Oleh kerana sekarang tengah musim durian, memang banyaklah kita boleh nampak orang jual-jual durian dekat tepi jalan kan? Tapi, selepas makan durian tu bau dekat tangan memang tak boleh bawak bincang. Memang ‘menyengat’ bau dia.
Jadi, kepada sesiapa yang suka makan durian tu tapi takut mulut dan tangan berbau boleh cuba tips ni, selepas makan durian amik kulit dia siram air atas kulit tu untuk basuh tangan & berkumur mulut, InsyaAllah hilang bau durian kat tangan dan mulut.
foto : baharin zakaria
Bau Dalam Kereta
Oleh kerana ruang kereta yang kecil dan tertutup amat mudah bau durian menusuk ke setiap sudut. Sehinggakan berhari-hari ia masih boleh dihidu. Petua lama ada menyatakan untuk meletakkan arang dalam kenderaan dan bau tidak menyenangkan ini boleh hilang dalam sehari dua.
Ads
Tetapi ada cara lebih pantas iaitu dengan meletakkan secawan kopi yang dibancuh panas-panas dan letakkan dalam bonet. Ia lebih cepat menyerap dan efektif dalam masa kurang 2o minit. Ada juga tip yang menyarankan guna cuka atau kepingan roti putih. Tip ini juga boleh anda amalkan.
Mulut Bau Durian
Tentu anda pernah dengar untuk berkumur dengan air yang dituang di bahagian dalam kulit durian. Ya memang benar inilah yang disarankan oleh orang dulu-dulu supaya mulut tidak berbau kuat kalau dah lebih lapan ulas durian anda makan! Kalau minum airnya juga dapat menurunkan suhu badan yang selalunya meningkat selepas makan durian yang kaya dengan kolesterol itu.
Ads
Anda juga disarankan untuk meminum air kosong dengan banyak untuk meneutralkan kembali kandungan durian dalam usus. Selain itu, buah manggis juga dikatakan bagus untuk mengelakkan bau durian pada pernafasan.
Ads
Bau pada tangan
Cubalah guna sabun dan kalau jenis yang paling kuat pun sukar untuk hilangkan semerbak durian pada tangan. Petuanya adalah dengan menggunakan air takungan kulit dalam durian dan membasuh tangan dengan air itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.
Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu? Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan. Jangan kedekut dengan isteri, perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.
Ini 3 jenis nafkah yang mungkin anda selalu terlepas pandang. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.
1) Nafkah peribadi isteri
Walaupun isteri yang bekerja, wajib si suami memberi nafkah. Sayang duit belanja bulan ni, kot-kot nak beli lipstik ke.. seluar kocik ke.
2) Nafkah keluarga
Bila suami tak cukup gaji, isteri topup..sedekah yang paling baik adalah sedekah seorang isteri untuk membantu suami isteri bukan menanggung suami..tapi mencukupkan apa yang suami tak mampu
kalau suami tak beri nafkah..isteri tak redha..segala perbuatan suami, solat, puasa tak berguna lagi sbb tak dapat pahala apa-apa, walaupun suami tu ustaz or tok imam sekalipun.
3) Nafkah batin
Bukan hanya di bilik tidur tapi menggembirakan isteri, bergurau senda dengan isteri, memberi pujian.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang terkejut dan geram bila tengok bekas gula dah dimasuki semut. Hairan pun ada juga. Kadangkala, pek gula yang baru dibeli dan dibuka pun boleh dimasuki semut.
BOLEHKAH MAKAN GULA YANG DIMASUKI SEMUT?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berda rah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.) Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba beberapa petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
8 PETUA HALAU SEMUT DALAM BEKAS GULA ANDA
Berikut adalah petua halau semut yang boleh anda cuba di rumah.
1. CENGKIH / KULIT KAYU MANIS
Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling popular dan lazim dipraktikkan adalah dengan menggunakan cengkih. Cuma letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut tadi. Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan menghalau semut. Tapi, jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.
Kedua-dua rempah ini bukan saja menghalau semut, tetapi turut memberi aroma yang enak kepada gula anda. Tapi, jangan risau kerana ia tidak mengubah rasa gula tersebut. Gambar di bawah ini contoh yang telah dilakukan oleh Puan Azura Abd Jalil melalui laman sosial beliau. Berkesan, bukan?
2. JEMUR TENGAH PANAS
Seterusnya, anda boleh menjemurkan gula tersebut di bawah matahari terik. Untuk memudahkan, pindahkan gula di dalam dulang atau loyang. Kemudian, jemurkan sekejap. Kalau takut terlupa sebab letak di luar, letakkan di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari.
3. LETAK BEKAS GULA TEPI DAPUR GAS
Satu lagi cara yang hampir sama dengan menjemur adalah dengan meletakkan bekas gula tadi berhampiran dengan dapur gas yang dinyalakan. Lebih elok kalau gula dipindahkan ke dalam pinggan kaca atau bekas logam.
Sambil-sambil masak nanti, bekas akan menjadi panas dan semut pun akan lari. Tapi, jangan pula letak direct atas api ya, tak baik dibu nuh semut-semut itu. Lagipun, kalau semut ma ti dalam bekas gula, bertambah susah kita nak keluarkannya nanti.
4. PISAU
Petua halau semut dalam bekas gula yang seterusnya ini mungkin kedengaran pelik. Tapi, buat yang pernah mencuba tentu tahu keberkesanannya. Seperti yang dikongsikan oleh Puan LiaJane San ini.
Caranya, pacakkan pisau ke dalam bekas gula dan biarkan sekejap. Nanti, semut-semut akan keluar sendiri. Menurut beliau, petua ini didapati daripada majalah. Memang nampak kelakar dan mesti ada yang rasa was-was. Tapi, ia memang berkesan.
5. ASAM KEPING / GELUGUR
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur pun tidak akan menukar rasa atau warna gula.
6. CILI KERING
Selalunya kita dengar petua ini untuk halau kutu beras, bukan? Tak sangka ia boleh digunakan untuk menghalau semut juga. Ambil beberapa tangkai cili kering dan letak dalam bekas gula. Kalau nak potong kasar pun boleh. Tutupkan dengan longgar supaya semut boleh keluar. Jangan risau, tak ada rasa pedas yang tertinggal pada gulanya.
7. TEKNIK RENDAM DALAM AIR
Ini satu lagi teknik orang lama yang mungkin jarang kita dengar. Ia adalah perkongsian daripada Puan Zura Yusoff. Menurut beliau, cara ini memang amat mudah tapi cukup efektif. Cuma masukkan bekas gula tadi dalam bekas yang berisi air. Guna air paip saja. Kemudian, tunggu sebentar dan biarkan penutup terbuka untuk semut-semut keluar.
8. SEJUKKAN DALAM PETI AIS
Akhir sekali, dan cara yang paling senang anda boleh buat adalah meletakkan bekas gula di dalam peti sejuk. Letakkan bekas gula di bahagian sejuk beku atau freezer dan biarkan bekas terbuka sedikit. Tinggalkan semalaman atau beberapa jam. Semut akan hilang. Kalau semut asyik hurung bekas gula anda, simpankan terus di dalam peti sejuk. Mudah-mudahan selesai masalah.
SELAMAT MENCUBA!
Walaupun kebanyakannya petua orang lama, tapi tetap efektif. Kalau tak cuba, tak tahu. Apapun, lakukan seawal mungkin sebaik saja anda perasan bekas gula anda dimasuki semut. Jangan tunggu semutnya terlalu banyak baru nak halau kerana dikhuatiri memudaratkan keshatan pula.
Sumber: pertuaibu
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila berbicara mengenai perihal perkahwinan, tentunya perkara yang terlintas di fikiran ialah hantaran. Kadangkala hal ini menjadi kerungsingan kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk memastikan gubahan yang dibuat tampak cantik dan sempurna.
Untuk kesan yang lebih ‘class’, penggunaan bunga segar amat digalakkan. Selain memberi kesan yang lebih eksklusif dan elegan, penggunaan bunga segar juga menjimatkan.
Gubahan hantaran menggunakan bunga segar tidak memerlukan perincian lain untuk memberikan kesan menawan. Penggunaan perincian itulah yang boleh membuatkan kos menggubah hantaran menjadi tinggi.
Cukup sekadar bungan segar yang menjadi fokus utama. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, penggunaan perincian yang minimal sudah memadai.
Koleksi Dari Au FleurKoleksi Dari Au FleurKoleksi Dari Au Fleur
1. AU FLEUR
Au Fleur mengilhamkan sesuatu yang cukup anggun. Gubahan bunga segar dengan perincian berbentuk kristal memancarkan aura yang cukup elegan. Sulaman daun berona hijau memberi nafas segar yang tiada tara buat gubahan hantaran ini.
Koleksi Dari The_ChempakaKoleksi Dari The_ChempakaKoleksi Dari The_Chempaka
2. THE_CHEMPAKA
Ringkas dan minimalis! Gubahan dari The_Chempaka memberi nada moden buat setiap gubahannya. Polos tanpa sebarang perincian, penggunaan bunga segar secara keseluruhan memberi impak classy buat gubahan ini. Penggunaan warna senada bagi bunga segar memancarkan aksen romantis buat keseluruhan gubahan.
Tip Menggubah Hantaran:
1. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis bunga segar untuk dijadikan gubahan. Antaranya, bunga ros, orkid, hydrangea, peonies, lily,tulip, carnation dan lain-lain lagi.
2. Gunakan rona pastel dalam gubahan hantaran. Elakkan dari memilih rona-rona terlalu terang dan kontra kerana ia akan memebrikan kesan tampak murah buat gubahan anda. Sebaiknya, gunakan rona senada yang akan memberikan kesan elegan dan eksklusif.
3. Jangan meletakkan terlalu banyak perincian dalam gubahan anda. Cukup sekadar 1 atau 2 jenis perincian dalam satu-satu gubahan. Pastikan perincian yang dipilih bertepatan dengan tema atau konsep yang dipilih.
4. Untuk kesan terbaik, gubahan hantaran yang dihasilkan janganlah terlalu besar kerana ia akan menyukarkan anda untuk membawanya. Cukup sedap mata memandang dan bersaiz sederhana.
5. Pastikan kesemua dulang hantaran yang digubah tampak harmoni. Jangan pula setiap dulang yang digubah berlainan tema dan konsep. Oleh itu, tetapkan dahulu tema atu konsep sebelum memulakan gubahan.