Dalam rumah tangga perlu adanya kerjasama antara kedua-dua pasangan. Tanpa kerjasama yang bagus, rumah tangga akan menjadi masalah. Jangan hanya harapkan seorang sahaja yang melakukan kerja, sebaliknya bantu-membantu lah. Antara salah satu berlakunya pertengkaran adalah tidak wujudnya persefahaman antara suami dan isteri.
Bila tiada persefahaman, maka berlakulah pertengkaran. Sekali gus ia akan merosakkan hubungan yang anda bina jika tiada yang bertolak ansur. Lagi-lagi bagi suami, jangan harapkan semua kerja rumah pada isteri. Mereka juga manusia biasa. Jangan suruh mereka lakukan semua benda. Sebagai seorang suami, anda perlulah hormat dan layan isteri anda sama seperti ibu anda.
Hargai perngorbanan isteri
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
Jangan bandingkan masakan isteri
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
Sama-sama jaga anak
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan mempersendakan saiz badan isteri
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Jangan kedekut
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
Rajin-rajinlah bantu isteri
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Elak berlaku curang
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
Sentiasa berbincang sebelum buat keputusan
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
Pujuk kalau isteri terasa
Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Kredit : Dato’ Fadzilah Kamsah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI