Jika anda merupakan peminat K Pop, nama Lee Min-ho sememangnya tidak asing lagi. Aktor Korea tersebut sememangnya menjadi sebutan ramai kerana kekacakannya. Baru-baru ini tular seorang lelaki kelahiran Korea Selatan bernama Lee Min-ho selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang berasal dari Indonesia, Puput Norman Desyta, lapor laman berita Suara.com.
Video perkahwinan Min-ho dan Puput menjadi tular di media sosial kerana nama pengantin lelaki itu sama seperti aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho.
Ads
Ads
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Irvan Julivansyah, Min-ho dipaparkan melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia dengan sangat fasih dan lancar.
Selain namanya yang serupa dengan aktor popular itu, hantaran perkahwinan Min-ho buat Puput juga menarik perhatian apabila menghadiahkan hantaran mewah berupa satu unit apartmen, sebuah kereta jenama Hyundai dan berlian seberat 15 gram!
Ads
Majlis tersebut berlangsung di Desa Kalimanggis Subah dalam wilayah Jawa Tengah. – Age
Sumber: Kosmo.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Hubungan cinta Atikah dan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.
Untuk rekod, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram (IG). Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih tak jemu melihat air wajah pempengaruh terkenal, Farah Lee jadi pengantin lagi. Berita bahagia itu tular selepas dia berkongsi sekeping gambar perkahwinan menerusi akaun media sosial miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan sambil merangkul lengan suaminya bernama Fuad Hashim.
Farah Lee Jadi Pengantin Lagi
Tampil manis dalam busana pengantin rona hitam dan biru, penampilannya menarik perhatian apabila memilih sneakers sebagai pelengkap busana pada hari tersebut.
Bekas isteri kepada hos terkenal, Ally Iskandar itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan majlis pernikahannya.
“Okay done kahwin lagi sekali,”demikian kapsyen yang dimuat naik ibu kepada Maream Esabel itu.
Dalam Diam Kahwin
Perkongsian tersebut meraih perhatian selebriti dan pengikutnya. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut kekal ke akhir hayat.
Untuk rekod, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012. Walau bagiamanapun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Istiadat pernikahan putera diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan sudah selamat dilangsungkan.
Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Selamat Diijabkabulkan
Dalam istiadat di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang itu, pasangan Pengantin Diraja dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.
Cantik Berbusana Putih
Kelihatan pasangan mempelai diraja elegan mengenakan persalinan berona putih.
Tengku Muhammad Iskandar segak dengan baju Melayu warna putih lengkap bersamping songket manakala Tengku Natasya pula memakai persalinan pengantin potongan moden rona yang sama.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula sedondon rona hijau zamrud.
Selesai akad nikah, Tengku Muhammad Iskandar diiringi untuk menunaikan solat sunat ke kamar khas dan kemudian disusuli dengan perarakan masuk Tengku Natasya Puteri ke pelamin.
Pengantin lelaki kemudiannya diarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan istiadat menyerahkan mas kahwin iaitu senaskah al-Quran dan menyarung cincin.
Istiadat kemudian diteruskan majlis merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disusuli Tengku Hassanal.
Tidak ketinggalan ibu bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Akan Diteruskan Majlis Berinai
Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya sebelum ini memaklumkan Istiadat Berinai akan diadakan pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad ini yang akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada 8 malam.
Sementara itu, susunan Adat Istiadat Pahang diteruskan dengan Istiadat Santap Nasi AdapAdapan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Menutup Kerja pada 28 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz.
Istiadat Santap Adap-Adapan bermula pada pukul 4 petang dengan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan Istiadat Menyuap Nasi Semangat kepada pasangan pengantin.