Bila isteri dilukai, ada yang mengatakan itu semua salahnya yang tidak tahu menjaga suami. Sejauh mana perlu menjaga jika kepercayaan itu dihancurkan dengan orang ketiga. Alasan utama keran isteri tidak secantik dahulu. Mengapa perlu buat wanita seperti itu, lupakah anda akan lafaz janji sewaktu bernikah dahulu? Ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli yang boleh dijadikan tauladan.
Wanita perlu jaga pemakanan kerana apabila mereka tidak jaga pemakanan perutnya tidak sihat, lalu boleh memberi banyak impak negatif kepada emosi, BMI, kulit, bau badan dan sebagainya.Apabila wanita jaga pemakanan dan mendapat berat ideal menjadikan tubuhnya langsing mudah bergerak dan beribadah, lebih ceria, kulit pun lebih muda kerana hasil dari makan makanan yang berkhasiat.
Cubalah sampaikan dengan pendekatan lebih positif. Contohnya,
Puan-puan
Haaa.. Kan nampak lebih harmoni pendekatan sebegini? Didiklah dan galakkan para isteri sebegini bukannya dengan ugutan tidak munasabah.Jangan sindir dan perli, isteri kena diet supaya suami tak curang. Wanita kena diet, jaga penampilan sebab kalau gemuk nanti badan berbau, suami lari. Ini bukanlah untuk mendidik, melainkan memberi kesempatan untuk suami yang 'ignorant' untuk mudah meletakkan salah atas pasangan sedangkan yang salah itu dirinya sendiri.
Maaflah, saya muak sungguh dengan pernyataan bahawa apabila suami curang, kesalahan itu perlu dibebankan ke bahu isteri yang dikhianati itu. 'Suaminya curang sebab isteri dia yang tidak pandai jaga suami.'
'Suaminya lari dengan perempuan muda sebab isteri dia gemuk dan tak jaga penampilan wajah.' Sebab itu tidak hairanlah suatu ketika dahulu, apabila tular kes seorang isteri bergelar surirumah dikhianati dan ditipu oleh suaminya yang sudah berbulan berkahwin dengan artis tanpa pengetahuan di isteri tadi, dia menjawab, "salah saya, sebab saya tak pandai jaga suami…"
Allahuakbar, terluka hati saya mendengar statement sebegitu keluar dari mulut wanita yang dikhianati suaminya sendiri.
Saya beranggapan, tak salah pun apabila kita mahu educate wanita sayangi dirinya sendiri, jaga kesihatan diri, utamakan diri sendiri. Namun, jangan lupa hakikat bahawa kebanyakan wanita berkahwin perlahan-lahan meninggalkan semua ini kerana lebih mengutamakan suami dan anak-anaknya. Lupa nak berdandan. Lupa nak utamakan kesihatan. Pakai dan makan apa adanya sahaja. Takpe, utamakan keperluan keluarga dan anak-anak dahulu. Sudahnya, mereka terlupa tentang diri mereka sendiri. Sebab itu, tuan-tuan yang bijak pandai semua, dalam pada sibuk mahu educate kaum wanita menjaga kesihatan dan penampilan diri, jangan lupa pula untuk mengingatkan 'penjaga dan pelindung' para isteri ini, iaitu SUAMI mereka.
Educate juga para suami supaya galakkan dan SUPPORT isteri untuk mencapai hal-hal ini tadi. Peranan suami sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk isteri yakin diri, sayang dirinya sendiri.
Bukannya main ugut-ugut! Berhentilah salahkan kaum isteri jika suami buat onar dalam rumahtangga. Suami ini yang mengkhianati amanah mereka. Jangan pula disalahkan isteri yang merupakan mangsa kezaliman suami-suami seperti ini. Wahai suami, jangan sesekali lupa.
"Ar-rijalu qowwamuna 'alan nisa'"
Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Maka, bersikaplah sebagai pemimpin yang baik.
SUMBER : Intan Dzulkefli
.