Kecantikan

Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah, Kenali 5 Jenis Pemerah Bibir

Share

Mengoles pemerah bibir adalah rutin harian si gadis agar tampil cantik dan menawan. Memakai pemerah bibir sememangnya memberikan kepuasan peribadi dan menjadikan lebih percaya pada diri. Bukan itu sahaja, secalit gincu bibir mampu menjadikan penampilan lebih menawan dalam majlis apa jua majlis dihadiri.

Pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis. Selain bedak, pemerah pipi dan pembayang mata, gincu bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan.

Dengan satu olesan sahaja mampu menyerikan wajah si mempelai.

Pemerah bibir satin
Sesuai digunakan untuk mereka yang cenderung memiliki bibir yang kering. Jenis gincu ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.

Gincu bibir pensel
Sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu bibir pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ia mudah untuk membentuk lakaran bibir. Sifatnya seperti penggaris mata dan juga digunakan sebagai bingkai bibir.

Pemerah bibir ‘glossy‘
Pemerah bibir ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. Bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Namun begitu, gincu bibir ini mudah hilang, jadi anda harus sentiasa membawanya setiap masa.

Pemerah bibir ‘matte’
pemerah bibir ini mempunyai banyak warna, dan ia berbentuk solid. Lakukan dengan mengoles pelembap bibir sebelum olesan pemerah bibir matte pada bibir. Ini kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding gincu ‘glossy’ dan gincu ini bersifat tahan lama.

Pelembap bibir
Pelembap bibir atau ‘lips balm’ tidak mempunyai warna tetapi hanya rasa. Namun ada juga produk yang didatangkan dengan sedikit warna untuk lebih menyerikan lagi bibirmu . Pelembap bibir ini digunakan untuk melembapkan lagi bibir supaya tidak kering. Sesuai digunakan kepada si jelita yang bekerjaya.

Published by
Ros Nana