Ramai beranggapan bahawa semua vitamin C adalah sama, rupa dan dos sahaja yang berbeza sama ada 100mg atau 500mg. Tetapi sebenarnya tidak! Sama ada vitamin semulajadi, organik atau sintetik ketiga-tiga jenis ini adalah berbeza sama sekali. Umpama mengandaikan vitamin C semulajadi itu buah oren sebenar, vitamin C organik itu perahan jus di dalam kota dengan penambahan gula dan perisa dan vitamin C sintetik itu adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin c diambil selebihnya adalah dicipta!
Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakkan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.
Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stress, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambl supplement yang mempunyai teknologi sustained release.
Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu.
Maka, tanpa teknologi sustained release ini vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur dalrah dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.
#3 : Halal Dan Lulus KKM
Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C di pasaran. Oleh itu harus bijak mencari vitamin c yang mempunyai sijil halal samaada halal Malaysia atau pengiktirafan halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan di label botol tertera hologram no kelulusan KKM.