1001 Kebaikan Dalam Berpoligami

Ramai yang memandang poligami itu suatu yang salah, mungkin disebabkan ramai lelaki di luar sana hanya mengambil kesempatan sehingga isteri-isteri terabai. Tapi bila ada lelaki yang mengambil poligami sebagai pelengkap di antara suami isteri, mungkin cinta mampu diterbitkan. Tidak salah pun berkongsi kasih asalkan suami mahupun isteri bertoleransi.

Sebenarnya lebih dari 1001 kebaikan yang akan dijumpai didalam perkahwinan. Monogami mahupun poligami. Bila kebaikan dan kelebihan yang diutamakan maka kesalahan dan kelemahan akan menjadi kecil dan diterima.

 

Sebab Itu Allah Benarkan Lelaki Beristeri Lebih Daripada Satu

Indahnya sebuah perkahwinan adalah bila kesemuanya bersatu hati. Bersatu hati bermaksud tiada rahasia. Bila tiada rahasia maka kelapangan hati akan muncul. Bila lapang hati maka bersatulah hati itu.

Ads

Suami diutamakan dalam setiap sudut dan hal. Isteri atau isteri-isteri pula menjadi penyokong utama pada suami dalam menegakkan syiar islam didalam keluarga.Suami menjadi ketua dan pemimpin, isteri-isteri menjadi pengikut dan rakyat. Dalam masa yang sama permaisuri dihati suami.

“Alaaaa, sakitlah nak berkongsi ni”. Ini adalah ayat “typical” dari seorang wanita. Tidak salah pun dia berperasaan sebegini kerana suasana yang dihidangkan oleh masyarakat adalah sebegini.

Sebab Itu Allah Benarkan Lelaki Beristeri Lebih Daripada Satu

Walhal, sebenarnya yang berpoligami adalah sang suami. Suami yang berkongsi kasih dan perasaan dalam menghadapi isteri-isteri. Tiada rehat disitu. Perlu menjaga kualiti seorang suami sentiasa.

Ads

Isteri-isteri pula bermonogami dengan suami. Menjadi yang sebaiknya untuk suami. Sesama isteri pula adalah berkasih seperti adik-beradik malah lebih dari itu lagi. Bila bergilir boleh pula berehat dan merapatkan diri pada Allah. Bila terbit rindu pada suami maka akan lebih lunak hatinya pada Allah. Dan isteri-isteri sentiasa berpakat-pakat bagaimana hendak hiburkan suami. Masing-masing mengejar syurga. Subhanallah.

Semua ini boleh terjadi jika diniatkan kerana Allah dihadapannya. Allahlah yang utama. Dengan berbekalkan Allah, maka InsyaAllah akan kuat suami dan isteri-isterinya dalam mempertahankan institusi keluarga yang telah dibina.

Ujian yang melanda dilalui bersama. Susah-senang bersama. Sorang tidak kuat yang lain menguatkan. Suami sibuk berjuang isteri-isteri boleh duduk bersama “bergosip-gosip islam” bukan membawang. Ini adalah sebahagian keindahan yang ada didalam kehidupan berpoligami yang mengikut syariat. Suami dan isteri-isteri sentiasa hendak menjadi yang terbaik untuk Allah, agama dan masing-masing.

Ads

Sebab Itu Allah Benarkan Lelaki Beristeri Lebih Daripada Satu

Tiada masalah bagi yang bermonogami. Monogami mahupun poligami tetaplah perlu taat pada suami dan menegakkan syiar islam didalam keluarga. Tiada yang berubah disitu. Cuma tambahan tanggungjawab bagi suami. Manakala isteri pula mendapat seorang kawan baik dan teman yang baru.

Oleh itu, walau apa jua medan yang kalian hadapi samada bujang, monogami mahupun poligami tetaplah perlu menjadi hamba Allah yang terbaik dan manusia yang berpesan-pesan pada kesabaran dan kebaikan.

Janganlah menjadi punca kepada terbukanya pintu neraka buat diri sendiri dan teman-teman. Bersabarlah selalu ya. InsyaAllah Allah pasti bersama kita.

Kredit : Samuel Dzul
Sedang Membela Syariat Allah Yang Disalah Ertikan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI