Kecantikan

Selain Gambar Cantik, Ini Rupanya Mua & Stylist Turban Elfira Masa Nikah

Share

Awal pagi semalam telah berlangsung majlis akad nikah pelakon yang juga ahli perniagaan Elfira Loy dan Suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar di sebuah hotel di Cyberjaya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan rapat.

Melihat Elfira yang cantik dari kebiasaan, nyata menyerlahkan lagi dirinya pada pagi itu. Wajahnya di tatarias oleh Najeeb Azami dan turbannya dililit oleh Naz.

Selain pakaian, dekorasi majlis tersebut, pakaian bridesmaid nya juga turut menarik perhatian.

 

Dengan sekali lafaz, dan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin.

Elfira yang ayu mengenakan persalinan rekaan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini turut memaklumkan berita pernikahannya dengan berkongsi sekeping gambar di Instagram.

Published by
Bella