Kini ramai pasangan yang memilih untuk berbisnes suami isteri. Selain mudah mendapat sokongan pasangan, ia dilakukan atas faktor percaya kerana melibatkan orang yang anda sayangi dan percayai.

Walaupun berbisnes suami isteri ini ada banyak kelebihan, yang pastinya setiap bisnes ada cabarannya. Apatah lagi apabila ia melibatkan perkongsian dengan pasangan sendiri.

Ujar wanita bernama Zuryati Isa ini, berbisnes suami isteri kenalah banyak sabar. Berdasarkan pengalamannya, dia kongsikan kelebihan dan cabaran berbisnes suami isteri yang boleh anda jadikan panduan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda di luar sana yang berbisnes suami isteri.

Berbisnes suami isteri ni kena banyak sabar.

Best ke kerja suami isteri ni?
Satu perkataan saja yang saya dapat fikirkan.
BEST!
Memanglah, dalam mana-mana nasihat bisnes dan pengurusan kewangan, suami isteri sebaiknya tidak menubuhkan syarikat bersama-sama atau tidak bekerja di tempat yang sama.
Ini pun saya tak nafikan kebenarannya. Kami dah rasa kerja di syarikat yang sama, dan dah rasa buat bisnes bersama. Ada buruk dan baiknya. Mana yang lebih dan mana yang kurang tu bergantung pada bagaimana kita menghadapi dan menguruskannya.
Berbisnes suami isteri ni kena banyak sabar. Untungnya saya, Allah bagi suami yang cool dan penyabar. Hohoho… Saya harap, suami saya pun akan berkata, untungnya dapat isteri macam saya. Kih kih…

Ads

Apa kelebihan berbisnes suami isteri? Ini daripada pengalaman saya sendiri, ya.

1. Suami dan isteri lebih memahami bebanan dan tekanan pasangan masing-masing di tempat kerja.
2. Suami dan isteri lebih ‘well behave’. Tak ada la berani nak buat perangai bukan-bukan sebab tahu pasangannya ada sama memerhati. Buat perangai bukan-bukan, balik nanti siaplah kena ceramah (ok lagi tu) atau buat muka.
3. Lebih mudah nak berbincang. Dapat idea dalam bilik air, keluar bilik air terus boleh bincang. Kadang-kadang meeting sampai tengah malam tanpa rasa bersalah. Kadang-kadang, “Ok, jom meeting sambil lipat kain.”
4. Rasa selamat dan tak ragu-ragu nak ke mana-mana sebab memang hampir setiap masa kita dengan pasangan kita.
5. Tak perlu susah payah nak cari ayat cover dan sebagainya sebab pasangan memang nampak depan mata apa yang kita buat dan depani setiap hari.
6. Nak cuti pun senang. Lagi-lagi kalau kita bos. Hohoho…

Ok. Itu antaranya.

Ads

Apa pula cabaran berbisnes suami isteri?

1. Kadang-kadang nak berbincang tu tak kira masa. Sampai pasangan kena ingatkan. “Sayang, boleh tak bagi saya makan dulu?” Hampir setiap masa cerita hal kerja saja. Boring juga.
2. Kalau syarikat ada masalah, suami isteri tu dua-dua akan bermasalah juga, terutama daripada segi kewangan dan risiko diberhentikan.
3. Kena sabar banyak-banyak. Banyak-banyak sangat. Kena selalu hati-hati. Kena sentiasa ingat yang dia bukan sekadar rakan sekerja atau rakan niaga kita, tapi dia juga suami atau isteri kita. Jadi, sensitif tu lebih sikit.
4. Tak kisahlah siapa yang bos; suami atau isteri. Kalau isteri jadi bos, kena tetap yang staf kita tu suami kita. Kalau suami jadi bos pun sama, kena tetap ingat yang staf tu isteri kita. Tak ada maknanya ‘be profesional’ atau ‘kat rumah, I suami / isteri you. Kat ofis, I rakan niaga you.’ Kalau nak rasa kena panah petir, cubalah cakap macam tu, walaupun cuma dalam hati. Kot la Allah bagi rasa.
5. Kalau nak tegur apa-apa yang sensitif, elakkan tegur depan-depan staf lain.
6. Kalau founder syarikat pula, kena study betul-betul risiko-risiko kalau cuma nama kita dan pasangan saja yang ada dalam dokumen penubuhan. Suami isteri atau tak, undang-undang tak peduli semua tu.

Ads

Ok. Setakat tu dulu. Selebihnya mungkin ada kawan-kawan lain boleh kongsi atau mungkin juga ada yang nak experience sendiri.

Ramai juga yang tanya saya, kalau boleh ulang masa, adakah saya akan cari business partner lain?
Jawapan saya, TIDAK.
Setakat ini, saya lebih pening dengan berbisnes dengan orang lain, berbanding dengan suami sendiri.
Tapi kalau suami saya pula yang lebih pening berbisnes dengan saya… tak bulih la den nak cakap apa. Hahahaha!
“Ampunkan saya, bang…” (tiba-tiba panggil abang).

Saya nak pesan ni.

“Kalau suami jenis baran atau isteri tak boleh lebih daripada dia, atau kalau isteri jenis sensitif dan asyik nak manja-manja setiap masa, JANGAN berbisnes atau bekerja satu tempat yang sama. Bahaya. Dunia bisnes, dunia kerjaya dan dunia rumah tangga adalah dunia-dunia yang berbeza. Ada masanya, kita boleh ‘layan’ semua dunia ni sama saja. Pada kebanyakan masa, kena ‘layan’ ikut keperluan dan ‘nature’ masing-masing.”

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI