Cantik rupa paras langsing tubuh badan adalah impian setiap manusia tambah lagi bila ingin melangsungkan perkahwinan, semuanya ingin nampak sempurna.
Tapi sejauh mana anda boleh mendisplinkan diri dan berusaha untuk mencapai keinginan yang diidamkan? Atau terus menerus menyalahkan takdir yang sememangnya anda dilahirkan dengan keadaan yang sebegitu?
Apa yang ingin Pesona Pengantin kongsikan adalah, setiap apa yang kita inginkan perlulah dengan usaha dan kerja kuat. Ibarat kita mencari jodoh atau rezeki yang bagus, semuanya perlu ada usaha dan doa. Tak adanya rezeki tu datang bergolek.
Tak percaya? Ikuti perkongsian dari Siti Aminah Borhan bagaimana pengalaman hidupnya yang berjaya turunkan berat badan dalam masa setahun. Mesti anda semua teruja dengan perubahan besar apa yang dialaminya.
kami kongsikan untuk anda.
Faham tak perasaan pergi cari baju, berkenan sangat tapi tak muat? Lepas tu tambah sedih lagi, fitting baju nikah tak muat? Tragik ke tidak? Baju nikah koyak masa nikah? Faham tak susahnya nak kurus? Faham tak saya memang kuat makan? Saya boleh habiskan kek 1.2kg dalam satu masa.
Tapi itulah realiti yang saya lalui. Sebab apa? Sebab saya SANGAT gemuk!
Setiap kali lalu sebelah orang mulalah rasa cemburu, cemburu dengan orang lain, cemburu kenapa saya ni tak macam diorang.
Dari kecik nak cari baju pun susah sampai nak buat benda pun susah.
Tapi sekarang saya dah berjaya, dah berjaya rasa yakin macam orang lain. Saya berjaya turunkan 67 kg kurang daripada setahun.
Berat dulu 125kg – 58kg
Nak tahu saya berjaya macam mana, ini saya kongsikan tip and korang boleh follow ok!
DO and DON’T
?? Cari BIG WHY? Kenapa nak berubah, setiap kali rasa nak berputus asa, fikir balik BIG WHY!
?? Set small goal, contoh 3kg Dalam masa seminggu.
?? Beginner, boleh buat kalori count.
Ads
?? Katakan tidak kepada minuman manis (membazir kalori , better you eat than you drink your kalori)
?? Stop makan makanan berat before 8pm, boleh ambil snack or light food kalau lapar.
?? Senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari atau burn 1000kcal sehari.
?? Pastikan pembuangan besar lancar setiap hari.
?? Big no to junks food, process food and fast food and aneka sos.
?? Kurangkan makanan berminyak, berkuah.
?? Jangan takut dengan penimbang, timbang selalu untuk monitor berat dan focus on your goal.
Contoh meal plan
? Pagi
Scramble egg 2 yellow 5 white + 2 roti wholemeal
? Snack
Green apple
Ads
? Lunch
Nasi senggengam atau kurang , lauk ayam grill dan ulam-ulaman
? Snack
Almond 10bji
? Dinner ( before 8pm)
Chicken wrap atau subway ( tanpa sos)
? Supper
Red apple
P/s: minum air kosong banyak.
Contoh set senaman boleh buat
Ads
⚽️ lari 100m
⚽️ jumping jack 20 kali
⚽️ squat 20kali
⚽️ high knees 20 ( each side)
⚽️ lunges 20 ( each side )
#ulang benda yang sama 5 set and set timing
Kata-kata semangat:
# Bukan senang nak berjaya apa-apa kita nak buat perlukan pengorbanan, macam itulah juga perjalanan nak gemuk ke kurus.
# Hargai diri sendiri dan start LOVE YOURSELF, bila kita sayang sesuatu mesti kita ingin buat yang terbaik untuk benda yang kita sayang kan?
# Jangan letakkan pelbagai alasan, tiada siapa yang boleh tolong kita selain diri sendiri.
# Abaikan kata-kata sekeliling yang negative, hanya focus kepada matlamat anda.
# Mulakan sekarang! Never too late.
P/s: Bila dah loose weight nak maintain yang paling susah dan ramai yang failed. Ada masa saya share macam mana nak maintainkan berat badan. Good Luck ?
Siapa yang nak berubah macam saya boleh cuba amalkan tip yang saya kongsi kan ni!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48. Dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi suri hati Engku Isyamuddin pada jam 11.50 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City. Majlis dihadiri lebih 100 tetamu.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh abang Anita, Zulkifly Baharom. Anita menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa bersyukur di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Tampil mengenakan persalinan serba putih, turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.
Anita dan Engku Isyamuddin akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi yang telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, melalui perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan lapan orang anak.
Biar mati anak, jangan mati adat. Orang Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Pendek kata ia mahu terus diwarisi turun-temurun. Sebelum berlangsung sesebuah majlis perkahwinan ada bermacam aturcara yang direncanakan sebagai mendukung adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Salah satu ritual tersebut ialah majlis malam berinai.
Majlis malam berinai merupakan tradisi perkahwinan Melayu. Meskipun majlis malam berinai sudah agak dilupakan oleh golongan masyarakat masa kini namun masih ada yang mengganggap bahawa majlis malam berinai ini harus diteruskan agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kini adat ini kembali menjadi trend apabila ramai anak-anak muda mula ‘menghidupkan’ semula budaya ini.
Sebenarnya jika mengikut budaya asal majlis malam berinai, majlis ini dibahagikan kepada dua majlis iaitu majlis berinai kecil dan majlis berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang, tiga malam sebelum hari perkahwinan. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir. Tujuannya ialah untuk ‘menghias’ pengantin perempuan. Ada juga pihak keluarga yang turut mengadakan acara mandi bunga untuk majlis malam berinai. Walau bagaimanapun terpulanglah pada diri masing-masing tentang bagaimana untuk ‘mencorakkan’ malam berinai seperti yang diinginkan.
Pada majlis malam berinai kecil, inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga dipakaikan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Untuk malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan bagi memeriahkan majlis.
Ketika majlis malam berinai besar, tetamu lelaki akan merenjiskan sedikit beras kunyit di sebelah kiri dan kanan bakal pengantin lelaki. Proses yang sama turut diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Akhir sekali pes inai akan diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.
Pada masa kini, majlis malam berinai lebih ringkas. Mungkin ada yang beranggapan majlis malam berinai ini suatu majlis yang tidak perlu di samping dianggap satu pembaziran sedangkan bajet untuk majlis tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan.
Majlis malam berinai tidaklah mencacatkan sesebuah majlis perkahwinan jika tidak diadakan kerana ia lebih bersifat kepada adat. Di samping itu lain tempat, lain cara malam berinainya. Kebiasaannya waktu malam berinai, bakal ratu sehari akan bertukar-tukar beberapa helai pakaian mengikut daerah masing- masing. Zaman sekarang majlis malam berinai diadakan lebih ringkas. Hanya satu persalinan sahaja yang dipakai ketika majlis tersebut.
Jadi terpulanglah kepada anda sama ada hendak mengadakan majlis malam berinai ini atau tidak. Boleh sahaja jika anda bakal mempelai ingin mengadakan majlis malam berinai. Yang penting, sesuaikan dengan bajet.
Selalunya majlis malam berinai zaman sekarang lebih kepada tujuan suka-suka selain dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan juga rakan-rakan. Yang penting bukan hanya pasangan mempelai sahaja gembira dengan majlis tersebut tetapi juga para jemputan yang hadir memeriahkan majlis.
Antara konsep malam berinai yang kini menjadi trending.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang wanita kahwin dengan bekas abang ipar menjadi tular selepas memuat naik gambar perkahwinan kakak bersama abang ipar yang kini sudah bergelar suaminya, pada 2015.
Wanita yang berusia 21 tahun menetap di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur ini dikenali sebagai Sinta reda dengan takdirnya selepas kematian kakaknya.
Kahwin Dengan Bekas Abang Ipar
Menerusi akaun @sntafby_, Sinta memuat naik gambar berserta kapsyen pendek berkenaan aturan jodoh yang hadir tanpa dirancang.
Rupanya ada cerita pilu di sebalik mahligai cinta yang dibina dengan lelaki itu. Sinta rupanya berkorban demi memenuhi amanat daripada kakaknya yang telah meninggal dunia.
Namun begitu, wanita tersebut tampil menjelaskan kisah yang berlaku di sebalik keputusan yang dibuatnya itu.
Amanah Kakak
Menurutnya, kakaknya sudah meninggal dunia pada 17 Oktober 2022 yang lalu dan meninggalkan abang iparnya bersama seorang anak lelaki.
Allahyarham kakaknya itu kemudiannya mengamanahkan suami serta dirinya untuk menjaga kanak-kanak yang bernama Zayn yang berusia tujuh tahun.
Beliau juga berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.
“Menghantar Abang Zayn ke sekolah dan berenang bersama Adik Lala.
“Meraikan ulang tahun Zayn kali pertama tanpa bondanya, menghantar Zayn berkhatan pada usia tujuh tahun, menghantar dan menjemputnya setiap hari.
“Moga bonda tenang, Abang Zayn kami jaga dengan baik. Oleh kerana memang bonda sayangkan Zayn dan tidak mahu anaknya disakiti, dititipkan Zayn kepada Ayah dan Aunty,” kongsi Sinta menerusi salah satu hantarannya.
Doa Yang Baik Atas Perkahwinan
Warga maya rata-rata mendoakan perkahwinan mereka itu berkekalan sambil menyifatkan kisah yang berlaku itu persis seperti kisah yang diceritakan di dalam novel mahupun filem.
Menurut Islam, hubungan ipar adalah mahram muakkat iaitu haram sementara. Oleh itu, aurat dan sentuhan antara ipar duai adalah dilarang manakala menghimpunkan penikahan antara adik-beradik diharamkan.
Namun begitu, Islam membenarkan perkahwinan dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku penceraian dan selesai beriddah dengan isteri.
Ini bermakna apabila seseorang isteri meninggal dunia atau diceraikan dan selesai iddah, suaminya boleh mengahwini adik atau kakak iparnya.
Istilah Melayu menyebutnya sebagai ‘salin tikar.’ Justeru, Islam membenarkan perkahwinan dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku perceraian dan selesai beriddah dengan isteri.