Kecantikan

Sebelum Naik Pelamin, Cuba Buang Masalah Blackhead Dulu!

Share

Biasanya sebelum naik pelamin, anda pasti akan cuba buang masalah blackhead di wajah dulu untuk naikkan seri wajah. Malah, satu badan pun akan disental untuk kepuasan diri sendiri sebelum jadi raja sehari.

Begitulah yang sepatutnya, sanggup pergi ke pusat rawatan kulit atau ‘facial’ untuk membuang blackhead namun masih juga ada di wajah.

Jadi, sebagai salah satu langkah paling mudah dan menjimatkan, anda boleh DIY mask buang blackhead dengan hanya menggunakan dua bahan.

Buang Masalah Blackhead, DIY Sendiri Di Rumah

Nah, ini perkongsian macam mana nak buang blackhead ini di rumah, senang dan jimat kos tip yang dikongsi oleh PUan Diyana Othman.

Ini Bahan Yang Diperlukan:

-Putih telur
-Kapas/ Cotton wipes

Cara-caranya:

1.Basuh muka dengan bersih dahulu.

2.Ambil kapas muka itu, kita koyakkan bagi nipis.

3.Kemudian sapukan putih telur dekat hidung tetapi diingatkan supaya jangan sampai kering.

4. Cepat-cepat lekatkan kapas tadi tu dekat hidung anda. Biarkan sampai kering, kemudian baru tarik kapas tersebut secara pelahan. Siap dah.

Bukan hanya bakal pengantin boleh guna tip ini, sesiapa sahaja yang ada masalah blackhead boleh cuba hilangkan dan hasilnya makin licin lah hidung anda selepas ni. Selamat mencuba!

Published by
Nadia