Selalu Terkentut Masa Solat? Rawat Ia, Jangan Biar Sampai Melarat!

Share

Bila badan banyak angin, pasti perut kita akan rasa serba tak kena. Perut kembung, badan rasa sakit-sakit , tidak selesa dan lesu. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Bayangkan ketika anda ingin bersolat, keluar angin dari dubur tiba-tiba mesti agak mengecewakan nak pula kalau sudah rakaat yang terakhir. Keluar angin dari dubur atau terkentut ini kadang kala memang tidak boleh dikawal nak pula kalau kita mempunyai masalah badan banyak angin.

gambar sekadar hiasan

Bagi kebanyakan orang, masalah angin ini mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang khususnya golongan muda, ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.

Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.badan banyak angin

Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas, ambil ubat serta cuba untuk tidak menelan terlalu banyak udara.

Kaedah perlu dilakukan Merawat Badan Banyak Angin:

Tukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah badan banyak angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah badan banyak angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Ubatan dan urutan

Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah badan banyak angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.

Published by
NanyRahman