Sebelum Bergelar Isteri, Pastikan Anda Hadam & Pelajari Dahulu 7 Perkara Penting Ini!

Share

Bergelar seorang isteri sememangnya memerlukan satu tanggungjawab yang besar. Apatah lagi inilah titik permulaan dalam menjalani kehidupan bersama pasangan. Sebelum merancang untuk berumah tangga dan bergelar seorang isteri, pastikan wanita hadam dan tahu perkara penting ini agar mahligai yang anda bakal bina kekal bahagia.

Penting untuk anda buat persiapan awal agar anda bersedia menempuh alam baharu dalam hidup anda. Tidak sama ketika zaman bujang, pastinya selepas berkahwin memerlukan anda memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri.

1. Belajar ambil kisah tentang pasangan

Kerjasama yang utuh akan terjalin apabila anda dan pasangan saling mengambil peduli antara satu sama lain, selain mewujudkan keharmonian dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

2. Belajar untuk mendengar

Selain penting untuk mendapatkan maklumat, mendengar juga boleh memberi jawapan pada sesuatu masalah yang berlaku antara anda dengan pasangan. Cara ini juga menunjukkan yang anda menghargai pasangan ketika berbicara.

3. Belajar buang sikap ego dan emosi

Pertengkaran yang terjadi dalam sebuah rumah tangga sering kali didorong oleh sikap ego dan emosi. Belajarlah sikap menahan diri daripada ego, amarah dan rasa ingin menang. Dengan membuang sikap ego dan emosi, anda akan kembali tenang saat berdepan dengan apa jua masalah.

4. Belajar untuk tampil menarik

Penampilan yang menarik mampu mempengaruhi orang di sekitar terhadap pasangan anda. Pasti pasangan akan gembira untuk memperkenalkan anda di khalayak ramai sekiranya penampilan anda tampil memukau dan menyenangkan.

5. Belajar untuk memasak

Pastikan anda mempunyai asas-asas memasak kerana kebahagiaan rumah tangga bermula dengan air tangan seorang isteri. Jangan disebabkan kesibukan kerjaya membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.

6. Belajar menguruskan rumah tangga

Menguruskan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi bagi wanita berkerjaya yang mempunyai kengkangan masa yang ketat. Pastikan anda mengatur masa dengan bijak tanpa mengganggu masa kerjaya, selain mendapatkan bantuan daripada pasangan.

7. Belajar mengatur kewangan

Setelah berumah tangga, pastikan anda dan pasangan menetapkan matlamat dan menguruskan kewangan secara bijak. Dengan cara ini, anda berdua akan lebih peka terhadap setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Published by
Roselinda Mohd Yusof