Bergelar seorang isteri sememangnya memerlukan satu tanggungjawab yang besar. Apatah lagi inilah titik permulaan dalam menjalani kehidupan bersama pasangan. Sebelum merancang untuk berumah tangga dan bergelar seorang isteri, pastikan wanita hadam dan tahu perkara penting ini agar mahligai yang anda bakal bina kekal bahagia.
Penting untuk anda buat persiapan awal agar anda bersedia menempuh alam baharu dalam hidup anda. Tidak sama ketika zaman bujang, pastinya selepas berkahwin memerlukan anda memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri.
1. Belajar ambil kisah tentang pasangan
Kerjasama yang utuh akan terjalin apabila anda dan pasangan saling mengambil peduli antara satu sama lain, selain mewujudkan keharmonian dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
2. Belajar untuk mendengar
Ads
Selain penting untuk mendapatkan maklumat, mendengar juga boleh memberi jawapan pada sesuatu masalah yang berlaku antara anda dengan pasangan. Cara ini juga menunjukkan yang anda menghargai pasangan ketika berbicara.
3. Belajar buang sikap ego dan emosi
Pertengkaran yang terjadi dalam sebuah rumah tangga sering kali didorong oleh sikap ego dan emosi. Belajarlah sikap menahan diri daripada ego, amarah dan rasa ingin menang. Dengan membuang sikap ego dan emosi, anda akan kembali tenang saat berdepan dengan apa jua masalah.
4. Belajar untuk tampil menarik
Penampilan yang menarik mampu mempengaruhi orang di sekitar terhadap pasangan anda. Pasti pasangan akan gembira untuk memperkenalkan anda di khalayak ramai sekiranya penampilan anda tampil memukau dan menyenangkan.
Ads
5. Belajar untuk memasak
Pastikan anda mempunyai asas-asas memasak kerana kebahagiaan rumah tangga bermula dengan air tangan seorang isteri. Jangan disebabkan kesibukan kerjaya membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.
Ads
6. Belajar menguruskan rumah tangga
Menguruskan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi bagi wanita berkerjaya yang mempunyai kengkangan masa yang ketat. Pastikan anda mengatur masa dengan bijak tanpa mengganggu masa kerjaya, selain mendapatkan bantuan daripada pasangan.
7. Belajar mengatur kewangan
Setelah berumah tangga, pastikan anda dan pasangan menetapkan matlamat dan menguruskan kewangan secara bijak. Dengan cara ini, anda berdua akan lebih peka terhadap setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercinta selepas nikah lebih popular daripada kenal sebelum nikah. Ia tidak salah. Yang salah ialah apabila tidak kenal langsung sebelum nikah. Apabila sudah bernikah dengan si dia dan jika bermasalah kelak, maka semuanya sudah terlambat. Jadi, ada hikmah sebenarnya kita bercinta selepas nikah.
Ramai juga yang memilih untuk bercinta selepas nikah terutama bagi individu yang telah banyak kali dikecewakan oleh pasangan mereka sebelum ini. Tidak dapat dinafikan bahawa bercinta selepas nikah ada kelebihan yang tersendiri. Kami kongsikan 4 kelebihan bercinta selepas nikah.
1. Dapat Kenal Lebih Mendalam
Untuk mengenali seseorang, ia bergantung kepada individu tersebut. Ada orang mungkin memerlukan masa yang lebih lama dan sebahagian yang lain pula tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Apabila kita mempunyai masa dan peluang untuk kenal seseorang itu, kita boleh mengetahui latar belakang si dia dengan lebih mendalam.
2. Melihat Rupa Bakal Pasangan
Apabila kita mengenali bakal pasangan sebelum bernikah, biasanya secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana rupa dan wajah bakal pasangan kita itu. Benar, rupa paras bukanlah jaminan kebahagian rumah tangga. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada sifat yang menginginkan sesuatu yang cantik pada mata kita.
3. Bersedia Lebih Awal
Hikmah yang seterusnya jika kita kenal sebelum nikah adalah kita dapat bersedia. Bersedia di sini bermaksud bersedia untuk menerima segala kekurangan yang diketahui semasa proses taaruf (kenal). Ini adalah untuk mengelakkan kita daripada ‘terkejut’ dan merasa tertipu jika hanya dimaklumkan selepas kahwin.
4. Tiada Rasa Bersalah
‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Sumber: baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis merisik berlangsung sudah, kini tiba untuk majlis bertunang. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Pilihan untuk barang-barang untuk bertunang kebiasaannya lebih ringkas.
Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Antara barang hantaran yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan jadikan stok simpanan.
Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.
1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
2. Kisar lama
Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
3. Masak Lama
Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.
cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
Puan Aini – Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.
Puan Nisa – Boleh campur belacan goreng pada yang suka.
Puan Fawzika – Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.
Selamat mencuba.
Credit : Fatimah Naamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!