Dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan pastinya anda perlu bersiap sedia dalam semua perkara dan aspek seperti tarikh, persiapan barang, baju dan sebagainya.
Untuk menetapkan tarikh majlis perkahwinan, anda perlulah mendapat persetujuan bersama ahli keluarga anda agar dapat mengambil kira beberapa faktor penting.
Antara faktor yang perli di beri perhatian semasa menetapkan taikh majlis perkahwinan adalah :
Persetujuan yang lain
Ramai yang suka mengadakan majlis perkahwinan semasa cuti sekolah kerana ia memudahkan semua ahli keluarga untuk berkumpul bersama. Ini adalah amat penting kerana tanpa persetujuan semua pihak, majlis anda mungkin tidak akan berjalan dengan lancar.
Faktor Cuaca
Ads
Memandangkan cuaca seringkali tidak menentu, anda di nasihatkan agar cuba untuk menetapkan majlis perkahwinan di luar musim hujan. Jika tiada pilihan buatlah pernikahan terlebih dahulu dan tangguhkan seketika majlis perkahwinan ke tarikh yang lain.
Tarikh yang cantik
Ads
Sesetengah orang mungkin mengimpikan untuk berkahwin pada tarikh yang cantik seperti 09.09.19 ataupun 18.08.18. Ia sama sekali tidak salah asalkan tarikh tersebut jatuh pada waktu yang sesuai.
Jurunikah dan saksi
Ads
Jika sudah pilih tarikh yang sesuai, tanyakan pula kepada jurunikah dan saksi-saksi anda untuk memudahkan mereka untuk hadir. Ini kerana tugas jurunikah selalu sibuk untuk memenuhi permintaan orang ramai.
Bulan Ramadhan
Anda dinasihatkan agar tidak melangsungkan perkahwinan hampir dengan bulan ramadhan. Ini kerana larangan tidak melangsungkan perkahwinan dekat dengan bulan mulia ini untuk mengelakkan pasangan pengantin menahan nafsu pada bulan mulia yang boleh menjejaskan amalan puasa mereka.
Sumber : baituljannah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran. Namun apabila tinggal bersama dapat memberi peluang pasangan pengantin mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Walau bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Ini kerana terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru.
Antaranya masalah kewangan, Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.
Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.
Ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan dari keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.
1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.
2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.
3. Menjaga Ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.
4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.
5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.
6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, “jauh bau bunga dekat bau taik” yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.
Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga. Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga Ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada rezeki yang Allah berikan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika anda sedang merancang untuk mempunyai zuriat, jangan lupa ambil asid folik. Ia penting untuk mencegah kecacatan janin dan boleh membawa maut iaitu Neutral Tube Defect (NTD). Anda digalakkan mengambil asid folik sebelum hamil lagi untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Pengambilan asid folik ini ditekankan oleh Doktor Imelda Balchin di laman Facebooknya. Menurutnya, masih ramai lagi wanita di Malaysia tidak mengetahui kepentingan pengambilan suplemen folik asid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran.
Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan.
Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD).
Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak.
Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar.
Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia.
Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil.
Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting.
Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari.
Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.
Sebaik tarikh perkahwinan telah ditetapkan, kini tibalah masa untuk meninjau lokasi yang selesa untuk mengadakan majlis perkahwinan. Buat yang berhajat untuk mengadakan majlis di rumah itu tidak menjadi masalah. Namun bagi anda yang inginkan jemputan rasa selesa dan mahukan suasana yang berbeza buatlah tinjauan ke lokasi majlis kahwin yang pernah diadakan. Bukan sekadar hanya melihat di laman sesawang, instagram dan facebook, sudah berpuas hati. Tinjau ke lokasi berkenaan untuk dapatkan gambaran apa tema majlis yang bakal anda buat.
Buat mereka yang masih meninjau lokasi majlis perkahwinan , pertimbangkan lokasi berikut bagi melangsungkan majlis bahagia anda.
D’Tahta , I-City, Sek 7 Shah Alam
D’Tahta merealisasikan impian buat bakal pengantin. D’Tahta dicetuskan dengan gabungan tiga orang wanita hebat iaitu Mona Din selaku pengasas dan Pengarah Urusan, Sherry Sidek dan Fadilah Abdul Hamid bertindak sebagai Pengarah. Dekorasi yang diilhamkan menghiasi D’Tahta adalah kombinasi idea dan cetusan rasa mereka bertiga.
Dari dekorasi serba elegan yang memukau hingga ke taman ala Inggeris. Pakej yang ditawarkan amat berbaloi dengan keindahan yang ditawarkan. Pakej terdiri daripada PAKEJ GOLD RM35,000 (1000 PAX) Harga Biasa : RM39,000, PAKEJ PLATINUM RM45,000 (1000 PAX)
Harga Biasa : RM49,000 dan juga PAKEJ INFINITY RM50,000 (1000 PAX) Harga Biasa : RM59,000
Gambar dari: FB D’Tahta
de’Laman Event Space, Bukit Jelutong Shah Alam
Menyediakan lokasi untuk pelbagai jenis majlis dan acara seperti perkahwinan, pertunangan, pernikahan, majlis Akikah dan sebagainya. Berkeluasan 6500 kaki persegi dan merupakan sebuah bangunan tiga (3) tingkat, bersiling tinggi. Kemudahan yang disediakan ialah seperti ruang dewan berhawa dingin, perkhidmatan katerer, surau, ruang istirehat, PA system, skrin, projector, kanopy, pelamin dan banyak lagi. Ia juga boleh menampung seramai 1000 orang tetamu di dalam dan luar dewan, Menyediakan tempat letak kereta di sekeliling kawasan de’Laman.
Gambar dari website:de’Laman Event Space
Laman Pengantin Taman Melawati
Laman Pengantin menyediakan dewan yang besar dan selesa serta khemah yang dapat memuatkan dari 300 orang. Ruang yang luas ini sesuai untuk majlis persandingan dan perkahwinan.
Gambar dari: FB Laman Pengantin Taman Melawati
Laman Kayangan , Sek 7, Shah Alam
Laman Kayangan popular sebagai lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bukan hanya majlis perkahwinan sahaja malah majlis lain juga boleh diadakan di sini. Pakej di sini bermula dari RM55/pax sahaja.
Gambar dari: FB Laman Kayangan
K’Seena House, Kuang, Sg Buloh
Andai ada yang mengimpikan majlis perkahwinan di taman, K’ Seena boleh dijadikan lokasi terindah buat bakal pengantin. Ia sebuah kediaman kolonial berusia 100 tahun. Banglo lama ini mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik dilengkapi laman yang indah dan luas. Mengadakan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka aidilfitri sangat bertepatan di sini.
Gambar dari: FB K’Seena House
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!