Hubungan

Saling Tegur Bila Buat Silap, Itu Cara Sabri Yunus dan Ardini Angeline Tan Bina Bahagia

Share

Manis sungguh pasangan pelakon veteran Sabri Yunus, 62, dan Angeline Tan, 56, sejak kedua-dua bergelar suami isteri. Selalu nampak perkongsian video yang menunjukkan kebahagiaan mereka berdua tercapai.

Keserasian yang terpapar menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu lebih 30 tahun lalu menjadi kenyataan selepas kedua-duanya ditakdirkan berjodoh.

Saling Tegur Bila Buat Silap

Menerusi video yang dikongsi media sosial TV Alhijrah, Sabri dan Angeline Tan menjawab soalan berkaitan rumah tangga mereka sekali gus menjelaskan kedua-duanya saling tegur-menegur dalam perlbagai perkara agar ikatan suami isteri berlangsung dengan baik.

Disoal tentang perkara yang mereka kurang suka antara satu sama lain, jawapan dan komunikasi antara mereka membuat warganet tersenyum sendiri.

Menurut Sabri, jika beliau melihat Angeline melakukan kesilapan, beliau akan mencari waktu sesuai bagi menegur.

“Sebenarnya kami ini saling tegur-menegur antara satu sama lain.

“Kalau dia melakukan kesilapan, selalunya saya biarkan dahulu kemudian mencari masa yang sesuai untuk tegur.

“Melalui teguran itu, saya akan kata bahawa sesuatu yang dibuat Angeline itu tidak kena dan sebagainya.

“Tetapi kalau diikutkan, Angeline lagi banyak tegur saya,” ujarnya sambil berseloroh.

Tegur Untuk Betulkan Kesilapan

Sementara itu, Angeline pula mendedahkan bahawa apa jua teguran diberikan suami diterimanya kerana percaya ia bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan.

“Bila abang tegur, semuanya Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.

“Tegurannya untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya,” kongsinya.

Hantaran berkenaan menjadi perhatian netizen dan kemesraan pasangan itu membuatkan ramai yang ‘cair.’

Sekadar info, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan diijab kabulkan dengan Sabri dalam sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Angeline yang memeluk Islam pada 26 September 2023 memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: TikTok TVAlHijrah

Published by
Nadia