Selepas berkahwin, isteri bertanggungjawab dalam menguruskan hal kewangan keluarga. Namun, dalam pada menguruskan hal kewangan suami, isteri juga perlu menyimpan wang simpanan untuk diri sendiri.
Bukan apa, dengan kes-kes yang berlaku sekarang isteri tidak boleh mengharapkan 100% sepenuhnya terhadap duit suami. Misal kata suami anda buat hal? bagaimana pula dengan anak-anak?
Tidak kiralah walau hubungan anda aman sekali pun, wang simpanan diri sendiri untuk isteri perlu ada. Bagi suami, anda juga perlu mengingatkan isteri anda agar sentiasa menabung. Jangan asyik ‘shopping’ je. Tapi, bukan isteri je kena simpan, suami pun sama ya! Mungkin tips ini dapat membantu ‘savings’ dalam hubungan anda.
Kalau anda baru sahaja berkahwin dan masih keliru bagaimana cara untuk menyimpan wang dengan betul, mungkin cara ini dapat membantu anda dan pasangan.
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
4.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.5. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
6. 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan.
Suami isteri yang bijak dalam berbelanja kebanyakkan mengamalkan 5 tips ini pula ketika ingin membeli barangan dapur dengan bajet.
Dengan semua cara berjimat cermat ini, pasti gaji anda suami isteri akan cukup sampai sebulan, insyaAllah!