Bila menyentuh soal baju kahwin, bukan hanya wanita mahu dilihat bak puteri, lelaki juga perlu sama nampak menawan. Inikan hari bersejarah anda berdua, maka buatlah pilihan yang tepat. Tampak segak bila si pengantin lelaki mengenakan baju kahwin berkonsep tradisional , bersampin dan bertanjak lagak seorang pahlawan Melayu. Tidak kisah apa gaya sekalipun asalkan anda nampak segak dan selesa.
Dalam memilih baju kahwin lelaki pertimbangkan perkara berikut;
– pilih yang selesa ketika duduk, berdiri dan berjalan
– berbincanglah dengan pemilik butik, rakan dan keluarga tentang pilihan anda
– pilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda serta dapat serlahkan seri
wajah anda dan pasangan anda.
– tentukan dahulu corak, jenis dan warna baju pengantin perempuan dahulu
sebelum dipadankan baju pengantin lelaki. Baju pengantin lelaki
dipilih berdasarkan warna tema baju pengantin perempuan.
Berikut contoh baju kahwin lelaki: