Sejuk Tekak Kalau Dapat Minum Air Bandung Laici Cincau Untuk Berbuka Nanti

Share

Bila nak berbuka puasa, pastinya ada di antara kita yang memilih untuk minum minuman yang sejuk, manis dan berais. Fuh memang sedap! Sejuk je tekak bila minum.

Jadi, hari ini apa kata kita berbuka puasa dengan air bandung laici cincau yang padu ini. Minum sejuk-sejuk pula, memang terbaik!

Resipi ini dikongsi oleh Ben Safwan menerusi grup Masak Apa Hari Ni…(MAHN). Jom kita baca resipi yang dikongsi olehnya.

Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Cara-cara:

  1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
  2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
  3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.

Tip:

  • Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu.
  • Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.

Sumber: Ben Safwan via grup Masak Apa Hari Ni…(MAHN)

Published by
Naqiyatul Uzma