Hubungan

Sebelum Kahwin, Lihatlah Dulu Wajah Bakal Pasanganmu, Jangan Terus Terima

Share

Faedah Melihat Calon Pasangan Sebelum Bernikah

Bagi lelaki yang terjatuh hati pada wanita yang menutup wajahnya dengan berpurdah, mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk membuat keputusan jika berniat untuk menjadikan wanita itu sebagai peneman hidup.

Tapi jangan risau, jika benar niat di hati untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isteri, Islam membenarkan lelaki untuk melihat calon pasangannya walaupun si gadis itu berpurdah. Lagipun purdah atau niqab ini bukanlah satu perkara yang wajib maka boleh saja minta di bukakan sekejap untuk melihat rupa parasnya.

Sekadar gambar hiasan

Apakah sebenarnya manfaat yang boleh diperoleh dengan cara melihat pasangan sebelum bernikah ini? Jika nak tahu, boleh baca semua info di bawah ini sebagai bantuan dalam menetapkan hati dalam misi pencaraian bakal pasangan. Jom kita mentelaah bersama!

1- Mewujudkan Rasa Cinta
Walaupun belum saling mengenali, sekiranya berpeluang untuk melihat calon pasangan, rasa cinta mungkin dapat diwujudkan di antara lelaki dan wanita yang bakal dikahwinkan. Rasa cinta perlu ada untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dijalinkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan izin Allah.

2- Membina Keserasian
Untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dibina sentiasa harmoni, keserasian perlu ada di antara pasangan. Jadi dengan melihat dahulu calon pasangan, mungkin dapat membina keserasian dengan diadakan sesi perkenalan di antara lelaki dan wanita tersebut.

3- Mengelakkan Kekecewaan
Selalunya, jika pasangan adalah pilihan ibu bapa, lelaki dan wanita yang akan dinikahkan ini mungkin tak pernah melihat wajah masing-masing. Jadi dengan adanya sesi taaruf atau bertemu, mungkin dapat mengelakkan berlakunya kekecewaan dalam diri masing-masing jika pasangan yang bakal dijodohkan kurang menepati ciri-ciri fizikal dan luaran idaman hati.

4- Mengenali Hati Budi
Melalui proses melihat terlebih dahulu calon pasangan, lelaki dan wanita yang akan bernikah mungkin dapat mengenali serba sedikit hati budi pasangan yang bakal jadi teman sehidup semati. Dengan mengenali hati budi begini, dapatlah membina keserasian dan mewujudkan rasa cinta di antara lelaki dan wanita yang akan dinikahkan.

Kredit: Bulan Photography

5- Dapat Berkenalan Dengan Keluarga
Apabila berpeluang bertemu mata dengan calon pasangan, lelaki dan wanita yang bakal dinikahkan juga dapat berkenalan dengan dengan ahli keluarga pasangan secara tidak langsung. Mengenali ahli keluarga calon pasangan juga merupakan perkara penting untuk memastikan hubungan kekeluargaan yang bakal terjalin menjadi mesra.

6- Memupuk Kepercayaan
Bagaimana hendak bina rasa percaya kalau tidak pernah melihat calon pasangan yang akan menjadi sebahagian dalam hidup kita kan? Jadi, inilah salah satu faedah yang kita akan dapat kalau berpeluang untuk melihat calon pasangan terlebih dahulu. Rasa percaya mungkin dapat dipupuk apabila dapat melihat sendiri tingkah laku bakal pasangan bila berhadapan dengan kita.

7- Menjauhkan Rasa Tidak Puas Hati
Bila calon pasangan yang bakal menjadi ‘housemate’ kita ditentukan oleh ibu bapa, mungkin akan timbul rasa tidak puas hati pada diri kita. Jadi untuk menjauhkan rasa tidak puas hati terhadap pilihan ibu bapa, mungkin dengan melihat sendiri calon pasangan akan dapat mengelakkan perkara ini berlaku.

Gambar Kiriman Pengantin

8 – Dapat Mengetahui Latar Belakang Bakal Pasangan
Kebiasaanya, bila calon pasangan dicari oleh pihak lain, kita tidak mengetahui latar belakang lelaki atau wanita tersebut secara terperinci. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan secara bertentang mata, dapat berbicara dan berkenalan, mungkin kita akan dapat mengenali serba sedikit latar belakang calon pasangan seperti pendidikan, pekerjaan, minat, dan sebagainya. Ini salah satu faktor yang penting dalam pemilihan calon pasangan sebenarnya.

9 – Memberi Ruang Untuk Berfikir Sebelum Membuat Keputusan
Apabila kita diberi peluang untuk melihat dulu calon pasangan, ini dapat memberikan kita ruang untuk berfikir sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan hubungan ke status suami isteri. Perbincangan hati ke hati juga dapat dibuat samada kedua-duanya redha dan bersetuju untuk dinikahkan. Ini penting untuk memastikan ‘masjid’ yang dibina dapat kekal dan bahagia sehingga hujung nyawa.

Gambar Kiriman Pengantin

10 – Memastikan Calon Pasangan Menepati Ciri Idaman Hati
Salah satu yang penting dalam pemilihan calon pasangan ialah mereka menepati ciri idaman hati kita. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan boleh memastikan perkara ini dengan lebih jelas. Terutamanya dari segi fizikal dan luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar.

 

sumber : https://www.bidadari.my

Published by
Kim