan, masalah ini masih berterusan, minta pertolongan suami untuk melakukan urutan pada bahagian kaki, belakang dan juga paha.

4. Minyak Panas/Herba

Minyak panas atau minyak berasaskan herba boleh membantu melegakan kerengatan. Sapu pada bahagian perut, pinggan, dan kaki. InshaAllah sakit akan berkurangan.

5. Kerap Bergerak

Jangan baring semasa diserang rengat!. Banyakkan bergerak, berjalan dan ianya membantu mengurangkan kesakitan.

Ads

6. Berbengkung

Berbengkung boleh membuatkan rahim kita seolah-olah “dipegang” dan sebolehnya perlu berbengkung setiap masa. Pilih bengkung yang selesa untuk anda.

7. Panadol @ Ubat Tahan Sakit

Ini adalah pilihan terakhir jika anda mengalami kesakitan yang amat sangat. Dapatkan ubat tahan sakit yang sesuai untuk anda dan rujuk doktor dahulu sebelum makan ubat tahan sakit. Tidak semua ubat tahan sakit sesuai untuk masalah ini.

SUMBER : http://rezekisihat.com

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI