Majlis perkahwinan merupakan satu detik yang paling bermakna buat pasangan yang bakal berkahwin. Oleh itu, setiap pasangan mesti ada perancangan ‘honeymoon’ bersama setelah bertungkus lumus untuk persiapan majlis perkahwinan mereka.

Bulan madu adalah masa untuk anda berdua mengenali lebih dekat lagi mengenai pasangan anda. Jadi, luangkan masa anda dengan tersayang. Jika anda meracang mahu berbulan madu dalam masa terdekat tetapi mencari negara dengan kos yang rendah dan jimat. Jom kita lihat antara Negara di Asia yang menjimatkan bajet anda untuk berbulan madu.

1. Bali, Indonesia

5 Negara Asia Bajet Rendah Untuk Bulan Madu, ‘Sure’ Jatuh Cinta

Mata wang Rupiah yang jauh lebih rendah dari Ringgit menjadikan Bali diantara top destinasi bulan madu untuk rakyat Malaysia. Bila dengar Bali, pasti anda terbayang laut biru dan pantai dengan pasir putih. Jangan cliche sangat, Bali juga mempunyai tarikan tanah tinggi dan pemandangan gunung berapi yang sangat cantik. Jadi rajin-rajin kan membuat carian tentang Bali.

2. Hanoi, Vietnam

Ads

5 Negara Asia Bajet Rendah Untuk Bulan Madu, ‘Sure’ Jatuh Cinta

Bila bercakap tentang Vietnam mesti anda terbayang bandar sesak Ho Chi Minh. Ya, tetapi anda boleh melihat banyak benda di sana. Mata wangnya juga tidak begitu mahal berbanding Malaysia. Hanoi menjadi tarikan pelancong kerana terdapat banyak reka bentuk bangunan yang bersejarah dari zaman koloial perancis lagi.

3. Chiang Mai, Thailand

Ads

5 Negara Asia Bajet Rendah Untuk Bulan Madu, ‘Sure’ Jatuh Cinta

Jika kita selalu dengar antara destinasi popular di Thailand ialah Phuket atau Krabi. Apa kata kali ini beralih ke wilayah utara Thailand, Chiang Mai. Destinasi ini antara tercantik di Thailand sebagai lokasi bulan madu, ia masih menyimpan kehijauan alam dan pemandangan indah bukit-bukau. Anda dan pasangan boleh berkongsi keindahan alam pada hari-hari bulan madu. Alami keindahan romantik gaya baru.

4. Shanghai, China

Ads

5 Negara Asia Bajet Rendah Untuk Bulan Madu, ‘Sure’ Jatuh Cinta

Jika anda dan pasangan sukakan pencakar langit nan indah dengan lampu gemerlapan. Penulis memilih bandar Shanghai sebagai lokasi bulan madu untuk pasangan yang sukakan ala moden. Walau terkenal dengan arus permodenannya, ia masih mengekalkan seni bangunan zaman dahulu kala. Anda boleh menyimpan kenangan bulan madu dalam dua bentuk ala moden dan juga ala klasik.

5. Pulau Jeju, Korea

5 Negara Asia Bajet Rendah Untuk Bulan Madu, ‘Sure’ Jatuh Cinta

Pada anda dan pasangan yang mempunyai ‘cita-cita tinggi’, ini adalah satu destinasi istimewa di negara romantis Asia iaitu Korea Selatan. Pulau Jeju bukan sekadar pulau yang menyajikan pemandangan indah lautan luas malah ia mempunyai lokasi pengambaraan yang menarik untuk anda menyimpan memori istimewa bersama tersayang. Waktu terbaik untuk ke Jeju pada musim bunga antara bulan April hingga awal Jun.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI