Hubungan

Sedar Tak Sebenarnya Suami Ni Jambatan Isteri Menuju Tuhan Setiap Hari

Share

Tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh disepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama.Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga.Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.

Pergaduhan antara suami isteri kadangkala berlaku apabila perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada mereka sedang memendam rasa terlalu lama.Justeru, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang.

Maksud hidup tanpa suami,

Bukan bermaksud puan pergi tinggalkan suami.

Derhaka dengan suami.

Tak dengar cakap suami.

Abaikan suami.

Jangan!

Suami tetaplah suami. Dia adalah sumber rahmat pada seorang isteri. Suami adalah jambatan isteri menuju Tuhan setiap hari.

Yang di maksudkan adalah jangan disakiti hidup atas apa yang telah suami lakukan.

Jangan terus berdiam, terus bersedih, terus tersisih, terus sembunyi hingga tak sedar semakin hari hati semakin mati.

Kesannya nanti bila hati mati, maka syaitan dan nafsu yang ambil alih dan mengisi kekosongan hidup dengan kepuasan yang akan lebih menyakiti.

Maka, jika suami menyakiti, kembalikan sakit itu pada Tuhan setiap hari.

Minta Allah selesaikan masalah rumahtangga kita ni.

Doakan kesalahan suami pada Tuhan. Minta lah Tuhan didik dan pesankan sesuatu pada suami. Sebab itu saja kekuatan yang ada pada seorang isteri.

Kepada suami,

Usahlah melulu menghambur komen yang berbau.

Baca satu-satu.

Hadam dan jelaskan dan bertindaklah terhadap apa yang berlaku.

Jangan biarkan isteri selesaikan masalah sendirian tanpamu.

Bersyukurlah isteri masih mahu kekal berdiri dan membaiki, dari terus pergi mencari teman lelaki dari suami!!

Titik..

#sweeterapi

Sumber :FB  Abu Hurairah Asifa

Published by
Bella