Kecantikan

Sapu Teh Hijau Pada Kulit, Sesuai Bakal Pengantin Yang Nak Kecilkan Pori

Share

Sebelum bawa muka ke atas pelamin, eloklah sapu teh hijau pada kulit wajah untuk membantu kecilkan liang pori dan kecutkan masalah jerawat.

Jimat duit tak perlu masuk Spa bagai semata-mata nak pulihkan wajah yang breakout.

Sapu Teh Hijau Pada Kulit

Tahu tak, sebenarnya teh hijau padat dengan antioksidan yang melawan bakteria, bertindak sebagai pengelupasan yang akan membantu menghilangkan minyak berlebihan, mengecilkan pori-pori dan merawat jerawat sederhana.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil serbuk daun teh hijau kering
  • 1 sudu kecil Yogurt

Cara membuat dan menggunakan:

Campurkan 1 sudu kecil serbuk teh hijau, 1 sudu kecil yogurt. Sapukan pada muka anda secara merata dan gosok perlahan-lahan.

Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik.

Ini berfungsi sebagai pengelupasan lembut yang membuang sel kulit mati kerana tekstur daun hijau kering.

Hah, jangan lupa cuba sapu teh hijau pada kulit wajah ya. Kalau konsisten pakai, elok semula kulit wajah anda yang ada masalah liang pori terbuka dan jerawat.

Selamat mencuba!

Kredit video: Fatin Masker

Published by
Nadia