Sudah menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri meraikan ulang tahun perkahwinan dengan upacara majlis persandingan. Satu fenomena yang mula menjadi ikut-ikutan apabila beberapa selebriti tempatan mengadakan majlis persandingan sebagai cara meraikan pasangan. Tidak ada salahnya jika diraikan dengan sedemikian rupa.
Ada di antara pasangan suami isteri tidak sempat merasai kemeriahan persandingan atau perkahwinan impian mereka lantaran kekangan kewangan ketika itu dan sebagainya. Jadi, apabila sudah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, apa salahnya kembalikan ‘momen persandingan’ bersama isteri tersayang dengan sesuatu yang bakal dikenang sehingga ke akhir hayat.
Personaliti media sosial yang juga usahawan berjaya, Asyalliee Ahmad baru-baru memuat naik posting meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami tersayang, Eboy Arbaain. Menariknya apabila pasangan ini mengadakan majlis resepsi persandingan sambil disaksikan ahli keluarga dan teman-teman rapat!.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Bt Ahmad merealisasikan impiannya apatah lagi apabila mengimbas kembali suasana ketika bergelar suami isteri 5 tahun lalu yang menggunakan ‘pelamin recycle’ yang disediakan di pejabat agama sebagai props di majlis akad nikahnya.
Berkongsi di laman instagramnya, Asyalliee yang mesra disapa Asya mengimbau kembali kisah di sebalik momen perkahwinannya. Sememangnya sejak dahulu lagi dia mengimpikan untuk bersanding di majlis perkahwinan namun menyedari hakikat dirinya dan suami belum berkemampuan lagi pada ketika itu, dia lalu terpaksa menyimpan hasratnya itu.
“Anak dah 3 orang baru nak bersanding, Alhamdullilah rezeki sangat. 5 Tahun yang lepas asya pernah berangan nak ada wedding macam ni tapi apakan daya. ‘Ukur baju dibadan sendiri’ itulah yang asya positif kan diri dulu. Asya faham keadaan eboy dan asya faham keadaan asya juga masa tu macam mana. Asya anak yatim piatu yang menanggung hidup sendiri selepas sekolah. Eboy pula yang hanya bekerja makan gaji cukup hidup dan makan untuk diri sendiri je.
Allah swt temukan kami berdua semasa bekerja di ioi city mall dulu tahun 2015, sebulan selepas tu baru kami bercinta. Kalau nak cerita pasal kisah percintaan kami ni @eboyarbaain yang lebih simpan memori nya sebab asya banyak dah lupa
So tak sampai setahun kami bercinta, kami bertunang. Tak sampai setahun kami bertunang, kami nikah. Kami nikah pada 25 Feb 2017 masa tu di jais shah alam. Disebabkan asya takde wali, so kena pakai wali hakim. Bila pakai wali hakim kena akad nikah dekat tempat dia la. Pelamin pakai yang sama orang lain pakai juga.
Sebelum turn asya, turn orang lain dulu lepastu baru turn asya. Selepas asya orang lain punya turn pula. So takde keistimewaan sangat dekat situ tapi memori yang sangat indah tercipta disitu.
Team Pesona Pengantin mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini yang mencipta memori indah untuk dikongsi bersama. Sama-samalah membahagiakan pasangan sebagai lubuk mencari pahala dalam berumahtangga.
Setiap pasangan suami isteri pasti akan mengimpikan satu kehidupan yang bahagia dan harmoni. Setiap suami juga pasti mengidamkan seorang wanita solehah yang merupakan sebaik-baik kenikmatan dunia.
Sabda Nabi s.a.w:
“Dunia itu penuh dengan kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri yang solehah.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1467.
Namun begitu, apa yang sering dicanangkan adalah peranan isteri untuk membentuk keluarga yang harmoni, bagaimana isteri patut taat kepada suami, apakah balasan bagi isteri yang derhaka, apakah balasan terhadap isteri yang menolak pelawaan suami untuk bersetubuh dan tugas-tugas isteri untuk membahagiakan suami. Hanya sekali-sekala diketengahkan perbahasan tentang apa yang suami perlu lakukan untuk membina sebuah keluarga yang dihiasi dengan perasaan cinta (mawaddah) dan kasih-sayang (rahmah).
Firman ALLAH S.W.T:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” – Surah al-Ruum: 21.
Suami sememangnya telah diperintahkan oleh ALLAH untuk melayan isteri dengan penuh kebaikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI