Sebagai suami dan bapa berat tanggungjawab yang kita galas. Islam mensyaratkan setiap lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap kaum wanita. Sebagai pemimpin, suami dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka.
Hukum atau peruntukan bagi suami menunaikan tanggungjawab itu jelas melalui firman Allah SWT:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah mengikut kemampuannya . Dan orang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepada (sekadar yang mampu) …” (Surah at -Talaq, ayat 7).
Berikut perkongsian daripada Dr Redza Zainol yang boleh kita jadikan panduan dalam menjalani kehidupan harian.
Pencapaian kita atau penyesalan kita, semua tu dah pun menjadi sebahagian dari hidup kita. Ia milik kita.
Saya percaya, semua sisi hidup kita sangat berkait antara satu sama lain. Maka usahalah untuk jaga semuanya.
1. Jaga perkahwinan kita. Sentiasa perbaiki hubungan dengan isteri.
2. Wajib luangkan masa khas bersama pasangan. Lagi lama berkahwin, usahakan supaya hubungan jadi makin rapat.
3. Setiap tahun, perbaharui komitmen kita pada anak-anak.
4. Peluklah anak setiap hari. Sama-sama bermain dan isilah rumah dengan gelak ketawa.
5. Kita tetapkan setiap hari ada sedikit masa untuk anak. Ini hak mereka.
6. Namun, kita tetap tegas dalam mendidik anak. Wajib diajar sempadan antara baik dan buruk. Wajib belajar hormat pada orang lain.
7. Mudah-mudahan dengan komitmen yang kita beri, anak lebih gembira, lebih bahagia dan lebih sihat fizikal dan mentalnya.
8. Berusahalah untuk jadikan rumah kita tempat yang menyihatkan.
9. Beli atau masak makanan dan minuman yang berkhasiat. Banyak masanya, kitalah yang beli makanan segera, air gas, jajan dan letak di dalam rumah.
10. Berazamlah untuk jaga mata dan telinga anak kita. Pantau konten gajet yang mereka tonton setiap hari.
11. Jagalah hubungan dengan mak ayah dan adik beradik kita. Tak ada orang boleh besarkan anak seorang diri.
12. ‘Shape of family’ boleh mempengaruhi karakter anak kita. Pakcik dan makcik yang baik boleh jadi idola kepada anak remaja kita.
13. Kasih sayang datuk dan nenek pula tak ada tandingannya.
14. Kita berazam untuk tak biarkan kerja di pejabat merosakkan masa kita untuk bersama pasangan dan anak.
15. Jika latar belakang kita kurang baik atau jika zaman kanak-kanak kita tak seindah yang diharapkan, berdoa dan berusahalah supaya keluarga kita dapat kehidupan yang jauh lebih baik.
16. Tahun 2023 ni, berjanjilah untuk jaga diri kita sebaiknya. Ada masa untuk diri sendiri. Ada masa dengan Allah.
17. Isi diri kita dengan perkara yang baik. Kita hanya mampu beri apa yang kita ada. We can only give things that we have.
Kita boleh bahagiakan keluarga jika kita bahagia. Kita boleh beri kegembiraan pada keluarga jika kita gembira. Kita boleh beri kebaikan jika diri kita penuh dengan kebaikan.
Sumber: Twitter Dr Redza Zainol Kredit foto (top image): Pexels