
Saintis Barat sahkan Inilah Makanan Terbaik Bagi Darah Tinggi Jantung Strok dan Kolesterol. Melayu kita ni selagi barat tak sahkan takda yang akan percaya, sekarang barat dah akur dan dah terbukti sunnah nabi kita ni lah yang terbaik untuk kita!
Bulan Ramadhan ni beli banyak-banyak ya, tapi hati-hati takut terbeli produk kurma Israel dan Iran? Saintis Barat sahkan Inilah Makanan Terbaik Untuk Tekanan Darah Tinggi, Serangan Jantung, Strok dan Kolesterol!
Kurma ialah yang buah-buahan paling sihat anda boleh makan, kerana mereka kaya dengan bahan-bahan bermanfaat yang merawat pelbagai isu-isu kesihatan , termasuk tekanan darah tinggi, serangan jantung, pukulan , dan kolesterol tinggi.
Mereka juga mempercepatkan metabolisme. Di sini ialah 3 daripada faedah kesihatan mereka:
Kurma menghalang cirit-birit
Kurma tinggi dalam kalium, yang mencegah cirit-birit oleh bakteria sihat dan seterusnya melegakan flora perut dan usus.
Kurma mengawal kolesterol
Kurma membersihkan saluran darah dan menghalang gumpalan pembentukan darah, jadi mereka dengan berkesan mengawal kolesterol tidak sihat atau LDL.
Kurma mengawal tekanan darah
Kurma tinggi dalam kalium dan tidak mengandungi natrium, jadi mereka sempurna dalam kes tekanan darah tinggi. Tambahan pula, 5-6 kurma mengandungi 80 mg magnesium,
Yang menggalakkan aliran darah dan penyebaran melalui saluran darah. Mengurangkan tekanan darah, anda memerlukan lebih kurang 370 mg magnesium.
Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.
Sumber : Akhbarkini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Kahwin Tapi Tak Ngam Dengan Kakak Ipar. Ini Cara Ambil Hati Mereka.

Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
- Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Jalan Pembuka Rezeki Untuk Suami Isteri. Amalkan Sebagai Azimat Kejayaan

Sebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan perintah Allah SWT maka mencurah-curahlah rezeki yang datang mengalir.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan mudah dan melimpah ruah, pastikan suami isteri jangan miss lakukan 11 amalan pembuka rezeki ini. Tengok hasilnya nanti, cukup luar biasa!
1. Ikhlaskan niat berkahwin kerana Allah SWT
Berkahwin merupakan salah satu pintu pembuka rezeki kerana ia mampu menyatukan hati dua insan dalam satu tujuan iaitu mencapai keredaan Allah SWT. Jika ingin rumah tangga anda terus mengalirkan rezeki yang luas, ikhlaskan niat anda dan pasangan berumah tangga kerana Allah SWT.
2. Sentiasalah menggembirakan pasangan
Penghambat utama rezeki dalam rumah tangga bergantung kepada suami dan isteri itu sendiri. Sentiasalah bermesra dan menggembirakan pasangan agar hubungan yang terjalin akan bertambah bahagia serta saling hormat-menghormati lantas mengundang rezeki yang banyak dalam rumah tangga.
3. Banyakkan bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan balasan sememangnya digalakkan dalam Islam kerana amalan terpuji ini mampu menambahkan rezeki. Apabila kita meringankan bebanan orang lain yang dalam kesusahan, maka Allah akan menggandakan rezeki dan memberikan kesenangan dalam kehidupan harian kita.
4. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Berbuat baiklah dengan orang tua dan jangan sesekali menderhaka kepadanya selain bersikap kedekut dengan mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila hamba itu meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Ramaikan cahaya mata
Kehadiran cahaya mata merupakan nikmat bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Ini kerana anak boleh diibaratkan sebagai tali pengikat yang dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri.
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al An’am, 6: 151)
6. Jangan kedekut belanja isteri
Dalam rumah tangga tidak boleh ada sifat kedekut sesama pasangan. Jika mahu menggandakan rezeki, suami janganlah kedekut membelanjakan isteri. Nescaya apa yang dibelanjakan itu akan digantikan Allah dengan rezeki yang berlipat kali ganda.
7. Gunakan bahasa lembut dan panggilan manja
Percayalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan mesra apabila berkomunikasi dengan pasagan juga mampu membuatkan rezeki terus mengalir. Tentu sahaja pasangan akan rasa lebih tenang dan bahagia jika dipanggil dengan panggilan manja ataupun menggunakan bahasa lembut sekali gus membuatkan ikatan suami isteri bertambah erat.
8. Tenangkan hati isteri ketika resah
Seorang suami yang baik mampu memahami sisi emosi seorang isteri apabila isteri dilanda masalah. Isteri yang tenang jiwanya akan memancarkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap suami.
9. Cium dan peluk isteri sebelum keluar rumah
Apabila keluar rumah, cium dan peluklah isteri sebagai tanda suami menghargainya sebagai insan teristimewa. Amalan ini akan memberikan aura positif bukan sahaja dalam diri seorang isteri untuk aktiviti hariannya tetapi juga memberi semangat untuk suami mencari nafkah yang lebih banyak buat keluarganya.
10. Salam dan cium tangan suami sebelum keluar rumah
Begitu juga buat isteri, tingkatkan rezeki dalam rumah tangga anda dengan bersalam dan mencium tangan suami sebelum suami keluar rumah. Amalan ini menunjukkan yang anda menghargai suami yang bertungkus lumus mencari sumber rezeki untuk anda dan anak-anak.
11. Bergurau senda sebelum tidur
Hubungan suami isteri akan bertambah erat dan penuh warna-warni apabila adanya gurau senda dalam rumah tangga. Sebelum melelapkan mata, curilah mada untuk bergurau senda dengan pasangan mudah-mudahan rezeki anda berdua akan sentiasa dimurahkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayuh Isteri, Persiapkan Dengan Mental & Fizikal. Ini 8 Cara Untuk Anda Tangani Suami Ego!

Isi Kandungan
ToggleLelaki memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Namun, sikap in boleh mencetuskan perbalahan di dalam rumah tangga sekiranya ia tidak dikawal. Mereka lebih cenderung untuk menang dalam perbalahan bersama isteri. Si Isteri perlu memiliki persediaan secara mental dan fizikal untuk mengendalikan suami ego lebih lagi jika ia ditunjukkan hanya selepas berkahwin.
Mengahwini lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mungkin menyukarkan usaha pembangunan perhubungan malah ia juga dilihat memberi kesan yang tidak baik terhadap institusi perkahwinan itu sendiri. Jom kita lihat 8 cara dan panduan untuk tangani suami yang mempunyai sikap ego!
1. CARI MASA YANG SESUAI
Carilah masa yang sesuai untuk bercakap dan berkongsi rasa, idea dan apa jua perkara dengan pasangan. Maklumkan pada suami betapa pentingnya dirinya dalam hidup anda. Beritahunya anda perlukan perhatian dan masanya untuk mendengar sedikit luahan rasa. Bantulah suami faham akan konsep ‘give and take’ tanpa mengharap dia mengetahui dan melaksanakannya secara keseluruhan.
2. GUNAKAN “I” STATEMENTS
Apabila berkongsi sesuatu perkara, mulakan ayat dengan ‘I’ (saya atau panggilan diri). Contohnya, “I feel hurt when you interrupt and do not listen to me” menunjukkan bahawa anda bertanggungjawab terhadap perasaan sendiri dan tidak menyalahkan pasangan. Berbanding dengan ayat “You never listen to me” akan membuatkan pasangan menjadi defensif dan akhirnya bermula pertengkaran.
3. BERTOLERANSI DALAM KOMUNIKASI
Berjaga dengan perasaan dan emosi anda. Kekal bertoleransi dan bukannya bertengkar dengan suami kerana perlu difahami tiada apa yang boleh dicapai dari pertengkaran yang berpanjangan terutama dengan suami yang egonya tinggi. Agak sukar untuk mengawal dirinya tetapi adalah lebih mudah mengawal emosi dan reaksi anda ketika berkomunikasi dengannya.
4. BERBINCANG DENGAN BAIK
Dalam membincangkan sesuatu perkara, jika kelihatan ada percanggahan dan mula menyentuh perilaku atau menyerang peribadi pasangan seperti menghina, menengking, mengejek atau menyentuh perkara yang negatif, ketahuilah bahawa situasi tersebut tidak lagi sihat dan produktif. Sebaiknya, fokus pada isu yang ingin diselesaikan bukannya diri pasangan yang dibahaskan.
5. MASA YANG SESUAI
Carilah masa yang sesuai untuk bercakap dan berkongsi rasa, idea dan apa jua perkara dengan pasangan. Maklumkan pada suami betapa pentingnya dirinya dalam hidup anda. Beritahunya anda perlukan perhatian dan masanya untuk mendengar sedikit luahan rasa. Bantulah suami faham akan konsep give and take tanpa mengharap dia mengetahui dan melaksanakannya secara keseluruhan.
6. HARGAI PANDANGAN PASANGAN
Belajarlah untuk menghargai dan memahami antara satu sama lain. Walaupun tidak bersetuju dengan pandangan pasangan namun cubalah untuk mendengar dan memahami pandangannya terlebih dahulu. Hargai pendapatnya dan maklumkan juga yang anda akan gembira jika dia membuat perkara yang sama. Berterima kasihlah pada pasangan jika kata anda didengari dan pujilah akan usaha yang dilakukannya itu.
7. BERHENTI DI LAMPU MERAH
Apabila anda dan pasangan saling berbalah, amat penting jika salah seorang mengalah dan berhenti di ‘lampu merah’. Ambillah masa bertenang dengan melakukan perkara lain sendirian. Apabila keadaan kembali baik dan selamat, anda dan pasangan boleh menyelesaikan semula isu yang tertangguh dengan cara lain yang lebih baik pendekatannya.
8. BERDOA
Ego adalah salah satu penyakit hati yang tiada ubatnya di hospital dan klinik. Namun penawarnya ada pada Illahi. Hanya perlu diminta daripadaNya dan selebihnya berusahalah untuk memperbaiki diri. Mohonlah pada-Nya agar suami tidak lagi berego tinggi selain diberikan kekuatan, kesabaran, dan panduan yang berterusan dalam menghadapi suami sebegini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI