Hubungan

“Selagi Ada Rahim…Selagi Tu Masih Ada Harapan”

Share

“Selagi ada rahim…selagi tu masih ada harapan…”

Bila bercakap ttg zuriat, ianya adalah satu perkara yg sensitif…especially utk yg masih blum dikurniakan zuriat…dan kata2 org sekeliling pula, ada masanya langsung tidak membantu…

Ada yg tanya, salahkah saya minta kawin lagi utk saya ada zuriat? Saya cakap utk nak ada zuriat itu adalah fitrah…keinginan utk ada anak itu ada pada diri lelaki dan juga perempuan…

pic-pinterest

Siapa yg xnak anak…

Dan isteri mana yg tak nak mengandung utk suaminya? Saya selalunya akan tanya, dah buat pemeriksaan ke belum? Dh tahu ke masalahnya dimana? Ada tak cara utk mengubati masalah tersebut? Peratusan atau peluang utk dapat anak tu brapa? Tinggi atau rendah…

Kalau awk lelaki, dan masalah itu berpunca dr awk, sanggup ke awk ceraikan isteri dan bagi dia kawin lain atas alasan anak?

Dan kalau awk perempuan, dan masalah itu berpunca dari awk, sanggup ke awk bagi suami awk kawin lain, atau minta diceraikan atas alasan ank?

Selagi ada rahim, selagi tu ada harapan utk dpt anak, ada anak…Allah kata jadi, maka jadi…Kun Fayakun…tidak ada sesuatupun yg mustahil utk Allah tunaikan dan berikan pada hambaNya…

Sejujurnya, persoalan ini hanya mampu dijawab oleh pasangan itu sendiri…sejauh mana keyakinan mereka terhadap qada dan qadar Allah, sejauh mana mereka mampu bersabar dgn ujian ini dan selama mana mereka mampu bertahan utk trus ada antara satu sama lain…

SUMBER : Firdaus Shakirin

Published by
Kim