
Isi Kandungan
TogglePasangan pengantin terutamanya wanita lebih memberi perhatian kepada baju pengantin yang bakal disarungkan di majlis kahwin. Ini perlu dalam memastikan baju kahwin impian anda dapat direalisasikan untuk anda tampil lebih anggun di majlis kahwin. Dalam memastikan baju kahwin yang diimpikan menjadi realiti, beberapa perkara harus diberi perhatian.
Jom tengok panduan berguna ini yang boleh pengantin praktikkan!
1. BELANJA IKUT BAJET
Pastikan bajet bersesuaian dengan kemampuan anda. Elakkan daripada memilih baju yang terlalu mahal kerana ia akan membebankan anda untuk persiapan perkahwinan anda yang lain. Oleh itu, pilihlah baju yang berpatutan dan berkualiti.
2. MENJADI DIRI SENDIRI
Pilih baju yang sesuai dengan keperibadian anda, namun pilihan yang dibuat perlulah relevan dan praktikal untuk disarungkan di majlis persandingan nanti. Jangan terlalu mengikut pendapat rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain kerana yang bakal berkahwin adalah diri anda.
3. BAJU YANG PRAKTIKAL
Cubalah terlebih dahulu baju pengantin tersebut supaya anda dapat merasa sendiri keadaan baju tersebut. Anda juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan pendapat perunding fesyen terlebih dahulu sebelum memilih baju pengantin yang bakal digayakan.
4. PILIH GAUN YANG SESUAI DENGAN BENTUK TUBUH
Sekiranya bentuk tubuh anda berbentuk buah pear, sebaiknya anda memilih gaun berpotongan A-line atau ball gown yang mampu memberi kesan yang lebih seimbang. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat perunding fesyen.
5. GUNA FABRIK YANG TEPAT
Elakkan daripada memilih fabrik yang terlalu berkilat dan jarang kerana anda bakal tampil seperti badut di hari perkahwinan. Pilihlah fabrik yang berkualiti dan mampu memberi keselesaan untuk diri anda.
6. PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN TEMA MAJLIS
Sebelum anda menentukan rona gaun perkahwinan, sebaiknya anda menetapkan tema bagi majlis perkahwinan anda. Ini penting kerana tema perkahwinan memainkan peranan yang penting bagi keseluruhan majlis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Bawah Umur Jangan Letak Sebagai Penama Penerima Hibah Polisi Takaful, KWSP, ASB Dan Tabung Haji.


Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah 6 Cara Pujuk Suami, Barulah Sayang Bertambah Sayang

Adat dalam berumahtangga pastinya ada kalanya berlaku perselisihan faham antara pasangan. Kadangkala perkara yang kecil dibesarkan hingga membuatkan salah satu pihak akan merajuk. Dalam hal merajuk , bukan perempuan sahaja yang pandai merajuk, malahan ada juga lelaki merajuk apabila rasa tidak puas hati timbul.
Cuba cara ini untuk memujuk suami yang merajuk.
1. Biarkan si dia ruang bersendirian
Biarkan pasangan anda untuk menyendiri atau membawa diri seketika waktu jika berlaku pertengkaran. Cuba jangan ganggu si suami dalam masa yang terdekat. Beri dia ruang untuk berfikir.
Biar dia berfikir apa punca sehingga terjadinya perselisihan faham berkenaan. Mungkin egonya tidak lama dan kemudian berbaik kembali anda. Biasanya lelaki perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan fikiran.
# Jangan sesekali berleter atau meninggikan suara pada suami anda, dikhuatiri membuat suami anda jemu melayan kerenah anda, atau lebih buruk lagi membuatkannya hilang pertimbangan.
2. Layan kehendaknya
Jika si suami nampak melakukan apa-apa aktiviti bersedirian, cuba dekati si suami dengan melayan kerenahnya dan apa yang dia minati. Contoh jika pasangan anda suka menonton siaran sukan, apa kata anda duduk di sebelah si dia dan bersama-sama menonton rancangan tersebut.
Anda juga boleh cuba masakan yang digemarinya. Pasti suami anda lembut hati dari merajuk kerana lelaki suka kepada wanita yang pandai melayan kerenah mereka.
3. Pujuk dengan kata-kata manis
Lelaki adalah golongan yang jenis suka dipujuk rayu oleh pasangan mereka. Cubalah pujuk suami anda dengan kata-kata manis seperti panggilan manja, contohnya ‘sayang’,’bushuk’. Selitkan juga ayat-ayat jiwang untuk memujuk suami anda. Anda juga bolehkan menyelitkan ayat humor kepada si dia, asalkan yang tidak melibatkan peribadi suami anda.
4. Gembirakan diri sendiri
Semasa si suami sedang menenangkan diri untuk menyejukkan hati, apa kata anda buang kerungsinganya dengan melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan hati kedua belah pihak. Sebagai contoh adalah, membawa anak-anak ke taman tema air atau tempat rekreasi.
5. Nyanyikan lagu untuk suami anda
Pasti tidak ramai yang pernah melakukan perkara ini untuk memujuk suami anda bukan? Apa kata anda cuba memikat kembali hati pasangan anda dengan menyanyikan lagu yang mempunyai unsur memujuk, lagu kegemarannya atau lagu yang si dia pernah nyanyikan untuk anda ketika mula-mula berkenalan dan permulaan bercinta.
Usah pedulikan suara anda merdu atau sumbang kerana ia sekadar pujuk memujuk yang hanya melibatkan anda dan pasangan anda sahaja. Pasti si dia tersenyum lebar dengan sikap anda yang nampak bersungguh-sungguh untuk memujuknya.
#Tidak perlu untuk berkaraoke, memetik gitar atau mengalunkan alunan piano ketika anda bernyanyi memujuk pasangan anda. Cukup sekadar menghantar voice message yang melalui aplikasi wechat, whatsapp atau ketika bersebelahan dengan si dia.
6.Mengalah dan meminta maaf
Lelaki terkenal dengan egonya yang tinggi. Jika anda yang menjadi punca kepada perselisihan faham tersebut, adalah lebih baik anda mengalah dan meminta kepada pasangan anda. Terangkan kenapa berlaku perselisihan faham dan tanyakan mengapa si dia merajuk dengan nada dengan yang lembut
Jika silap itu bukan dari anda sekalipun, apa kata, sekali sekala anda meminta maaf kepada si suami. Mungkin ia akan membuatkan dia serba salah dan turut meminta maaf kepada anda dengan kesilapan yang telah dilakukannya.
Jangan biarkan merajuk pasangan anda berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan anda. Usah bermasam muka. Berbaik-baik semula dan jalani hidup bahagia anda seperti biasa.
Sumber: http://www.wom.my/keluarga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ina Naim Kahwin Kali Kedua, Syukur Dapat Terlepas dari Fitnah

Isi Kandungan
ToggleSudah jodoh yang tertulis, Ina Naim kahwin dengan lelaki pilihannya, Mohd Khairul Rizal Shukor semalam dan perkahwinan ini menjadi perhatian para peminat.
Ina Naim Kahwin Kali Kedua
Kalau ikutkan hampir setahun bergelar balu, pemilik nama Nordiana Mohd Naim, 40, mengakui bukan mudah untuk membuka pintu hati untuk menerima insan baharu di sisi.
Sikap penyabar, penyayang dan karakter lelaki yang bertugas sebagai jurutera itu yang disenangi anak-anak menawan hatinya.
“Persamaannya sangat banyak dengan arwah suami, itu yang membuatkan saya tertarik. Khairul juga sangat penyabar dan penyayang orangnya.
“Saya lihat dia hantar mesej kepada anak-anak dan mereka juga baik. Mudah menerima apa yang diajar Khairul.
“Itulah yang dikatakan qada dan qadar, rukun iman yang keenam. Kita tidak boleh tentukan nasib kehidupan kita. Sekarang ini saya sudah menjadi isteri kepada Khairul. Itu adalah takdir ALLAH, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Syukur Terlepas dari Fitnah
Pelantun lagu Duhai Hati itu turut melahirkan rasa syukur kerana kembali bergelar isteri dan terlepas daripada fitnah.
Katanya, gelaran ibu tunggal terlalu berat dan keputusan untuk kembali berumah tangga juga bukan mudah.
“Saya rasa bersyukur kerana terlepas daripada sebarang fitnah. Biasalah bila hidup sebagai ibu tunggal banyak fitnah di luar. Alhamdulillah ALLAH selamatkan saya daripada fitnah-fitnah itu.
“Agak lama juga saya buat keputusan untuk bernikah lagi. Tapi bila dia (Khairul) datang bawa resume, saya terima keikhlasan yang ada pada dia, keduanya saya rasa dia boleh bantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai bapa untuk mengajar anak-anak,” ujarnya.
Khairul pula memberitahu, hatinya terbuka menerima Ina sebagai isteri kerana mahu membela nasib ibu tunggal dan anak-anak yatim.
Malah dengan pengalamannya sebagai pendidik, Khairul yakin dapat membimbing anak-anak tirinya. Beliau malah sudah menyiapkan perancangan pendidikan untuk mereka.
“Apa yang saya nampak, ini (pernikahan) peluang untuk amal jariah. Bila saya tengok ada empat orang anak yatim dan seorang ibu tunggal untuk dibela nasibnya, saya rasa kena ambil peluang ini.
“Alhamdulillah ALLAH kurniakan saya pengalaman sebagai seorang pendidik. Sebelum ini saya bekerja dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Saya cadangkan kepada Ina perancangan untuk anak-anak agar mereka dapat meneruskan pembelajaran dan membesar menjadi individu lebih baik,” katanya.
Anak Sulung Restu Perkahwinan Ibu
Anak sulung Ina, Ehmad Hadie Elfardie yang dilihat menitiskan air mata saat ijab kabul merestui perkahwinan ibunya.
Jelas Hadie, Mohd Khairul Rizal yang dipanggilnya Daddy diharapkan mampu menjaga ibu dan adik-adiknya.
“Alhamdulillah saya bersyukur, sekurang-kurangnya ada orang yang sanggup menerima dan menjaga. Saya syukur serta gembira, Alhamdulillah.
Ehmad Hadie menerima bapa baharu dengan hati yang terbuka dan mendahulukan adik-adiknya dalam hal itu.
“Saya fikirkan adik-adik dan ibu. Dia (Khairul Rizal) melayani ibu dan adik dengan baik,Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Ehmad Hadie sempat mengucapkan selamat pengantin baharu buat ibu dan ayah barunya.
“Selamat pengantin baru ibu dan daddy. Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati ALLAH SWT,” katanya.
Dalam majlis yang berlangsung di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM100, wang hantaran RM7,000, kelengkapan solat, seutas gelang emas, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran.
Terdahulu, Ina yang kini aktif berniaga mi siput dan produk kecantikan kemudian menjelaskan bakal bernikah dengan bapa tunggal kepada dua orang anak dikenali sebagai Mohd K.
Sekadar info, Ina berkahwin dengan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Ogos 2007.
Beliau menggalas status ibu tunggal selepas Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI