Sebelum Tempah Kek Kahwin, Ikut Panduan Ini

Share

Selain persediaan yang penting seperti mencari barang hantaran, baju pengantin, juru solek dan sebagainya, antara yang tidak kurang penting ialah kek kahwin. Acara potong kek sudah menjadi acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu undanganOleh itu pilihan kek kahwin yang tepat menjadi kemestian dan tidak boleh dipandang remeh.

Buat anda yang bakal berkahwin boleh semal tip yang dikongsi oleh Tania dari theheartyhome sebagai panduan sebelum membuat tempahan kek.

  1. Tempah kek tiga hingga enam bulan sebelum berlangsungnya majlis kerana tempahan saat akhir jarang diterima oleh pembuat kek.
  2. Pastikan membuat follow up sebulan sebelum majlis untuk memastikan tempahan tidak tercicir atau terlepas pandang.
  3. Pilih jenis salutan kek mengikut lokasi. Kek fondant lebih sesuai untuk suasana dewan yang berhawa dingin. Bunga sugarpaste serta struktur kek dapat bertahan beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Kek buttercream boleh bertahan selama dua atau tiga jam di bawah kanopi atau khemah yang teduh dan tidak terkena panas terik sebelum mula cair dan berminyak.
  4. Pastikan kos untuk kek dan dapatkan sebut harga dari pembuat kek. Nyatakan bajet kepada pembuat kek dan tanya kek apa yang dia dapat hasilkan dengan bajet yang diberikan. Kek fondant kebiasaannya lebih mahal dari kek buttercream berhias bunga segar atau buah-buahan.
  5. Jika pengantin tidak merancang untuk menghidangkan kek kepada semua tetamu, tempah kek yang tidak begitu besar dan banyak tingkat. Selain dari menjimatkan kos, ia juga dapat memastikan pengantin tidak terlindung oleh kek semasa acara memotong kek.
  6. Pengantin mungkin juga mahu beberapa kek setingkat menjadi antara pemanis mulut di ‘dessert table’ dan tidak menyediakan hanya satu kek bertingkat. Ini opsyen sebahagian pengantin zaman sekarang.
  7. Pilih pembuat kek yang beroperasi tidak terlalu jauh dengan tempat berlangsungnya majlis dan pastikan dia akan menghantar kek ke lokasi. Kek perkahwinan amat fragile dan perlukan perhatian yang teliti semasa proses penghantaran dan set-up. Jikalau ia berjalan terlalu jauh, ia terdedah kepada semakin banyak risiko kerosakan atau kemalangan. Tidak digalakkan pengantin atau wakilnya mengambil sendiri kek perkahwinan dari lokasi pembuat kek. Seorang pembuat kek yang berhemah dan profesional akan menyediakan perkhidmatan penghantaran kek perkahwinan kepada pelanggannya yang kos penghantarannya telah dipersetujui sebelumnya.
  8. Pilihlah hiasan dan stail kek yang bersesuaian dengan personaliti pengantin. Ada yang sukakan hiasan kek perkahwinan konsep tradisional seperti bunga dan tends dan ada yang kini memilih kek diselaputi ganache cokelat bersama buah beri.
  9. Pastikan wakil pengantin menyimpan beberapa kepingan kek untuk pengantin menikmatinya selepas selesai majlis. Pengantin akan terlalu sibuk dan penat hingga tidak dapat menikmati kek perkahwinan sendiri jadi sebelum dihidangkan kepada kaum keluarga dan sanak saudara, pastikan memesan kepada orang terdekat untuk menyimpan beberapa kepingan kek untuk pengantin.

 

Sumber Foto: instagram theheartyhome

Episod menarik Ahad ( 11 November) jam 7 malam di Astro Prima dan Maya HD

Published by
Putri Adila