Kita selalunya kalau nak buat kenduri kahwin perlu jemputan yang ramai, dan tempat yang selesa. Jarang majlis kahwin kita tengok sekarang ni buat di rumah. Betul tak? Lagi-lagi buat mereka yang berada di tengah bandar KL ni. Salah satu sebabnya rumah di KL ni tak beri ruang sangat untuk buat majlis kan?
Jadi kebanyakan kita ni, akan memilih untuk buat majlis terutamanya kalau majlis kahwin lah, di dewan-dewan luar. Lebih mudah dan lebih selesa! Tetamu nak cari parking pun tak lah susah sangat. Tapi, kalau ada budget lebih, kita boleh lah cari tempat-tempat kahwin yang cool dan cantik. Ada satu tempat ni korang mesti tak percaya bila tahu harga dengan keadaan tempat tu. Ni tempat korang boleh consider.
Dalam banyak-banyak dewan, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur antara tempat yang kami rasa berbaloi. Dengan lokasi di tengah bandar, dekorasi mewah dan selesa.
Seri Pasific Hotel mempunyai Grand Ballroom yang mampu memuatkan minimum 500 tetamu untuk pakej kenduri style dan lebih menarik pakej ini turut merangkumi dua pilihan menu, dekorasi pelamin, hiasan meja santapan pengantin, 5 tingkat mock up kek untuk sesi memotong kek, food tasting untuk 10 orang, bunga manggar serta sambutan paluan kompang.
Ads
Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan. 3 parking VIP dan juga flat rate untuk semua tetamu.
Ads
WOW! Pasangan juga berpeluang untuk mendapatkan rebat RM2000 dan penginapan satu malam bernilai RM1,500 di Bridal Suite untuk 100 mempelai terawal yang mendaftar.
Seri Pasific Hotel ni pun bukan calang-calang. Mempunyai 5 000 pengikut di facebook. Serius tempat yang cantik untuk majlis korang.
Ads
Harga yang sangat berbaloi untuk ditempah bagi majlis kahwin korang.Nak tahu lebih lanjut pasal Seri Pasific Hotel ni dan nak dapatkan promo yang best? Boleh ramai-ramai datang hujung minggu ni 23 hb & 24 hb February di Wedding Open Day. Bertempat di Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur.
Seri Pacific Wedding Open Day yang berlangsung selama dua hari itu turut di adakan pertandingan menghias kek, sirih junjung dan juga pertandingan mekap pengantin serta beberapa pameran booth.
Buat bakal pengantin yang masih belum decided nak kahwin dekat mana tu, boleh la ajak pasangan korang mendaftar pakej yang disediakan di Seri Pasific Open Day!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular gambar genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani yang selamat menjadi suami kepada gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Zurkanain baru-baru ini.
Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang di Kota Bharu, Kelantan dengan wang hantaran berjumlah RM9,999.99.
Turut berkongsi foto-foto majlis istimewa itu adalah jurusolek profesional, Amytouch menerusi story di laman Instagram miliknya, petang Khamis.
Pengantin perempuan dari Kelantan itu dirias cantik oleh Amytouch.
“Tahniah. Pengantin perempuan cantik hari ini,” tulisnya menerusi foto bergambar bersama pasangan itu.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook, bapa Adi iaitu Abdul Ghani memaklumkan majlis perkahwinan anaknya bersama Siti Sarah berjalan lancar.
“Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat serta muridnya, dengan lafaz nikah sekali sahaja dan kenduri kahwin berjalan lancar.
“Alhamdulillah, cuaca pun baik di Kota Bharu, hari ini,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adi Putra dan Siti Sarah yang bergelar raja sehari.
Sebelum ini, Adi Putra, 24, dan Siti Sarah, 27, mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu.
Adi Putra mengenali Siti Sarah sejak lapan tahun lalu menerusi laman sosial.
“Masa tu saya mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dia ada kawan di sana, jadi kami kenal melalui connection di Instagram. Bermula di direct message (DM) menjadi friendship, kemudian relationship pula. Pada masa tu dia masih belajar.
“Kami ambil masa tujuh tahun untuk kumpul duit sehinggalah majlis pertunangan diadakan di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai,” ujarnya.
Untuk rekod, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).
Ketika berumur enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford dan Universiti Harvard.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pulut kuning begitu sinonim dengan majlis perkahwinan dan pertunangan kerana ia sering dijadikan hantaran. Pulut kuning dihias serba indah dengan hiasan gubahan sayuran yang segar dan diselitkan dengan telor puyuh serta lapisan serunding daging atau ikan bersama pulut yang lemak manis rasanya.
Sempena pameran perkahwinan yang berlangsung dari 1 hingga 18 Oktober di ruang legar, SACC Mall, Shah Alam berlangsung Pertandingan Menghias Pulut Kuning dengan tema Pengantin Raja Sehari.
Pertandingan ini disertai oleh enam orang peserta. Keperluan yang mereka perlu adakan ialah pulut kuning seberat 1kg dan bahan-bahan hiasan.
Masing-masing menonjolkan kepakaran yang tersendiri dalam menggubah pulut kuning agar tampil menarik.
Markah diadili bukan hanya dengan melihat rupa malah tekstur dan rasa juga diambil kira. Makanan haruslah mempunyai rasa yang sesuai dan cukup perasanya iaitu sebanyak 30%.
Selain itu persembahan makanan turut mengambil kira di mana makanan perlu bersih, menarik dan praktikal. Hiasan yang digunakan perlu bersesuaian dengan makanan dan 25% diberikan.
Markah juga diberikan kepada kombinasi, kesederhanaan dan keaslian iaitu sebanyak 25%. 20% diberikan untuk markah keseluruhan.
Penjurian dilakukan oleh barisan juri profesional iaitu Puan Ezatul Nazura Baba CEO dari Wangi World, Puan Mariam Shukor Editor Pesona Pengantin dan Puan Elina Kamarudin dari Majalah RASA.
Puan Norkamisah berjaya menggondol tempat pertama dengan hasil kreativiti yang ditonjolkan dan membawa pulang wang tunai RM300 serta hamper. Manakala tempat kedua jatuh kepada Puan Norlida Ahmad dengan hadiah wang tunai RM200 juga hamper. Satu-satunya peserta lelaki Mohamad Faizal mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM100 serta hamper.
Ternyata semua peserta mempunyai kreativiti yang tersendiri. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur iaitu Butik Jedan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat kali ke-29, sekali lagi Juz Zarith Innovation merancakkan ruang legar Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor dengan penganjuran ekspo perkahwinan dan pelbagai acara pentas sempena “Pameran Pengantin Johor – Gala Seri Pesona Pengantin”. Bertemakan The Glam Wedding acara yang berlangsung dari 7 hingga 16 September 2018 ini menyaksikan penglibatan lebih kurang 55 vendor perkahwinan di sekitar Johor.
Seperti penganjuran yang lepas, pentas utama tidak pernah lekang dengan pebagai aktiviti yang menjadi salah satu tarikan utama pengunjung terutamanya bakal pengantin. Pertandingan yang dikatakan ‘wajib’ diadakan dan ditunggu-tunggu oleh setiap MUA sudah pastinya ialah pertandingan solekan, Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding, selain beberapa pertandingan seperti Pertandingan Pengantin Cilik, Bridal Marathon – Glam Wedding, Bridal Fashion Showcase & Draping show bersama Gulatis Fabrik & Textile dan turut berkolaborasi dengan pihak model agency TNF (The New Faces) dan banyak lagi. Busana Pengantin Fesyen Showcase mengetengahkan Andaman Molly Bridal, MRMS Wedding, Senorita Wedding Planner, Dsani Bridal, Hajaliah Creation, Nill Abaka dan Adli Afandi.
ANUGERAH REBUTAN
Sepanjang 10 hari penganjuran, banyak kategori anugerah telah disediakan untuk menghangatkan lagi kemeriahan aktiviti yang dijalankan. Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Bridal Marathon iaitu anugerah Best Dress, Best Couple, Best Head Accessories, Creative Hand Bouquet, Best Team Presentation, The Best Vendor Appearance. Setiap kategori mempunyai Top 3.
Anugerah yang menjadi rebutan di kalangan vendor perkahwinan sudah tentu Anugerah Pelamin Deco Tercantik yang terdiri daripada dua kategori iaitu Pelamin/Deko 2 booth atau 1 booth. Juara untuk dua booth dimenangi oleh Molly Wedding Planner, naib juara JacobinWhite manakala Nill Abaka menduduki tempat ketiga. Juara Pelamin/Deko untuk 1 booth ialah Nick Barney, naib juara , Moon Wedding Concept dan tempat ketiga ialah Auxiliary Wedding. Pentas utama yang tersergam indah mendapat sentuhan vendor perkahwinan terkenal Dsani Wedding Planner dengan tema The Glam Wedding – Romantic Paris
“Sebagai penganjur, sudah tentu saya mengharapkan di masa akan datang setiap vendor dapat mengeluarkan kreativiti masing-masing yang lebih mencabar. Mereka bukan sahaja dapat bersaing secara sihat, malah secara tidak langsung mereka juga dapat meningkatkan lagi idea-idea baharu dalam persembahan dekorasi dan strategi pemasaran.
“Saya dapati harga pakej yang ditawarkan juga mampu dimiliki oleh bakal pengantin. Nasihat saya kepada vendor, jagalah kualiti dan bukannya mencari kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan mutu dan kualiti yang dipersembahkan. Janganlah menawarkan harga yang murah kepada pelanggan tapi tidak menepati janji kepada pelanggan,” ujar Zuraidah, pemilik Juz Zarith Innovation Event Management
VENDOR LEBIH BERANI
Tercetusnya ekspo perkahwinan sebegini, Zuraidah berharap agar setiap pelanggan dapat memilih perancang perkahwinan dengan bijak agar bakal pengantin dapat merealisasikan impian mahligai bahagia mereka.
“Harapan saya lebih ramai lagi vendor andaman yang akan melibatkan diri dalam promosi seperti ini. Selain mereka dapat dikenali oleh bakal pengantin, promosi ini umpama one stop centre wedding exhibition di mana bakal pengantin boleh mendapatkan pelbagai pakej dari A hingga Z. Sebagai penganjur yang telah lama menganjurkan program seperti ini, pastinya saya ingin melihat adanya kemajuan dalam industri andaman. Jika satu ketika dahulu vendor andaman begitu sukar untuk menyertai pameran pengantin kerana tiada sikap keterbukaan, namun kini mereka sudah lebih terbuka.
“Setelah berjaya meyakinkan mereka, saya lihat adanya kemajuan apabila vendor andaman lebih berani bersaing dengan mengeluarkan modal besar demi mempamerkan kreativiti mereka. Saya ingin melihat vendor andaman mengamalkan sikap budaya saing, jangan mudah berpuas hati dan sentiasalah berusaha mencari idea-idea baharu,” ujar Zuraidah panjang lebar.
Sempena dengan pameran ini, pada hari kemuncak berlangsungnya pertandingan yang dikatakan ‘wajib’ diadakan dan ditunggu-tunggu oleh setiap MUA iaitu Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding. Pertandingan solekan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari MUA . Dengan tema solekan Pengantin cantik – Malar Segar Timeless + bersih +kemas setiap MUA memberi fokus dan menyerlahkan kreativiti mereka terhadap solekan yang ditampilkan. Masa diberikan kepada mereka ialah satu jam 30 minit.
Pertandingan ini diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada mekap artis, Bosco, Pereka Fesyen Adli Afandi, Siti Mariam Editor Pesona Pengantin, Benjamin Victor Ong, The Founder of TNF ( Model Agency) dan Putri Adila wartawan Pesona Pengantin.
Selain memilih pemenang untuk Top 5 turut disediakan Anugerah Busana Tercantik( Top 3), Anugerah The Creative MUA, Anugerah MUA Harapan, Anugerah MUA Favourite, Anugerah Hair-DO Terbaik, Anugerah Hiasan Rambut Terbaik, Anugerah Aksesori Terbaik, Anugerah Hand Bouquet Terbaik, Anugerah Best Presentation by Model dan Anugerah Khas Pilihan Juri. Diumumkan juga pemenang Top 16 dengan menerima hadiah saguhati dari pihak penaja. Juara bagi pertandingan ini ialah Hendra Iqram, Naib Juara Fasha Rahman, tempat ketiga Dwuan Lee, tempat keempat Akiem Costa dan kelima Amie Alisan. Tahniah buat kesemua pemenang.
Masih di lokasi yang sama, penganjuran kali ke-30 bakal diadakan pada 11 hingga 20 Januari 2019 dengan tema The Morocco Wedding Style. Kali ini Juz Zarith Innovation membuatkan kelainan dari segi pertandingan solekan, program-program yang diadakan.
TEKS : Zu Zarith
OP FOTO : TRISNO & CO.
OP Foto : Jepp Fujiwars
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...