Azan yang merupakan panggilan bagi umat Islam untuk mengingati Allah SWT dengan segera mengambil air wuduk,
Dan menjalankan ibadah solat menjadi hal yang biasa bagi kita semua yang beragama islam. Pada dasarnya suara azan yang sudah terdengar biasa bagi mempunyai beberapa manfaat yang luar biasa jika kita mau berhenti sejenak dari kesibukan aktiviti,
Dan diam untuk mendengar suara azan. Apa saja manfaat yang boleh kita dapatkan dengan mendengar suara azan? Berikut rangkuman dari pelbagai sumber.
1. Diam mendengar azan dapat menenangkan pikiran Saat sedang sibuk-sibuknya dengan pekerjaan kita, contohnya di siang hari kita mengejar semua pekerjaan agar segera beres, dengan diam mendengar azan Zuhur dan Asar menjadi penyejuk bagi tubuh kita.
Ads
Ada hawa yang sejuk dan ada jeda masa buat menenangkan hati serta fikiran saat azan dikumandangkan, lalu kita diam dan mendengar.
2. Sebagai peringatan diriApapun aktiviti yang sedang kita lakukan atau apa-apa jua yang sedang kita ceburi, saat diam mendengar azan menjadi detik-detik istimewa.
Ads
Kita jadi mempunyai masa untuk mengingat lagi bahawa kita cuma hamba Allah yang hidup kerana Allah dan akan kembali pada-Nya suatu saat nanti.
Ads
3. Membuka peluang terkabulnya doaDaripada berbual, mendingan diam mendengar azan dan memanjatkan doa. Pada masa itu azan berkumandang adalah salah satu masa doa jarang tertolak.
Dari Sahl bin Saad bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua yang tidak tertolak dan jarang tertolak; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Dawud, Baihaqi, dan Hakim).
4. Balasannya syurga! Orang yang mendengar azan dan meyakini apa yang diucapkannya, maka dia mendapat janji syurga dari Rasulullah. Hadits dari Abu Hurairah, ia berkata, “Pernah ketika kami sedang bersama Rasulullah, Bilal bangkit untuk menyerukan azan.
Tatkala Bilal diam, Rasulullah bersabda,” Siapa yang mengucapkan seperti ucapannya muadzin disertai dengan keyakinan, maka ia pasti masuk syurga. “(HR. An Nasa’i no. 674, dihasankan Al Imam Al Albani dalah shahih sunan an Nasa’i).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam membuat persediaan untuk melangkah ke majlis kahwin, tentunya banyak persiapan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala jika difikirkan apakah pilihan anda sesuai dengan diri ? Oleh itu perlu ada rujukan dan bertanya dengan mereka yang pakar bagi kesangsian yang anda hadapi. Berikut antara persoalan yang sering melanda bakal pengantin. Moga ia memberi manfaat buat anda.
AKSESORI IDEAL UNTUK AKAD NIKAH
S : Assalamualaikum Pesona Pengantin. Saya bakal melangsungkan majlis pernikahan dan menghadapi kekeliruan untuk memadankan aksesori yang tepat dan sesuai di majlis itu nanti. Memandangkan saya ingin mengenakan hijab, apakah aksesori yang boleh saya gayakan bertepatan dengan majlis akad nikah itu? Terima kasih. – Ainul, Kluang, Johor
J : Waalaikumsalam Ainul. Aksesori untuk majlis akad nikah haruslah menampakkan anda lebih menyerlah dan tidak terlalu sarat. Pertama, pilihan dan penggayaan hijab itu nanti haruslah lebih ringkas dan minimalis. Elakkan daripada memilih hijab yang sarat dengan labuci atau perincian manik. Anda juga tidak digalakkan untuk memakai tiara., sebaliknya anda boleh mengenakan layah yang mempunyai penataan manik, jemeki ataupun layah yang mempunyai sulaman renda. Pasti anda akan tampil berseri dan anggun di majlis itu nanti.
PILIHAN FABRIK BUAT TUBUH GEMPAL
S : Hai Pesona Pengantin. Saya sering mengalami masalah untuk memilih fabrik yang sesuai dengan bentuk badan saya yang agak gempal. Majlis perkahwinan saya akan berlangsung tidak lama lagi dan saya mahu tampil lebih menyerlah serta langsing. Saya amat berharap Pesona Pengantin dapat membantu saya dalam perkara ini. Terima kasih. – Maria, Gombak, Selangor
J : Hai Maria. Material yang paling tepat untuk gadis bertubuh gempal ialah fabrik sifon kerana ia memberi ilusi yang lebih terletak, sifatnya yang berat dan mengikut tubuh. Saya menyarankan agar anda memilih fabrik sifon supaya ia jatuh dengan lebih beralun dan indah apabila disarungkan. Elakkan penggunaan renda secara berlebihan kerana ia akan memberi impak yang sarat dan lebih besar kepada gadis bertubuh gempal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah dengan melakukan 7 perkara ini.
.
1. Membaca al-Quran
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.
Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).
2. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah
Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).
Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.
.
3. Zikir ketika makan dan minum
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).
4. Membersihkan rumah daripada gambar patung
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.
Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”
Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”
Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.
.
5. Membanyakkan solat sunat di rumah
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).
Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).
6. Harmonikan rumah tangga
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).
Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.
7. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).
Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. – (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”
Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” – (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).
kredit : RAHSIA PERKAHWINAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!