Selain daripada hal tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, ada satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan iatu membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Ramai anggap ia satu perkara yang mudah. Beli apa sahaja yang dimahukan oleh pasangan masing-masing. Sebenarnya, melalui barang hantaranlah anda boleh berjimat. Anda perlu bijak mempertimbangkan dari segi kewangan sehinggalah pemilihan barangan.
Oleh itu, kami kongsikan beberapa tip yang boleh membantu anda dalam mencari barang hantaran.
1. Tetapkan Bajet Untuk Barang Hantaran
Perkara pertama yang perlu anda lakukan di dalam memilih barang hantaran perkahwinan adalah menetapkan bajet terlebih dahulu. Kenapa bajet kewangan ini penting? Ia adalah untuk mengelakkan anda dan pasangan berasa terlebih teruja sehingga membazir semasa membeli barang gubahan dan barang hantaran.
Bagi memudahkan kerja dalam merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga benda utama ini:
Bajet untuk dulang.
Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang (jika ada).
Bajet untuk barangan hantaran yang akan diletakkan di atas dulang.
Bila sudah asingkan bajet-bajet ini, anda akan berasa lebih mudah untuk menyemak dan mengawal kos perbelanjaan perkahwinan nanti.
Ads
2. Tentukan Jumlah Dulang
Kredit: Rent Her Wedding
Setelah bajet ditetapkan di antara anda dan pasangan, seterusnya anda bolehlah menetapkan jumlah dulang yang ingin anda letakkan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil.
Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.
Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis – boleh pengsan kalau tidak kena konsep you all!
Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesuai untuk anda:
Ads
Konsep Klasik Tradisional Melayu
Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Lazimnya hiasan dulang akan merangkumi tepak sirih tradisional, bunga pahar, bunga telur, dan hiasan bunga segar.
Konsep Perkahwinan Inggeris
Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, kek cawan atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih berenda bunga.
Konsep Perkahwinan Santai
Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula adalah seperti alas dulang bantal, kayu palet atau pun sponge.
4. Pelbagaikan Pilihan Barang Hantaran
Kredit: Rent Her Wedding
Walaupun anda dan pasangan seorang pasangan muda yang moden, janganlah memasukkan barangan elektronik sahaja untuk dulang anda. Masukkan juga pilihan-pilihan lain bagi menaikkan seri dan mengurangkan kebosanan pada gubahan anda.
Ads
Cadangan hantaran untuk bakal pengantin:
Barangan elektronik, pakaian, hiasan buah, manisan,set barang kemas, sepang telekung dan kain pelekat, tepak sirih dan sebagainya.
5. Buat Senarai Barang Hantaran
Kredit: Rent Her Wedding
Sebaik sahaja gabungan barangan telah ditetapkan, maka inilah masanya untuk pergi membeli-belah. Tetapi, sebelum anda menyerbu KLCC, Sogo, AEON, IOI Mall, Pavillion dan sebaginya, pastikan anda bersedia dengan satu senarai barang yang lengkap – merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Apa lagi belilah majalah Pesona Pengantin checklist sudah tersedia ada, tak payahlah susah-susah hendak taip atau print lagi.
6. Beli Barang Hantaran Tepat Pada Waktunya
Ini penting terutamanya apabila anda membeli barangan ini ketika hujung tahun semasa Year End Sales (YES). Kompleks membeli-belah atau ekspo pengantin pada waktu ini selalunya akan penuh sesak dengan orang ramai. Mereka ingin berebut mendapatkan potongan diskaun yang menarik. Ambil peluang ini untuk membeli hantaran pertunangan dan hantaran kahwin anda.
Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:
Tepak sirih
Tapak cincin
Kotak mas kahwin/hantaran
Sepasang telekung/mushaf Al-Quran/sejadah
Beberapa makanan seperti kek, coklat, dan buah
Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!
Akhir sekali, tip terakhir memilih barang hantaran perkahwinan yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramadan kan sebulan. Sempat lagi kalau anda dan pasangan nak memeriahkan dan meraikan kehadiran Ramadan kali ini. Buat pasangan yang baharu berkahwin, mestilah saat ini menjadi saat yang ditunggu-tunggu. Masa inilah nak tunjuk skil memasak, solat berjemaah dan mengaji bersama. Ini ada tip yang boleh anda cuba!
TIP MENYAMBUT RAMADAN
Simple tapi bagi kesan kepada kita InsyaAllah. Tak wajib dan terpulang kepada keperluan masing-masing ya?
1. Kemas bilik utk kita solat/qiamullail/mengaji Al-Quran.
2. Tampal kata-kata “Ahlan Ya Ramadan” di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.
3. Sediakan Al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian kita utk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dlm buku tu. Buku tu akan jadi “Diari Ramadhanku”?
