
Jika kita lihat hari ini ramai yang seakan-akan mempermainkan tujuan sebenar perkahwinan. Mereka seolah-olah tidak faham maksud berkahwin kerana memutuskan untuk bercerai tidak sampai sebulan dengan alasan tidak sehaluan.
Perkahwinan bukan sekadar penamat cerita cinta seseorang sebaliknya permulaan sebuah perjalanan bersama sepasang suami dan isteri. Akad nikah yang termetri mengandungi syarat perjanjian yang perlu dipenuhi dan menjadi amanah buat suami dan juga isteri iaitu untuk suami membahagiakan isteri malah untuk isteri membahagiakan suami.
Mengambil keputusan untuk berpisah atau bercerai dalam usia perkahwinan terlalu mentah hanya dengan alasan tidak sehaluan bukanlah keputusan yang bijak sebaliknya mencerminkan keperibadian sebenar individu yang terburu-buru dalam membuat keputusan.
Pakar psikologi menetapkan lima tahun perkahwinan adalah tempoh untuk mengenali pasangan dan menyesuaikan diri. Percintaan walau bertahun belum menjanjikan anda mengenali bakal pasangan sebaiknya.
Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, setiap individu perlu menyediakan diri dari segi mental dan emosi juga. Bersedia untuk menerima profil diri sebenar pasangan, berusaha memahami dan sesuaikan dengan hidup anda. Persediaan ini pula hanya boleh berjaya andai niat anda untuk berkahwin adalah tulus dan menerima dia seadanya.
Kredit gambar: saidahphotography
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Air Rebusan Kunyit Untuk Kecantikan Luar Dalam Bakal Pengantin

Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.
Menghaluskan kulit wajah.
Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Selain fungsinya untuk kecantikan wajah kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita.
Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.
Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.
Caranya:
- Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
- Tapis airnya.
- Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
- Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Buat ‘Dek’ RSVP Pada Kad Undangan Kahwin!

