Kasih sayang seorang suami kepada isterinya, mahu berikan yang selesa dan terbaik untuk orang rumahnya di dapur. Tahniah buat si suami yang cukup kreatif menghasilkan ruang dapur yang sangat kondusif dan cantik dengan bajet yang minimal. Di sini kami kongsikan perkongsian milik Peju Nini yang boleh anda jadikan sebagai panduan.
Alhamdulillah selesai projek deko dapur..projek hujung minggu..buat sikit2..terima kasih kat encik suami gigih layan kehendak bini yg nk tukar wajah dapur slpas berbulan2 follow group deko ni..berkobar2 semangat dibuatnya.
Baiklah atas permintaan ramai..ni saya share gambar sebelum dan selepas suami saya siapkan.
Ads
1) Pintu kabinet (shoopee) 102rm :
2)kayu frame pintu : hardware
3) kitchen cabinet conceal door (yg ni tuk lekatkan pintu dapu) rm 0.89 :
Ads
4)cat dapur : jotun code white snow (kedai cat)
5) wallpaper kabinet (shoopee) yg ni dari china tp amik masa 6 hari je dia pos.
6)pemegang pintu kabinet (shoopee) rm 1.00
Ads
7)Bidai tingkap : kedai Mr Diy.
8) Wallpaper wallbrick dapur
Ini adalah sinki kami dari mula2 kami beli rumah ni x pernah pasang pintu kabinet..tetiba rasa semangat plak nk pasang sendiri..sbb tanya dah tukang kabinet..besar ni dlm 800rm..so gigih encik suami nk buat sendiri katanya. Pintu kabinet ni kami beli di shopee jer bagi je ukuran yg kita nak nanti diorg anta mengikut ukuran kita bagi tu..satu pintu 30 rm..so 3 pintu+ postage =102rm saja..
Minggu cuti sekolah nanti, mesti ada kawan-kawan yang nak mendirikan mahligai cinta istana bahagia. Cuti sekolah bukan sahaja musim percutian, malah musim perkahwinan juga kerana waktu ini lah ramai yang mengadakan kenduri kahwin.
Bagi anda yang suka ber diy, jom kita buat bunga tisu untuk majlis kahwin nanti. Bukan sahaja cantik malah menjimatkan dan mudah juga. Ikut sahaja langkah ini!
Bahan bahan:
1. Crepe Paper (Boleh guna 2 colour ikut tema majlis, cth ; Purple + Pink)
2. Reben (Potong agak-agak 8 inci, buat reben dan ikat dawai kat tengah-tengah)
3. Kain Net/Sarung telur
4. White tape
5. Dawai
6. Lidi satay
7. Gunting dan pisau
Langkah 1 : Bentangkan crepe paper, kemudian lipat dua, lipat lagi sekali dan lipat lagi. Dapatkan 8 bahagian kemudian potong la dengan pisau. Lepas tu susun crepe paper ni lagi dan lipat jadikan 3 bahagian. Potong sekali lagi. Sekarang dah dapat 24 keping crepe paper bersaiz segiempat sama macam gambar di bawah.
Langkah 2 : Ambil 7 keping selang seli antara crepe paper pink dan purple. Susun-susun dan lipatkan macam bentuk kipas. Kemudian di tengah-tengah ikat kan dawai. Letakkan hiasan tu kalau mahu. Potong bucu tepi-tepi tu sikit.
Langkah 3 : Perlahan lahan tarik kelopak satu demi satu agar tidak koyak.
Langkah 4 : Letak bunga crepe tadi di hujung lidi dan lilit dengan white tape. Letak riben-riben yang dah diikat dengan dawai dan lilit lagi. Lepastu letak kain net dan lilit.
Langkah 5 : Siap !
Kredit : sikucinghitamblogspot
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jimat betul dengan hanya satu adunan boleh buat sampai dua jenis kuih, memang jimat! Ikuti perkongsian resepi dari Siti Noor Rohaida Shuib
Baru nak minum pagi …
Rasanya modal tak smpi rm5 semua ni kot, blh hidang bagi anak2 mkn puas ckit …
Sebab tu dari dulu saya pilih masak dari rumah …
Donut ni tak pyh nk uli teruk2,bhn X byk …siap blh buat burger sekali
Alhamdulillah
Resepi donut simple
Tepung gandum 1/2 kilo
Majerin 2 sudu
Yis 5g(Guna 1/2 dari sebungkus 11g)
*gula 1sudu makan
*susu pekat 1sudu makan
*garam 1sudu teh
*Air 13/4cawan
Yang Bertanda* bancuh sekali
Gaul tepung dgn majerin smpi sebati
Masukkan yis dan gaul2
Masuk yg bertanda *
Uli sampai sebati tutup bekas biar 30 minit…
Bila doh dah naik,tumbuk2 utk buang angin
Bentuk bulat2,(nak senang tekak Guna jari Ibu & penunjuk ,bentuk jadi cantek n padat )
Susun dlm talam yg di tabur tepung gandum kering…
Biar naik sikit …bentukkkan lubang di tengah …
Goreng Guna API sederhana …
Siap
Utk burger bentuk bagi leper …
InshaAllah jadi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai siku hitam pastinya mengurangkan keyakinan diri bagi kebanyakan wanita. Biasanya bahagian badan lain yang mudah mengalami perubahan warna seperti ini ialah lutut.
Kedua-dua siku dan lutut adalah bahagian tubuh yang mempunyai warna kulit yang cenderung lebih gelap daripada bahagian lain. Ini kerana kedua-duanya bahagian ini merupakan bahagian yang paling banyak mengalami geseran.
Untuk korang yang ada masalah siku dan lutut hitam, bolehlah cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Malique Hamdan
BERIKUT DIKONGSIKAN PRODUK-PRODUK YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH SIKU & LUTUT HITAM
Dove Peeling (sheabutter) The Ordinary Peeling Solution Vaseline (serum burst lotion)
Skrub dengan Dove, bilas dan sapu dengan The Ordinary peeling solution. Biarkan selama 10 minit. Kemudian sapukan Vaseline. Konsisten pakai pasti hasilnya menakjubkan!
Perbezaan antara sebelum menggunakan produk-produk ini dengan selepas menggunakannya.
Memang ketara jelas kelihatan bahagian siku kelihatan cerah. Hitam-hitam pada siku juga hilang malah kulit kelihatan sihat dah lembut. Bakal pengantin baru kenalah cuba ni ye! Janganlah hanya kulit wajah sahaja yang cerah bersih tapi bahagian siku dan lutut kehitaman!