4. Mohon pada Allah setiap Masa supaya dipertemukan kita dgn Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.
5. Study balik, Cari ceramah2 di YouTube :
-Apa kelebihan Puasa Ramadhan?
-Kenapa kita Kena Puasa?
-Bagaimana nak kuatkan diri Qiamullail?
-Apa itu Malam Lailatulqadar?
-Apa perkara yang membatalkan puasa?
6. Stop dah mengata, mengeji. Mulakan mengaji Al-Quran. Ketahui level mengaji kita di aras mana. Cari guru utk kita belajar dlm Ramadhan ni. Malu sangat dengan Allah kalau kita culas dengan Al-Quran.
7. Ready bahan2 masak utk mudahkan kita memasak sahur dan berbuka. Sedia awal2, simpan dlm peti sejuk. Jimat masa InsyaAllah.
Sebab Ramadhan ni kita nak banyakkan Masa dengan Al-Quran. Masa berharga sangat2.
7 Tips dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi lepas ni ya. Semoga Allah temukan kita dgn Ramadhan yang mulia InsyaAllah.
Moga semua dosa kita diampuni dan hidup kita dirahmati. Sayang sahabat2 kerana Allah?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya nak mulakan menyimpan duit anak itu, seseorang ibu cuma perlukan satu istilah iaitu istiqomah. Yang mana, jika ibu culas maka tak berhasillah impian ibu nak lihat tabungan anak penuh menggunung ketika anak menginjak remaja. Dan inilah yang dikongsikan oleh Nursha Salleh tentang panduan istiqomah menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.
Beliau memberikan 7 langkah mudah yang perlu diambil oleh mak ayah untuk memastikan anak ada simpanan lebih RM10, 000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas. Tak mustahil ada mak ayah akan merasakan cara ini kelakar malah mengambil masa yang terlalu lama.
Tapi, ianya lebih kelakar jika mak ayah cuma memikirkan ianya kelakar dan tidak bermula malah bertindak membuat simpanan. Seringgit sehari tidaklah membebankan. Mak ayah boleh sebenarnya pejam mata sambil menyimpan.
Ini Cara Simpan Duit Anak Di Tabung Haji Bermula RM1 Sehari
Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
Buat direct debit lebih memudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10K:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Kadangkala apabila kita berada dalam keadaan stres, akan mengalami masalah kurang tidur atau sukar tidur. Untuk jangka masa yang panjang ia tidak baik malah mengundang penyakit yang berbahaya.
Jangan ambil mudah seharusnya urus masa dengan teratur agar tidur anda tidak dicemari.i Dapatkan tidur yang berkualiti supaya keadaan tubuh sentiasa segar dan terhindar dari penyakit tidak diingin.
Alzheimer
Dilaporkan dari jhsph.edu, para peneliti menyebutkan kaitan antara kurang tidur dengan penyakit Alzheimer. Bahkan penyakit Alzheimer semakin parah bila kurang tidur terus jadi kebiasaan.
Obesiti
Ye, kurang tidur boleh mendorong kepada obesiti. Kajian dari healthysleep.med.harvard.edu,banyak penelitian yang menyebutkan kurang tidur boleh menyebabkan berat badan naik. Kerana ketika tidur, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu mengawal nafsu makan, menjaga metabolisme dan memproses glukos. Jika tubuh kurang tidur, keseimbangan hormon juga boleh terganggu. Seperti gangguan hormon leptin yang berfungsi untuk memberitahu otak bahawa tubuh sudah mendapat cukup makan. Kalau tubuh kurang tidur, anda akan terus merasa lapar meski sudah makan banyak. Nampaknya pengambilan kalori melebihi batas normal membuat berat badan meningkat.
Diabetes
Diabetes tipe 2 boleh disebabkan oleh kurang tidur kerana terganggunya pemprosesan glukos di dalam tubuh. Sebuah penelitian yang dikutip darihealthysleep.med.harvard.edu meneliti sekelompok pesakit sihat yang kurang jam tidurnya dari 8 jam atau lebih menjadi 4 jam semalam, hasilnya pemprosesan glukos dalam tubuh lebih lambat dibandingkan bila mereka tidur 12 jam.
Penyakit Jantung
Kurang tidur boleh menyebabkan tekanan darah meningkat setiap kali bangun tidur. Naiknya tekanan darah yang disebut hipertensi ini kalau dibiarkan terus menerus boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Risiko terkena penyakit jantung juga meningkat.
Gangguan Kesihatan Mental
Depresi dan gangguan mental boleh muncul akibat kurang tidur. Dalam satu penelitian, subjek yang tidur 4,5 jam semalam merasa stres, sedih, marah, dan letih secara mental. Mereka juga tampak kurang semangat. Masalah dan gangguan boleh hilang apabila mereka mendapat tidur yang cukup setiap malam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!