Apakah anda prihatin terhadap huruf besar RSVP yang tertulis pada kad undangan perkahwinan? Kalau perasan pun biasanya kebanyakan orang kita buat ‘dek’, atau bersikap ‘ada aku kisah’. Sesetengah kita tidak ambil tahu pun apa makna huruf-huruf tersebut.
Bagi yang tidak tahu, huruf-huruf tersebut ialah singkatan dari bahasa Perancis, Répondez Vous Sil Vous Plaît. Ertinya dalam bahasa Inggeris, please respond, atau dalam bahasa Melayu, sila jawab.
Jika diberitahu sama ada boleh datang atau tidak, tempat untuk tetamu yang berhalangan boleh diganti dengan orang lain yang sebelum ini tidak tersenarai dalam undangan. Almaklumlah ramai yang hendak diundang tetapi tempat selalu terhad.
Boleh jawab menggunakan surat – biasanya si pengirim telah menyediakan kad jawapan siap bersetem. Sebenarnya boleh juga jawab menggunakan telefon, sms, faks, media sosial atau apa-apa sahaja kaedah komunikasi. Apa yang penting kita memberitahu kepada pengirim sama ada boleh hadir atau tidak. Itu sahaja.
Sebenarnya penting untuk kita memberitahu tuan rumah sama ada boleh datang atau tidak. Lebih-lebih lagi untuk resepsi yang diadakan di tempat-tempat eksklusif seperti di hotel lima bintang atau kelab-kelab ternama di mana tempat untuk tetamu adalah mahal dan terhad.
Tujuan kad jemputan ber-RSVP memang ada manfaatnya. Pertama, tuan rumah @ keluarga pengantin hendak tahu bilangan sebenar tetamu yang akan datang, supaya makanan dapat disediakan betul ‘ngam-ngam’ untuk mengelakkan pembaziran.
Almaklumlah, dalam keadaan serba-serbi mahal – biasanya jamuan di hotel besar harganya antara RM100-RM150 per kepala – bilangan kedatangan yang tepat tentu sekali dapat menjimatkan bajet.
Kedua, jika diberitahu sama ada boleh datang atau tidak, tempat untuk tetamu yang berhalangan boleh diganti dengan orang lain yang sebelum ini tidak tersenarai dalam undangan. Almaklumlah ramai yang hendak diundang tetapi tempat terhad.
Pendek kata, memberi jawapan kepada kad RSVP merupakan sesuatu yang baik – dan berhemah – bukan sahaja untuk mak dan pak pengantin tetapi juga untuk para tetamu. Orang beradat dan bertamadun sepatutnya mengamalkan budaya respons terhadap apa juga undangan.
Sayang sekali dalam hal yang penting ini sesetengah orang kita tidak berapa ambil ‘pot’. Mereka mengambil sikap ‘tak bagi tahu pun takpe’. Malah ada yang sinis: “Dah nak ajak orang makan kenduri kahwin kenapa kena sahkan pulak, macam tak ikhlas saja nak jemput…”
Sekarang era ICT, jemputan kenduri kahwin dibuat dalam pelbagai kaedah. Ada yang cara biasa lagi tradisional menggunakan kad undangan. Ada yang menggunakan panggilan telefon atau faks. Malah ada juga yang mengundang tetamu menggunakan sms, Facebook, Whatapps, dan lain-lain media sosial.
Tidak kira apa jua kaedah yang digunakan, orang yang diundang patut sekali memberitahu awal-awal sama ada dapat memenuhi undangan atau sebaliknya. Kalau boleh katakan boleh, supaya segala-galanya berjalan lebih mudah dan sempurna. Kalau tidak katakan tidak, jangan berdiam diri dan berteka-teki.
Pelik, sesetengah orang kita malu untuk memberitahu dia tidak dapat datang, konon takut yang tukang jemput berkecil hati. Sebenarnya kalau diberitahu ada halangan tentu tuan rumah faham dan tidak berkecil hati. Sebab diketahui mungkin yang diundang terpaksa menghadiri beberapa buah majlis pada hari yang sama.
Tuan rumah akan menghargai sikap jujur tetamu yang memberitahu tidak dapat hadir atas apa alasan pun. Sebaliknya lebih mengecilkan hati pengundang jika tetamu yang ditunggu tidak kunjung tiba sehingga akhir waktu jamuan.
Hatta, menjadi kelaziman juga kepada sesetengah orang kita walaupun tahu berhalangan, apabila dihubungi dan ditanya boleh datang atau tidak, mereka malu untuk menyatakan yang benar, sebaliknya akan menjawab ‘Insya-Allah…’
Dalam hal ini orang putih, termasuk yang bukan Islam, lebih menghormati tuan rumah dengan membalas RSVP. Mereka mengekalkan tradisi murni itu, memberitahu lebih awal sama ada boleh hadir atau sebaliknya, baik undangan perkahwinan atau majlis-majlis lain.
Dia orang tegas dalam hal ini. Jika tidak menjawab RSVP akan dianggap tidak boleh datang. Jika tetamu yang tidak membalas RSVP tiba-tiba muncul pada hari berkenaan, tuan rumah tidak malu-malu pula akan berkata: “Mohon maaf, tuan tidak membalas undangan, dan tidak ada tempat duduk untuk tuan…”
Tetapi adab orang kita, walaupun tidak menerima respons undangan, setiap tetamu yang hadir akan diraikan sebaik mungkin. Belum pernah saya terserempak dengan tuan rumah @ mak dan pak pengantin berkata kepada tetamu: “Laaa, senyap jer ingatkan tak sudi datang, minta maaf yer jamuan hanya ngam-ngam untuk tetamu yang beritahu nak datang. Faham-faham ler yerrr…”
Sebenarnya dalam hal jamuan kahwin, terutama jamuan berselerak @ bufet, orang kita memang suka meraikan tetamu. Beri jawapan atau tidak, siapa sahaja tetamu yang datang akan amat-amat dialu-alukan. Walaupun yang diundang dalam kad telah jelas hanya ‘suami-isteri’, boleh pula bawa opah, anak saudara, sepupu, cucu, kalau anak jiran hendak ikut pun tidak mengapa.
Tidak akan ada tuan rumah yang berkata: “Laaa, kita jemput suami dan isteri, apa hal yang engkau bawa rombongan Cik Kiah ni, nak tolong jaga penanggah ker?” Malah, bawa dua tiga saudara pun tuan rumah dengan ikhlas dan gembira berkata: “Terima kasihlah sebab sudi menyerikan majlis kita!” Demikianlah baiknya pekerti orang kita.
Hatta, jika ada tetamu yang sesat atau sengaja ambil peluang untuk makan percuma pun, tuan rumah akan tetap dengan penuh ikhlas mengalu-alukan. Biar nasi dan lauk tidak cukup, boleh pesan dari mana-mana restoran. Namun, menolak tetamu tidak sekali-kali.
Sekali peristiwa saya ke majlis kahwin di sebuah kampung di Kuala Selangor. Sambutan amat meriah, sebaik tiba saya terus diajak duduk dengan tetamu lain. Hidangan amat menyelerakan, ada lauk kampung ada juga kurma. Berselera betul makan tengah hari.
Kemudian, setelah sendawa dua tiga kali, ada sesuatu yang tidak kena, apabila pasangan pengantin tiba dan pengacara majlis menyebut nama mempelai. Baru saya tahu saya telah tersilap rumah!
Maka dengan wajah selamba lagi toya setoya-toyanya, saya berjumpa dengan bapa pengantin, jujur berkata: “Mohon maaf, Wak. Saya tersalah rumah ni. Saya nak ke jamuan Wak Seman… Dah habis makan baru tahu tersalah kerop. Halalkan apa yang saya makan tadi…”
Tidak marah sedikit pun, sebaliknya Wak memeluk sambil menepuk-nepuk bahu saya, sambil berkata: “Kalau tuan tidak beritahu pun saya dah halalkan. Malah saya gembira tuan datang, rezeki saya ni. Wak Seman tu rumahnya kampung sebelah, kawan saya juga tu. Saya ucap terima kasih tuan sudi makan kenduri saya…”
Saya bersalaman sambil menghulurkan sampul kepadanya, tetapi dia menolak sambil berkata sungguh-sungguh: “Tak payah tuan hulur-hulur sampul, saya cukup gembira tuan datang walaupun tak diundang.” Dia memberi saya goodies pengantin. Ada coklat, kuih baulu dan sebiji telur pengantin.
Tentu sekali Wak Seman ketawa besar ketika saya tiba di majlisnya. Katanya: “Dia tu kawan baik saya. Banyak sangat orang kahwin kita terpaksa buat hari yang sama, dah rezeki…” Moral cerita: Jika hendak makan kenduri kahwin, pastikan betul-betul nama dan alamat pengantin. Jangan tersalah masuk.
Apa pun hari itu saya mendapat dua telur pengantin. Satu telur rasmi, satu lagi telur tidak rasmi @ tidak sengaja. Kedua-duanya menjadi telur kenangan sepanjang hayat…
Tulisan : Abd Jalil Ali di Dalam Majalah Pesona Pengantin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Hari Suami Selit Nafkah. Lama-Lama Isteri Boleh EMAS!

Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI