Sedapnya Kentang Putar Versi Keledek Manis, Rasa Lebih Lemak & Berkhasiat Dimakan

Share

Bila membuat kentang putar, kita biasanya menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Bukan sahaja rasanya lebih enak tetapi lebih sihat dan berkhasiat.

Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek.

Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Pengambilan keledek bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan.

Kredit foto: Racool_studio Freepik

Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut.

Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!

RESIPI KENTANG PUTAR:

BAHAN-BAHAN: 

4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam

CARA-CARA MEMBUAT: 

1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).

2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.

3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.

4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.

Kredit foto: dashu83 Freepik

Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar Kredit foto (top image):  Racool_studio Freepik

 

Published by
Hasliza