Hubungan

Sebelum Tukar Status Jadi Suami Orang, Ini Kemahiran Lelaki Wajib Belajar Untuk Jimat

Share

Sebelum bertukar status jadi suami orang, ini kemahiran yang patut lelaki ada dalam diri. Boleh jimat dan lebih mudah bila ada skill.

Nak tahu apa kemahiran asas yang pihak lelaki patut belajar, jom baca perkongsian daripada saudara Khairul Nadzir ini.

Tukar Status Jadi Suami Orang

Ramai tak perasan ianya penting bagi seorang ayah kena ada apabila anak lebih daripada 3 orang. Bukan setakat penting, tapi menjimatkan poket kau wahai ayah.

1. GUNTING RAMBUT ANAK

Sekarang ni, gunting rambut kat kepala anak di kedai pun dah cecah RM10 keatas, dan ada yang lebih mahal. Dah kalau 2-3 minggu sekali kena hantar kedai, mau botak poket weh. Skill gunting rambut anak ni adalah skill mahal yang bapak kena ada. Tak kisahlah rambut anak lelaki atau perempuan.

Apatah lagi kalau potongan rambut kita tu level barbershop yang kena bayar 80-90 tu. Bukan level abam bangladesh potong bau kari kat tangan dia.

2. MASAK MAKANAN WESTERN VERSI HOMEMADE

Nampak macam simple kan? Tapi besar maknanya di sisi anak isteri weh. Ko buat gravy sendiri, mashed potato sendiri, kentang goreng sendiri, lepas tu hias dan presentation atas pinggan seorang demi seorang, memang cair lah hati keturunan yang ada dalam rumah tu weh. Percayalah, bila satu masa free bila seorang ayah tanya nak makan apa dan kat mana, anak-anak akan jerit, ‘nak abah masak’. Kan dah jimat?

3. BASIC SKILL WIRING DAN BERTUKANG ALA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3

Tak kan reti nak tukar mentol aje memanjang. Padahal wiring rumah punya problem.

Kau bayangkan bila anak cakap ‘papa, lampu bilik tak hidup!’.
Kau masuk bilik anak, keluarkan wayar-wayar tu, ala-ala wireman yang penuh kepakaran, sentuh sana sini sikit, dan hidup lampunya. Anak kau punya senyum, dah taknak fikir orang lain lah dalam hidup dia weh.

4. KEMAHIRAN MENGURUT ALA PAK ALI

Selalu kita dengar anak-anak dan isteri akan urut ayah kan? Tapi sekali sekala, kita kena tunjuk mahir kita bab urut kepada anak isteri tanda prihatin yang tinggi. Mengurut anak ni, biasanya mak-mak yang lebih prihatin jika anak-anak ada sakit-sakit, apatah lagi balik sekolah daripada aktiviti-aktiviti lasak. Ayah-ayah ni jarang nak buat benda ni.

Tapi sekali sekala, bila ayah dah start urut, kat situlah mengalir kasih sayang yang tidak bertepi dalam hidup anak. Percayalah, memori ayah urut anak ni, akan dikenang sampai diorg ni dah beranak cucu nanti. Jangan ego untuk ‘serve’ anak dalam bab urut.

5. RETI BACA DOA SELEPAS SOLAT

Ni lah benda yang paling mustahak bagi seorang ayah! Kalau ni tak reti, baik berhenti jadi manusia. Bukan setakat nak jadi ayah tak layak. Jadi manusia pun baik tak payah.

Sentiasa upgrade doa-doa kita yang dibacakan secara kuat lepas solat. Anak-anak ni dengar tau apa yang kita baca. Molek lagi kalau bacanya dalam bahasa yang difahami. Maknanya, doa bahasa arab yang boleh diterjemahkan sekali dalam bahasa melayu, supaya anak kita tahu, doa tu adalah untuk mereka. Tanda sungguhnya seorang ayah mengeratkan hubungan anak-anak dengan pergantungan yang tinggi.

InsyaAllah, doa inilah yang akan jaga mereka sampai mereka pula digelar ibu dan ayah hendaknya.

Jadi, mana-mana yang ada anak lelaki, boleh lah didik dari peringkat awal untuk anak niasa dengan urusan rumah tangga bila sudah kahwin nanti.

 

Published by
Nadia