Sebelum kahwin memang sikap pasangan berbeza dengan selepas sah berkongsi macam-macam dalam hidup. Pendek kata, baru nampak ‘taring’ masing-masing.
Namun baik suami atau isteri, nak tak nak perlulah belajar terima seadanya. Bak kata Tiara Emilia, bila dah kahwin, kena faham masing-masing punya ‘culture’. Ada jenis tak makan pagi, ada yang jenis tak boleh makan lauk yang sama dan macam-macam peel baru nampak.
Sebelum Kahwin Nampak Sekufu
Jadi kena banyak belajar terima dan tidak kritik budaya yang dibawa masing-masing. Maka sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seseorang, pilihlah yang sekufu.
Contoh, kalau dulu saya jenis bangun sebelum subuh setiap hari walau hari hujung minggu, lepas subuh cari sarapan tapi dapat pasangan yang bangun lewat dan tak sarapan pagi, memang jem rutin berkahwin. Carilah yang suka bangun awal sebelum subuh, tahajjud.
Kalau dulu hujung minggu saya jenis suka berjalan naik kereta ronda-ronda, tapi dapat pasangan yang bangun lambat, tidur petang dan tidur malam awal, memang jem jiwa kena duduk rumah. Carilah yang suka jalan-jalan, ronda-ronda.
Cari Yang Pandai ‘Gali’ Duit Lebih
Dulu jenis buat kerja rumah cuci pakaian, sidai pakaian, cuci bilik air, vacuum lantai karpet, dapat pasangan hanya masak dan cakap “saya pemalas”, memang jem hati kena hadap. Carilah pasangan yang sama-sama buat kerja rumah tanpa kritik tanpa rasa tak puas hati.
Kalau dulu saya jenis rajin cari duit lebih, semua duit jualan bisnes part-time (bukan untung bersih) pun kena paw beli barang yang tak perlu, memang jem poket wallet tak sempat bertahan lama dalam tu. Carilah pasangan yang faham apa itu pengurusan kewangan.
Itu baru sedikit contoh, ada banyak lagi contoh tapi bila berkahwin sepatutnya kita sudah bersedia untuk berubah diri, memperbaiki diri, bukan masih berada di takuk lama perangai buruk masa single dibawa ke alam perkahwinan.
Apa yang penting kena pilih bakal pasangan yang sekufu dan persamaan kefahaman, bukan sekadar suka sebab ikut nafsu nanti lesu. Cuma itu lah, sebelum kawin selalu nampak sekufu bila dah kahwin baru nampak perangai sebenar.
Begitulah nasib, jadi pilih lah yang tepat. Kenal dulu jangan main terima sahaja si dia dalam masa yang singkat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI