Selain Basuh Tangan Guna Kulit Durian, Ini Cara Lain Nak Hilangkan Bau ‘Menyengat’ Raja Buah

Share

Oleh kerana sekarang tengah musim durian, memang banyaklah kita boleh nampak orang jual-jual durian dekat tepi jalan kan? Tapi, selepas makan durian tu bau dekat tangan memang tak boleh bawak bincang. Memang ‘menyengat’ bau dia.

Jadi, kepada sesiapa yang suka makan durian tu tapi takut mulut dan tangan berbau boleh cuba tips ni, selepas makan durian amik kulit dia siram air atas kulit tu untuk basuh tangan & berkumur mulut, InsyaAllah hilang bau durian kat tangan dan mulut.

foto : baharin zakaria

Bau Dalam Kereta

Oleh kerana ruang kereta yang kecil dan tertutup amat mudah bau durian menusuk ke setiap sudut. Sehinggakan berhari-hari ia masih boleh dihidu. Petua lama ada menyatakan untuk meletakkan arang dalam kenderaan dan bau tidak menyenangkan ini boleh hilang dalam sehari dua.

Tetapi ada cara lebih pantas iaitu dengan meletakkan secawan kopi yang dibancuh panas-panas dan letakkan dalam bonet. Ia lebih cepat menyerap dan efektif dalam masa kurang 2o minit. Ada juga tip yang menyarankan guna cuka atau kepingan roti putih. Tip ini juga boleh anda amalkan.

Mulut Bau Durian

Tentu anda pernah dengar untuk berkumur dengan air yang dituang di bahagian dalam kulit durian. Ya memang benar inilah yang disarankan oleh orang dulu-dulu supaya mulut tidak berbau kuat kalau dah lebih lapan ulas durian anda makan! Kalau minum airnya juga dapat menurunkan suhu badan yang selalunya meningkat selepas makan durian yang kaya dengan kolesterol itu.

Anda juga disarankan untuk meminum air kosong dengan banyak untuk meneutralkan kembali kandungan durian dalam usus. Selain itu, buah manggis juga dikatakan bagus untuk mengelakkan bau durian pada pernafasan.

Bau pada tangan

Cubalah guna sabun dan kalau jenis yang paling kuat pun sukar untuk hilangkan semerbak durian pada tangan. Petuanya adalah dengan menggunakan air takungan kulit dalam durian dan membasuh tangan dengan air itu.

 

Published by
NanyRahman