Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman 23, apabila suaminya maut dalam tragedi kebakaran dan perkahwinan mereka baru berusia 4 bulan.
Pasangan ini telah bernikah pada bulan Mei namun baru berkesempatan membuat majlis kenduri walimahtul urus pada minggu lalu.
Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.
Ustaz Mohd Amirul Nizam Sukarno
Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob,50, berkata setiap hari Allahyarham akan menghubungi Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan.
Ads
Namun hari ini arwah tidak membuat sebarang panggilan kepada isterinya. Noor Fatihah yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab.
“Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Dia akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
“Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya (walimah) di Kelantan minggu lepas,” kata beliau.
Ads
Waris mangsa ditenangkan anggota polis di tempat kejadian. – Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI, Harian Metro
Walaubagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.
Difahamkan, Noor Fatihah menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadiaan.
Ads
Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.
Takziah buat semua keluarga mangsa dan semoga isterinya kuat dengan ujian ini. Alfatihah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular video seorang remaja lelaki nikahkan kakaknya mencuri tumpuan netizen apabila menikahkan kakaknya baru-baru ini.
Bagus muda-muda sudah bertanggung jawab dalam hubungan kekeluargaan, mudahkan urusan si kakak.
Remaja Lelaki Nikahkan Kakaknya
Menerusi rakaman berdurasi 27 saat yang tular di TikTok, remaja berusia 15 tahun itu melafazkan akad pernikahan kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain memuji keberanian remaja berkenaan menjalankan tanggungjawabnya.
“20 tahun lepas adik bongsu nikahkan saya di usia beliau 15 tahun juga. Alhamdulillah,” kongsi Cikgu Mimie.
“Alhamdulillah terbaik adik. Aku ke hulu ke hilir urus wali. Masa nikah abang aku pas kat imam. Sabar sajalah,” kata Nida.
“Adik segak sangat sampai ramai salah faham ingatkan dia yang nikah,” seloroh Ujie.
Hebat didikan mak ayahnya, muda remaja lagi sudah jadi wali. Ada ilmu dan sedikit keberanian, semua akan berlangsung tanpa masalah. Untung si kakak, majlisnya dipermudahkan sampai selesai. Sehingga kini, video terbabit telah ditonton lebih 5.1 juta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Sean Lee Kahwin Mengejut
Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.
Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”
Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis persandingan antara momen yang cukup indah buat pasangan mempelai. Kenangan ini merupakan peristiwa manis yang akan disimpan sebagai sejarah. Pendek kata, setiap bakal mempelai mengimpikan bersanding di pentas pelamin.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok satu majlis persandingan besar-besaran dengan melibatkan 100 pasang pengantin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Syafirol.hafiz di TikTok. Kelihatan ramai pengantin sedang makan beradab di sebuah barisan meja panjang.
Majlis persandingan tersebut ialah anjuran Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Rata-rata ramai yang terkejut dengan kewujudan majlis tersebut dan memuji usaha yang dilakukan oleh pihak MAIWP bagi membantu meringankan kos pengantin.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 370.1K tontonan, 20.6K tanda suka dan 1.2K perkongsian di TikTok.
Majoriti warga maya turut mengucapkan tahniah di atas majlis persandingan itu.
Berikut komen menarik daripada warga maya di TikTok:
– Huiyooo .tahniah semua..doakan sy bertemu jodoh..
– Selamat penganti baru buat semua pasangan dan moga kekal bersama selamanya…