Sebelum nak mekap jadi pengantin, anda wajib betulkan cara cuci muka sebab ini boleh jadi punca kulit wajah makin kusam dan solekan tak kemas.
Kalau ikutkan, masih ramai yang tak ambil peduli cara cuci muka yang betul. Main tonyoh asal berbuih dan bilas dengan air. Sepatutnya anda kena ada ilmu walau cuma tentang bersihkan kulit wajah.
Sebelum Nak Mekap Jadi Pengantin
Langkah penjagaan yang paling asas perlu dilakukan ialah mencuci wajah. Ini demi mengekalkan kulit sihat tanpa liang pori terbuka, jerawat dan jeragat. Jadi anda pastikan cuci muka kalau anda jenis suka pakai mekap dan banyak keluar rumah.
Benar memang banyak terdapat produk, teknik dan tips mencuci kulit wajah. Namun anda perlu tahu ada juga mitos mengarut yang didengari seperti berkesan tapi sebenarnya boleh merosakkan wajah. Biasanya mitos ini kononnya membersih wajah sebersih yang mungkin dan berkesan.
Cara Cuci Muka
Mari semak tiga mitos yang sentiasa menjadi tanggapan yang benar, kalau ada yang anda lakukan. Hentikan sekarang dan tukar kepada tips yang lebih tepat.
1. Guna air panas
Kulit wajah bukan pinggan mangkuk yang perlu dibilas atau direndam dengan air panas! Cukup sekadar air suam atau suhu bilik yang juga berkesan membersih kotoran dan lebihan minyak pada wajah. Jangan lupa produk pencuci wajah juga akan membantu membersih pori-pori jauh kedalam. Jika anda cuci dengan air panas, kemungkinan berlaku lecur, iritasi dan kulit bahkan terasa lebih kering.
2. Kerap mencuci wajah lebih baik
Jangan mudah terpengaruh amalan mencuci wajah setiap masa, apatah lagi anda mencuci dengan produk pembersih. Ini boleh menganggu keseimbangan pH kulit dan sudah tentu kulit akan menjadi kering. Cuci wajah hanya sekadar dua kali sehari sahaja, pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Cukup!
3. Wajib double-cleans setiap hari
Antara mitos yang sangat ramai salah faham tentang teknik double-cleanse. Teknik hanya boleh dipakai jika anda memakai mekap atau mekap kalis air. Tidak perlu pun lakukan double-cleanse pada setiap hari. Risau ya kulit akan mengalami iritasi kerana terbeban dengan cucian wajah yang berat.
Hah, dah faham? Pastikan anda tahu cara yang betul dan selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI