Sebelum berangkat bekerja di pagi hari, biasakanlah cium anak dan isteri anda. Cara ini memberi kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati. Berkasih sayang dengan cara berciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan.
Keninglah yang bersujud. Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yg lebih tinggi daripada Tuhan. Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi. Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.
Lalu, apakah sama keadaannya dgn tangan suami yg dicium isteri? Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ada doa yg dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk org2 yg dicintai & disayanginya.
Terkadang kita sering meremehkan hal kecil yang satu itu. Ciuman sering kita lupakan dalam keseharian kita. Kita terlampau pelit memberikan kecupan dikening, dan ciuman kepada buah hati kita. Pada hal ciuman adalah salah satu sarana untuk menyampaikan rasa sayang kepada mereka. Dengan begitu akan ada kedamaian dihati mereka. Kecupan lembut dan mesra dari suami kepada istri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya sangat diperlukan.