Kebanyakan isteri sekarang bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Walaupun isteri bekerja, walaupun isteri bergaji lebih besar dari suami….keperluan memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami.
Ada 7 nafkah yang WAJIB suami penuhi untuk isterinya.
Ada isteri yang tidak diberi nafkah langsung oleh suami
1) kerana suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana
isterinya berkerja dan punyai wang sendiri
2) kerana suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya bergaji lebih besar dari dirinya
3) kerana suami perlu tanggung keluarganya sendiri (ibubapa, adik beradik), jadi wang gajinya tidak cukup untuk diberikan kepada isteri.
4) kerana dihasut oleh ibubapanya atau adik beradiknya sendiri untuk mementingkan memberi wang kepada ibubapa daripada memberi nafkah kepada isteri
Wahai suami!! Tak faham perintah Allah ke?? Sengaja buat tak faham ke??
Kisah 1
Puan C berniaga dan berpendapatan lebih dari suaminya yang merupakan seorang ustaz. Suaminya sentiasa memberi ceramah agama di masjid masjid setiap hari. Dan ceramahnya memang superb!
Mereka pernah bergaduh kerana Puan C minta nafkah. Dia diherdik suaminya.
Errkkkk…seorang ustaz herdik isteri!!!
Erkkkkk…seorang ustaz yang bijak agama, berceramah hebat di masjid setiap maghrib, tetapi tak tunai kewajipan pada Allah!!
Kerana tidak mahu bergaduh dan buat suaminya ustaz itu marah, Puan C diamkan aja hal ini dah beliau menggunakan duit gajinya untuk barang dapur…yang mana suaminya ustaz tersohor tu pun makan makanan yang dibeli Puan C
Puan C redha dan bersangka baik dengan Allah dan menanggap Allah mahukan beliau bersedekah kepada anak anak dan suami. Sungguh!! Beliau sangat tenang!!!
Hingga ke hari ini, setelah 11 tahun berkahwin, Puan C masih tidak diberi nafkah oleh suaminya
Astaghfirullah…kenapa ustaz begitu berani tidak ikut perintah Allah.
Ustaz ni dah langgar perintah Allah, dia tak takut Allah ke?
Dia tak takut api neraka ke??
Dia tahu ke nak jawab ape di mashyar semasa berdepan dengan Allah nanti?
Simpati kepada Puan C.
Alhamdulillah. Hebatnya puan C kerana redha, kerana bersedekah kepada anak anak dan suaminya ustaz yang derhaka kepada Allah itu. Alhmdlh.
Ads
Kisah 2
Puan B hampir bercerai kerana suaminya tidak beri nafkah akibat hasutan mertua. Namun dia berjaya berbincang elok dengan suami dan berjaya menyelesaikan hal nafkah tersebut.
Sebenarnya selesaikan hal nafkah terlebih dahulu dan kemudian uruskan masalah mertua. Penceraian bukan penyelesaiannya.
Suami WAJIB menyediakan 7 nafkah ini kepada isteri iaitu:
1. Rumah dan bil elektrik, air
Tak kira lah lah rumah sewa atau beli, asalkan mengikut kemampuan suami. Kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.
2. Makan Minum
Ramai isteri yang berkerja membeli barang makanan minuman dengan duit gajinya sendiri. Puan puan, gunakan duit belanja dapur yang diberikan suami. Jika tak cukup, barulah top up dengan duit gaji puan.
Jangan ambil hak suami iaitu hak untuk dia bagi nafkah makan minum
Kalau suami puan – puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makan lah itu. Berkat insyaAllah.
Ads
Suami beri nafkah wang walaupun sedikit untuk makan minum isteri, anak setiap bulan. Kalau mampu RM100 pun, itulah yang perlu diberikan.
Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.
3. Pakaian
Wajib beli 2 persalinan setiap tahun.
Wahai suami!! Belilah jubah longgar, stongan, stokin tebal kepada isteri. Anda dapat pahala sebab sediakan pakaian ikut syariat. Isteri pun dapat pahala sebab jaga aurat ikut syariat.
Kan senanggggg!!!
4. Perubatan
Kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak – anak itu semua sebenarnya perlu disediakan oleh suami.
5. Perhiasan
Ads
Wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri.
Encik A selalu beli perhiasan untuk isterinya. Dia belikan mengikut taste nya
Katanya, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Barulah isteri saya dapat pahala, saya pun dapat pahala.”
Isteri pula, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta Tiffany pula.
6. Pembantu
Kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.
Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak, belanja panggil part time maid dan paling penting sekali pembantu semasa dia berpantang selepas melahirkan anak.
7. Peralatan mandian
Opssss!! Jangan gelak!!
Iya, sabun mandi dan syampu rambut itu termasuk dalam nafkah ye!! Jangan ambil ringan!
Wahai suami isteri sekalian, suami wajib bagi nafkah pada isteri dan anak anak. Ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada KEBERKATAN dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu.
Kredit : HambaNya HambaNya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merancang majlis kahwin yang sempurna tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk direalisasikan. Oleh yang demikian, pentingnya penyediaan anggaran perbelanjaan supaya majlis perkahwinan anda tidak membazir pada sesuatu yang tidak perlu.
Bagi anda yang mempunyai bajet terhad, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dielakkan supaya anda boleh save bajet.
1. KEK PERKAHWINAN BERTINGKAT
Rata-rata pengantin akan menempah kek kahwin bertingkat untuk upacara memotong kek kerana ingin mementingkan kecantikan momen itu di dalam foto dan video. Anda sedia maklum, kek bertingkat ini kosnya agak mahal. Sekiranya anda masih inginkan kek bertingkat, tempah sahaja kek yang disertakan dengan replika atau dummy cake di bahagian atas manakala kek sebenar di bahagian bawah. Pasti harganya tidak ‘mencekik leher’.
2. PENGAPIT YANG RAMAI
Kehadiran pengapit yang ramai sudah pasti mampu menyerikan majlis perkahwinan. Ia cukup mengujakan apabila pengantin diapit oleh teman-teman yang memakai baju warna sedondon Namun, penggunaan pengapit yang ramai melibatkan kos tinggi kerana anda perlu menyediakan pakaian, bunga tangan dan pelbagai aksesori untuk menambahkan seri majlis.
3. TERLALU BANYAK MOMENTO
Kini, terlalu banyak pakej fotografi dan videografi yang ditawarkan menelan belanja beribu ringgit. Tidak salah jika anda ingin mengabadikan momen-momen indah sekali seumur hidup. Namun ada cara yang lebih jimat boleh anda gunakan. Anda boleh minta bantuan ahli keluarga terdekat atau rakan anda untuk merakam dan mengambil momen bahagia anda itu dengan kos upah yang lebih murah. Tidak pun anda boleh mendapatkan pakej fotografi tanpa album untuk menjimatkan kos belanja.
4. PROP NOVELTI, KAIN RENTANG & BUNTING
Ramai pengantin masa kini menempah bunting sebagai petunjuk jalan atau digantung di depan rumah. Tanpa anda sedar, ia memakan sejumlah kos yang agak tinggi. Jadi untuk menjimatkan kos, anda boleh membuatnya sendiri atau menempah dengan kadar yang tidak terlalu banyak. Begitu juga dengan ruangan photo booth yang turut memerlukan belanja banyak untuk merealisasikannya.
5. CENDERAHATI YANG MAHAL
Kerap berlaku di mana kita sering terdorong untuk membeli cenderahati tetamu yang mahal-mahal atau menempah beg kertas mengikut cita rasa dan tema majlis walhal akhirnya ia akan dibuang juga. Untuk menjimatkan kos, seeloknya anda beli beg kertas yang sedia ada yang menepati keperluan. Atau gunakan kreativiti anda untuk menyediakan sendiri cenderahati perkahwinan dengan kos yang menjimatkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang, bukan mudah nak cari pasangan yang sempurna di mata kita dan pasangan. Tapi jika korang jumpa perempuan yang ada 7 perkara ni, tolong jangan lepaskan kongsi lelaki bernama Amir Syahir .
Jangan Lepaskan Perempuan Yang Ada 7 Perkara Ini
************************************************
Edisi: Pengurusan Kewangan
Kau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi kau kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.
Kalau calon isteri kau ada 7 perkara ni, laju-laju kau masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang.
***
Antaranya :
Minat Menyimpan Wang
Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.
.
Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa
Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan halal dan bersih dan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC. Kalau makan kedai makan murah-murah je terus muncung mulut, sampai boleh sangkut penyakut baju.
.
Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan
Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.
.
Tak Minta Hadiah Mahal
Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, Iphone, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.
.
Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja
Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat “Wedding Of The Year” bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.
.
Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin
Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin. Ni tak, setiap tahun ajak travel. Sampai kau terpaksa meminjam sana sini.
.
Gaji Kau Sikit
Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab. Kau jenis caring dan pandai jaga hati dia, dia okey ke kau kerja apa pun.
***
Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.
Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.
Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.
Kalau kau duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!
SHARE l TAG Pasangan / Makwe Kau Yang Power Menguruskan Kewangan. ?