Bila masuk bab perkahwinan atau alam rumahtangga, kebanyakan isu hal tanggungjawab, beratnya pada perempuan. Hal kemas rumah, jaga anak, memasak dan sebagainya. Lelaki ini kongsi tanggapan-tanggapan dalam rumahtangga yang perlu diperbaiki supaya sama-sama dapat membina rumahtangga yang harmoni.
1. Keje rumah tanggungjawab isteri…
Sebenarnya, keje rumah ni bukan dibawah tanggungjawab si isteri…tanggungjawab isteri hanyalah utk taat kpd suami dan melayan suami…bila diperhalusi istilah taat kpd suami itu, maka keje2 rumah yg isteri lakukan adalah utk mengurangkan beban suami ataupun itu merupakan arahan suami yg dia wajib patuhi…
Suami mintak dia basuh baju, suami suruh dia memasak, suami pesan utk kemas rumah dan dia buat sbb suami mengarahkan dia…hakikatnya, itu adalah tanggungjawab suami yg “dipertanggungjawabkan” kpd isteri…
2. Isteri dan anak-anak membebankan…
Ada suami yg menganggap isteri dan anak2 itu satu bebanan…disebabkan kehadiran mereka dlm hidupnya membuatkan dia perlu keluar setiap hari utk mencari rezeki, menanggung perbelanjaan keluarga, menunaikan itu ini, dan sebagainya…lama kelamaan dia tertekan dan menyalahkan isteri dan anak2 seolah2 mereka beban dlm hidupnya…
Walhal itu semua adalah kewajipan seorang suami terhadap seorang isteri…bila ada isteri, hak2 seorang isteri perlu dipenuhi…kemudian bila ada anak2, maka hak anak2 pula…kehadiran mereka lah yg menyebabkan rezeki kita murah andai kita menganggap mereka itu amanah…nawaitu kena betul…
3. Tak perlu menafkahi isteri yang bekerja…
Bekerja atau tidak bekerja, hukum menafkahi isteri itu wajib…tak kisah la kita ni juruteknik biasa, isteri guru besar atau doktor…kewajipan menafkahi isteri takkan berubah smpai bila2…suami tetap perlu menyediakan tempat tinggal, suami tetap perlu menyediakan makan minum yg mencukupi, suami tetap perlu membeli pakaian dan menanggung bil2 perubatan isteri…
Dgn kemampuan yg ada sahaja…xbleh bersikap lepas tgn akan perkara ini kerana ini akan ditanya di mahsyar kelak…
4. Duit isteri duit suami…
Duit suami, duit isteri…tapi duit isteri, tetap duit isteri…suami takde hak ke atas duit isteri apatah lagi menggunakannya tanpa kebenaran…suami perlukan kebenaran dan redha isteri utk gunakan duitnya sbb suami xde hak ke atas duit tersebut…
Setiap duit isteri yg digunakan suami tanpa redha isteri akan membuatkan si suami berdosa…
5. Campur tangan dalam rumahtangga…
Org tua dan adik beradik pasangan ada hak mencampuri urusan rumahtangga dan membuat keputusan…urusan rumahtangga suami isteri dan apa keputusan yg mereka ingin lakukan 100% atas mereka, antara mereka, hasil perbincangan dan keputusan mereka sahaja…
Tiada pihak termasuk org tua serta adik beradiknya boleh mempertikaikan keputusan yg diambil mereka andai itu keputusan yg mereka setujui bersama…hak utk mencampuri dan menentukan apa yg terbaik utk mereka itu tiada pada org lain selain pasangan itu sendiri…
Selagi mereka tidak melakukan perkara yg dilarang serta ditegah agama…
Byk lagi jika ingin disenaraikan ttg tanggapan atau persepsi dlm rumahtangga yg perlu diperbetulkan dan diperbaiki supaya hubungan itu kekal bahagia sehingga ke jannah…
Nanti kita sambung lagi, semoga bermanfaat dan boleh bermuhasabah…
Kredit: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI