SETH&LUNA SYAWAL 2019

Satu Penghormatan, Supermodel Tengku Azura Muse Koleksi Syawal Seth&Luna 2019
Koleksi Syawal kali ini memberi penghormatan buat DNA Seth&Luna yang berpaksikan busana tradisi dalam garapan yang moden. Tiada sebarang tema khas yang diangkat, setiap helaian digubah dengan idea untuk memastikan pemakai terlihat penuh selesa, jelita dan berkelas tinggi di musim perayaan. Helaian dikhaskan untuk pra-tempahan (pre-order) di mana pelanggan boleh memilih warna yang bersesuaian dengan tema syawal mereka. Seth&Luna mempersembahkan kejutan di mana supermodel ternama yang juga boleh diangkat sebagai legendary Tengku Azura sebagai muse untuk koleksi syawal ini. Menghadirkan aura penuh Classy, peribadi Tengku Azura dikira begitu cocok dengan koleski yang dipersembahkan.

Satu Penghormatan, Supermodel Tengku Azura Muse Koleksi Syawal Seth&Luna 2019

Bagaimana Pemilihan Tengku Azura  Sebagai Muse Syawal Seth&Luna 2019

Ketika di backstage sewaktu kedua-duanya sedang gemuruh menunggu turn untuk berjalan di pentas, Tengku Azura berkata kepada kami “nice collections Irie & Jimiey, the first time i saw you guys on Gen F, i know that you guys are going to go far in the industry”. Jadi begitulah segalanya bermula.

IKLAN

Satu Penghormatan, Supermodel Tengku Azura Muse Koleksi Syawal Seth&Luna 2019

Koleksi Pilihan?

Setiap dari sembilan looks yang kami persembahkan, setiap satunya telah dikaji dengan teliti, but if we were to pick some of the looks yang kami obses, pertama adalah dress senteng taffeta dalam rona Oxblood, dan sudah tentu dress rona emas tan yang digayakan oleh Tengku Azura, so chic so SETH&LUNA!

IKLAN

Satu Penghormatan, Supermodel Tengku Azura Muse Koleksi Syawal Seth&Luna 2019

Koleksi Raya Yang Menepati Citarasa Dan Tidak Tipikal

Dalam menghasilkan karya fesyen yang baik, pereka harus faham akan DNA jenama mereka, dan juga bijak dalam menilai trend semasa. Karya harus kelihatan segar dan baru tetapi masih masuk akal dan tidak mengejutkan para pelanggan. At the end of the day, Kita berkarya untuk mendapat duit, bukan untuk kepuasan diri semata dan akhirnya koleksi tak terjual. Itu syok sendiri namanya, and its a big NO!

IKLAN

Satu Penghormatan, Supermodel Tengku Azura Muse Koleksi Syawal Seth&Luna 2019

Raya 2019 bagi kami adalah masa untuk menggayakan busana yang selesa, minimal, tidak terlalu mencuba dan yang paling penting selesa. Kita bakal menginjak ke tahun 2020, netizen sudah mula bijak membezakan baju raya dan “kostum” raya.

Satu Penghormatan, Supermodel Tengku Azura Muse Koleksi Syawal Seth&Luna 2019

Buat semua pencinta SETH&LUNA yang ingin mendapatkan koleksi syawal 2019, anda boleh terus menghubungi nombor yang tertera di Instagram kami, iaitu di sethandluna_artisan. Anda sudah boleh mula menempah setiap daripada koleksi ini (pre-order) dan kami memberi kebebasan buat anda untuk menentukan warna yang anda mahu sesuai tema aidilfitri anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI