Rata-rata kini rakyat Malaysia sudahpun bekerja. Sama ada makan gaji atau makan gai, masung-masing ada pendapatannya. Buat anda yang berhajat utuk berumahtangga, silalah pastikan ekonomi anda kukuh lebih-lebih lagi lelaki. Anda adalah ketua keluarga yang akan menangggung ekonomi keluarga.
Takkan sudah berkahwin pun nak duduk bersama mak ayah lagi? Sudahlah perbelanjaan rumah pun mak ayah tanggung, inikan pula jika sudah mempunyai anak. Lampin, susu dan duit perbelanjaan untuk anak-anak takkan nak minta mak ayah juga? Sebab itu simpanan masa depan sangat penting. Dari perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad.
Intermittent Fasting. Lisa Surihani berjaya kurus dgn cepat malah diet ini sgt baik untuk badan!
Ramai yang nak kurus. Tapi nak kurus cara mudah. Telan kopi kurus, pil kurus, minuman fiber, susu kurus, sapu sabun kurus. Dalam tak sedaq dompet hangpa ja yang kurus. Hangpa gemok jugak sebab founder habaq “kurus tanpa diet. Makan la apa saja.”. Duta2 ngan testimoni pon pakai gambaq masa mengandung dengan selepas beranak. Berduyun2 la yang beli. Padahal seller ngan founder haram tak kurus pun. Makan sekotak tak jadi, seller habaq “kena skurang2nya 10 kotak ni baru jadi.”. Hang pon beli lagi. Dan lagi. Padan la kena tipu, perangai bengap 2010 duk membawak sampai 2019.
Intermittent fasting ni teknik berpuasa. Worldwide pakai cara ni. Nabi ajar lamaaa dulu dah sebelum orang putih buat studies pasai ni. Ada beberapa cara untuk buat intermittent fasting. Kita highlight 3 cara paling famous lah.
Method 16:8
Teknik ni paling selalu orang guna. 16 jam puasa, 8 jam makan. Hang tentukan sendiri waktu nak puasa dan waktu berbuka. Sepanjang waktu “puasa”, dibolehkan minum air. Dan bila berbuka, hang mengtekedaqah la sampai kenyang. Powernya teknik ni sebab secara ajaibnya bila hang berpuasa 16 jam, waktu berbuka hang cuma akan makan sikit saja dah rasa kenyang. Sebenarnya intermittent fasting ni bukan skadar control selera makan, tapi jugak control pola pemakanan hangpa.
Method 5:2
Method ni ala2 puasa sunat. 2 hari puasa, 5 hari makan macam biasa. Alang2 tu hang puasa sunat teruih la. Pahala pon dapat, kuruih pon dapat. Pilih la isnin dan khamis untuk puasa, lebih afdhol. Tapi, 2 hari yang puasa tu, kalori intake untuk hari puasa tu cuma 500-600 kalori (sehari) saja dibenarkan. Mudah kan? Ada sesetengah orang dia buat “puasa” stail makan ja pada waktu makan macam biasa, tapi total smua yang dia makan tu 500 kalori saja sehari. Pun boleh. Untuk yang tak biasa puasa macam muslim, boleh minum air kosong sepanjang anda berpuasa sebelum waktu berbuka.
Method 4:3
Method ni melibatkan puasa selang selang. Hari ni puasa, esok tak payah puasa. Untuk hari puasa, hangpa dibolehkan makan 500 atau 600 kalori dalam sehari. Untuk hari tak puasa, boleh makan macam biasa. Tapi macam tadi lah, bila hangpa dah start puasa memang automatik selera hangpa berkurang untuk makan. Tak caya tanya la sesapa yang dah terbiasa buat IF ni.
Mudah kan? Waktu puasa kita puasa, waktu makan kita makan. Sihat tanpa perlu telan produk merapu.
Bagi hangpa yang badan terlalu gemuk, dinasihatkan untuk buat senaman ringan atau berat supaya kulit hangpa tak menggelebeh. Body stay fit dan bergetah. Boleh buat lastik kepala founder.
Apa yang hangpa dapat selain kurus?
1) selera makan terkawal
2) pola makan terkawal
3) aktiviti otak cerdas
4) mengurangkan risiko penyakit jantung
5) boost metabolism
6) membantu mencegah kanser
7) jimat duit
Kredit : Khairul Yoi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin masih ada di antara anda yang masih tertanya-tanya di mana lokasi yang cantik dan rare yang sesuai untuk menjalankan penggambaran luar untuk perkahwinan anda
Mungkin anda boleh dapatkan inspirasinya di sini! mungkin juga anda tidak akan menyangkakan ada tempat-tempat yang cantik ini di Malaysia! jom kita lihat.
1. Frim, Kepong
Forest Research Institute Malaysia atau FRIM terletak di Kepong, Selangor. Banyak pokok-pokok yang cantik, taman botanical dan air terjun yang boleh dijadikan latar belakang gambar.
2. Sekeping tenggiri
Sekeping Tenggiri adalah sebuah rumah penginapan yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar, suasana di Sekeping Tenggiri ni kelihatan nyaman dan tenang dengan pokok-pokok dan kolam yang terletak di sekitar rumah. Struktur binaan rumah yang telah diubah suai kelihatan sangat eksklusif.
3. Klia
Siapa cakap dekat lapangan terbang tak boleh ambil gambar yang cantik? Lihat saja hasil kreativiti jurugambar dan pasangan pengatin ini. Gambar perkahwinan anda akan nampak sangat unik dengan adanya kapal terbang di udara. Jangan pula bergambar di tengah-tengah landasan ketika ada kapal terbang yang ingin berlepas ya.
4. Rimbayu IJM Land
Bandar Rimbayu adalah sebuah bandar rancangan oleh IJM Land yang dibangunkan di Selangor terletak berdekatan dengan Kota Kemuning. Walaupun sebuah bandar, namun suasana persekitarannya ternyata damai dan nyaman dengan flora yang ditanam sekitar bandar dan taman-taman rekreasinya.
5. Taman SUK Shah Alam
Sebuah Taman Rekreasi yang terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan taman ini, jadi amat sesuai untuk menjalankan penggambaran kerana tiada orang ramai lalu lalang. Kawasan persekitaran juga dipenuhi dengan pokok-pokok dan flora yang cantik.
6. Ladang Teh Cameron Highlands
Kalau nak gambar ala-ala hindustan sambil menari-nari di balik dedaun teh yang menghijau, boleh la ke Ladang Teh Cameron. Cuaca yang sejuk dengan kehadiran kabus pula akan membuatkan gambar perkahwinan seperti berada di luar negara.
7. Astaka Morocco
Terletak di Presint 1, Putrajaya dekat Taman Botani Putrajaya, Astaka Morocco sesuai untuk gambar ala-ala arabic kerana seni binanya yang berasaskan seni bina Morocco. Dengan ukiran-ukiran di dinding serta pokok-pokok palma disekitarnya membuatkan kamu seperti berada di Morocco. Untuk tujuan penggambaran, kamu perlu membayar yuran masuk.
8. Eco Majestic
Terletak di Semenyih, Eco Majestic adalah sebuah harta tanah yang dibangunkan oleh Eco World. Bermula dari pintu masuk sudah membuatkan kamu terpukau dengan landskap dan binaannya. Binaan yang berkonsepkan Royal membuatkan anda seperti seorang raja dan puteri. Pasti gambar perkahwinan anda akan kelihatan lebih mewah dan elegen.
Sumber : ohfesyen
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas bertungkus lumus selama berbulan-bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut.Jika anda bakal pengantin lelaki, catit 4 perkara ini yang perlu anda lakukan sehingga majlis akad nikah itu selesai.
Jika sebelum ini , kita mungkin tidak diluaskan lagi dengan ilmu –ilmu seperti perkara yang perlu dilakukan selepas majlis akad nikah. Bezanya hari ini, juru nikah turut memberi ruang selepas majlis untuk pengantin melakukan solat sunat dan sebagainya. Begitu juga jurugambar yang turut serta dalam mengambil momen-momen indah di dalam majlis tersebut.
Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
Sujud Syukur
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud)
Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!